Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, February 12, 2012

Puding Fruit Cocktail...

Assalamualaikum...

Selamat petang...entry rengkas dan segera jom kita tengok resepi di bawah ok...


Puding Fruit Cocktail

Bahan-bahan:
(Untuk Puding)
2 1/2 cawan tepung custard
7 1/2 cawan air
1/2 cawan  gula pasir
(Masak kesemua bahan diatas dalam periuk dengan api sederhana sampai mendidih dan betul2 masak dikacau sentiasa dengan senduk kayu bila dah hilang gelembung angin blup2 masa masak tu dh boleh tutupkan api dan masukkan dalam loyang atau acuan yang kecil2 sejukkan sebelum digunakan)

(Untuk Kuah Puding)
1 tin susu cair - 400 gram
1 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
1200 ml air
2 sudu makan tepung jagung - (dibancuh dengan 1/2 cawan air)
1/2 sudu teh esen kuning

(Masak semua bahan kuah dalam periuk dengan api sederhana hingga mendidih dan masak.  Tutupkan api dan sejukkan kuah sebelum digunakan)

Bahan-bahan lain yang diperlukan
1 tin fruit cocktail - Buah-buahan campuran dalam tin
1 peket sumi jelly atau apa jenis jelly puding

Cara untuk menghidang
1. Puding yang telah sejuk dipotong mengikut bentuk yang dikehendaki. atau boleh gunakan penerap bentuk hati ke bintang ke bunga, jika guna acuan kecil keluarkan dari acuan.
2. Masukkan puding ke dalam mangkuk, siramkan dengan kuah dan letakkan sedikit fruit cocktail dan sumi jelly. Hiaskan dan hidangkan sejuk.


No comments:

Post a Comment