Selamat hari Rabu untuk semua pengjung ZLC..apa kabar semuanya diharapkan sehat dan ceria disamping keluarga..petang nie sebab kerja2 saya dah siap dapatlah saya meng update sebentar di blog nie..tp gunakan pc orang lain sebab pc saya tu aiii kemain payah lagi asik2 la server xder lah guna bb pun mcm siput ajer jalannya..geramkan...
Pagi tadi saya sempatlah atau lebih tepat lagi telah berjaya merajinkan diri untuk membuat sarapan untuk saya dan anak2 buah yang ke sekolah..selalunya ibu budak2 tu iaitu akak saya Milah atau adik saya Bedah yang sediakan sarapan tapi pagi nie..wahhh mcm kena loteri pulak ada orang tu nama dia Mak J...hehe saya lah tu saper lagi telah berjaya menyiapkan sarapan pagi berupa sekuali penuh Mee Goreng Mamak tapi mengikut style saya sendirilah.. dapatlah anak2 makan pagi emmm kata eca sedap tapi anak buah saya yang lagi seorang tu Iqin memang tak suka mee kuning...ok lain kali mak J akan masakkan untuk Iqin Fried Kuetiaw atau Kuetiaw Hailam yang Iqin suka yer...yang lain2 nyer macam Ayid memang tak kisah makan apa ajer. So hari ini saya bawaklah sedikit bekalan Mee Goreng Mamak ke sekolah jom kita tengok resepi di bawah:
Mee Goreng Mamak...
Bahan-bahan:
800 gm Mee Kuning - Dicelur sebentar sahaja dan toskan airnya - kalau taknak celur pun xper cuci aje
300 gm dada -isi ayam dihiris
150 gm fish ball - dipotong dua
2 pohon sawi - di potong (kalau suka lebihkan)
200 gm taugeh
2 biji tomato - di potong baji
2 senduk nasi - lada kisar
2 biji bawang besar - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
2 labu bawang besar - didadu halus/racik
5 ulas bawang putih - dicincang
4 biji kentang - di rebus hingga empuk buangkan kulit potong dadu kasar digaul dengan 1 sudu makan tepung gandum goreng hingga kekuningan dan toskan (ketepikan)
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos tomato
4 sudu makan kicap
2 sudu makan gula
garam secukup rasa
air lebih kurang 1 cawan
minyak untuk menumis
UntukBahan sampingan garnishing:
Hirisan lada merah dan lada hijau
Hirisan Timun
Bawang Goreng
Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bawang besar hiris dan 5 ulas bawang putih yang dicincang. Bila dah agak layu dan berbau harum masukkan cili yang dikisar halus bersama bawang besar lada bawang putih kisar. Gorengkan sehingga agak garing dan terbit minyak.
2. Masukkan hirisan ayam balik2kan dan diikuti dengan sos tiram, sos tomato kicap dan gula. Goreng hingga perencah ayam masak dan masukkan air. Masukkan pula fish cake dan jika gunakan udang atau sotong sebagai perencah boleh dimasukkan sekali. Bila dah mendidih masukkan garam sedikit berserta mee yang telah dicelurkan dan ditoskan tadi.
3. Gaul rata mee bersama perencah dan bila agak mengering masukkan kentang dan diikuti sayur sawi balik2kan dan akhir sekali masukkan pula taugeh serta tomato. Suakkan mee ketepi dan pecahkan 4 biji telur di tengah kuali dan balik2kan mee hingga rata. (oleh kerana saya masak mee dalam quantiti yang banyak saya scramble kan telur didalam kuali lain dan masukkan dalam mee) padamkan api dan hidangkan panas bersama hirisan lada merah dan lada hijau bersama limau kasturi serta bawang goreng dan timun.
nie yang saya bawak ke opis.. |
No comments:
Post a Comment