Hai...lepas ada lauk asam pedas mesti ada sayuran pulakkan...ok saya terus tuliskan resepi sup sayuran campur yang saya beri nama agak mengada2 tu sebab sekarang asik la suka potong karet pakai acuan bintang yang saya baru beli hari tu...hehehe mengada2 betulkan..ok la ngada ke x mengada ke ada saya kesah kita layankan ajer lauk atau sup sayuran campur nie...resepi seperti berikut:
Sup Sayuran Bintang Hatiku
Bahan-Bahan:
1 mangkuk sedang bunga kobis dipotong florret dan cuci serta rendam sebentar dengan sedikit garam
1 batang carrot di hiris bulat kemudam terap dengan cuan bintang atau heart shape - potong biasa pun boleh
8 kuntum cendawan tiram - disiat 2 atau 3
1 labu bawang besar sedang - dihiris
5 ulas bawang putih- dicincang
15 biji fish ball - di potong 2
1 kiub pati ayam knorr
sedikit garam
secukup air - ikut suka nak banyak mana kuah sup
Cara:
1. Jerangkan air dalam periuk masukkan bawang dan fish ball dan kiub pati ayam apabila air dah mendidih masukkan carrot dan masak sebentar.
2. Masukkan pula sayuran lain dan sedikit garam. Masak sebentar sahaja lagi dan padamkan api jangan masak sayur lama2 nanti sayur akan menjadi lodoh (terlalu empuk) tak sedap. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk pauk lain.
No comments:
Post a Comment