Assalamualaikum..
Selamat malam semua hari ini saya nak masukkan entry tertunggak iaitu resepi asam pedas ayam yang saya masak pada hujung minggu lepas..ok lah kesihatan tak mengizinkan jadi tak dapatlah nak bercerita panjang dan kalau ada masa nanti saya akan menulis lagi buat masa ini saya hanya tulis resepi ajer yer..
Asam Pedas Ayam..
Bahan-Bahan:
Seekor ayam sederhana dipotong ikut suka 12 ke 16ke- kalau anak ramai..hehe
4 senduk sedang cili blender
2 labu bawang besar - diblender
5 ulas bawang putih - diblender
1 1/2 inci belacan - saya guna belacan melaka yang keping bulat tu
1 inci halia - diblender
1/2 inci kunyi hidup - diblender
sekepal atau anggaran 1/2 cawan asam jawa diperah
dengan 5 cawan air -tapis kan bijinya
secekak daun kesom dipetik -
1/2 cawan minyak untuk menumis
sedikit gula dan garam secukup rasa
Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk tumiskan lada blender ,bawang, belacan, halia, kunyit yang diblender.
2. Tumiskan sehingga lada agak garing dan naik minyak. Bila dah agak garing bahan2 yang ditumis tadi masukkan air asam jawa. Masak hingga mendidih, dan masukkan pula ayam.
3. Setelah ayam hampir empuk masukkan sedikit gula dan garam serta daun kesum. Masak sehingga ayam betul2 empuk dengan api yang sederhana.
4. Rasakan kesesuaian rasa masam masin manis lauk asam pedas ini. Padamkan api dan hidangkan bersama nasi putih bersama sayur dan lauk pauk lain.
No comments:
Post a Comment