Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, April 30, 2015

Kueh Puteri 2 Sebilik..jgn intai2 ek abam2..

Assalamualaikum..salam khamis untuk semua yang saya sayangi..hari ini nampaknya saya terlebih energy sebabnya terajin la pulak..nie semua gara2 teringin sangat nak makan kueh puteri dua sebilik a.k.a kueh tepung bungkus tapi yang dibuat sendiri..sebenarnya memang jarang jumpa orang jual kueh ini..mungkin sebab leceh sikit tak nak membuatnya..xkisahlah leceh macam mana pun asal ada kemahuan di situ ada jalan..tak gitu kawan2. 

Tapikan kueh yang saya buat ini rasanya dah sedap..inti dia saya letakkan sedikit gula@jem durian jadi ada rasa2 durian dalam intinya dan dadih tepung beras..saya pun tak tau nak sebut sebagai apa..bilik peraduan pada puteri ini yang diperbuat dari tepung beras yang di kacau bersama santan dan sedikit garam memang lemak2 sedapppp rasanya dengan haruman pandan..dibungkus pulak dengan daun pisang membuatkan kueh tradisional melayu ini sangat ohsemm cuma x cantik..huhuhu...tadi tapi kan ni cuma saya belum mahir nak bungkus untuk dapatkan bentuk yang cantik..mungkin saya kena adjustkan kepekatan pada adunan tepung beras supaya lebih kental kot jadi boleh di lipat cantik.

Saya kalau buat sesuatu nak yang cantik bila tak berapa nak cantik saya rasa tak puas hati..nape ek orang perempuan macam saya ini semuanya nak yang cantik aje walaupun buat kueh...muahahaha..xperlah saya akan cuba lagi hingga dapat buat kueh puteri 2 sebilik nie yang cantik hokey..so baru la menepati nama yang sungguh indah sebagai puterikan..panjang pulak saya membebel pagi nie ek..jom la tengok resepi yang saya editkan di gambar bersama gambar2 yang sempat saya edit dan snap..pagi2 buta tau saya buat kueh nie pukul 3 pagi..macam lagu p.ramlee tu..pukul 3 pagi tidur lah intan, esok bangun lagi..senda gurauan..bangun pagi2 hai renung ke awam..oppss pnjg pulak lagu ni ..orang semua sedang diulit mimpi indah saya mengulit kueh puteri 2 sebilik ni..k jom skodenga 2 orang puteri ni..tp abam2 sado diluar sana di larang intai tuan puteri ok..nnti kena cepuk..hihihi

resepi saya edit di pic nie aje ok..



sila abaikan tangan yg montel tu ok..














Monday, April 27, 2015

Ikan Salmon Grill Dengan Sos Butter

Salam Isnin buat semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi..nampak tak ada perubahan sikit kat rumah maya ZLC nie..kalau tak nampak tu tandanya tak mandi pagi tadi..kan..hehehe ada2 ajer saya kan.. bagi yang biasa mengunjungi blog saya ini sebelum ini wajah blog ini bertemakan library yang penuh dengan buku2 dan image puzzle gambar2 makanan yang penah saya masak dan snap sendiri yang agak lama...sebab memang gambar lama pun.. so image baru nie pun bukanlah cantik mana sebab saya bukanlah pandai nak edit2 di blog saje suka2 itupun gunakan app picarts di hp bila ada edit semula di pc dah jadi besor kebabom pulak..naseblah kan..hahaha gaya tergelak jahat..asal ht saya baik xper kan kawan2 muahahaha mula la perasan saya nie. Asik bercerita itu dan ini ajer mesti kawan2 bosan sebenarnya hari ini saya nak share resepi yang ringkas aje..almaklum saya nie jarang2 memasak so kalau masak pun yang campak2 n ringkas2 ajer tapi yang memenuhi citarasa tekak saya yang agak antarabangsa nie konon..huuwaaaa leh caya kerr..sebenarnya saya boleh bedal semua jenis makanan tapi kenalah berpada2 sebab saya ada alahan jugak alahannya saya tak boleh makan terlebih mesti saya nak termuntah..bahayakan..sebab tu anak2 buah saya dan keluarga memang tau alahan saya nie.. kalau berangan nak makan itu ini tak boleh dalam kuantiti yang banyak kalau tak..habis semuanya terkeluar balik. memang saya cuba mengelak dari berlaku begini. Ishhh panjang pulak bebelan saya nie kata nak cut it short jom ler kita lihat bahan2 yang diperlukan untuk resepi ikan salmon panggang bersama so mentega..kan sedap nama melayu dia tu..hihihihi..

Grill Salmon  With Butter Sauce

Bahan-Bahan:

2 kepingan ikan salmon - dilumurkan dengan sedikit garam serta serbuk lada hitam serbuk kasar perapkan setengah jam.
1 pokok brokoli - dipotong kecil dan dikukus sekejap aje
1 batang karet - dipotong wadges dan dikukus juga
Bahan untuk Sos Butter
70 gram butter
2 sudu makan olive oil
2 sudu makan tepung gandum
1 cawan susu cair
1 cawan air
Daun parsley inggeris - dicincang dalam 1/2 cawan (ambil daun sahaja)
1 sudu makan lada hitam serbuk kasar (corsely ground)
3 sudu makan jus lemon (saya guna jus limau nipis aje sbb lemon xder)
garam secukup rasa.

Cara:
Mula2 sediakan sos butter dengan panaskan butter bersama 2 sudu makan olive oil dalam periuk kecil, bila butter dah cair masukkan tepung gandum, kacau2kan hingga butter dan tepung berbuih2 sekejap jer. masukkan pula susu cair dan air. Masak hingga mendidih dan butter sos ini agak memekat masukkan lada hitam serta daun parsley serta sedikit garam. Jika gunakan salted butter kurangkan garam. Padamka api baru masukkan jus lemon atau jus limau nipis. Rasakan kesesuai rasa nak masam atau sedang2 aje.
Untuk sediakan ikan. Panaskan sedikit olive oil dalam non stick pan dan pan grill ikan salmon yang diperap tadi di kedua2 bahagian hingga ikan masak.
Untuk Hidangkan letakkan ikan yang di grill tadi dalam pinggan berserta brokoli dan karet yang di kukus hidangkan bersama butter sos. Kalau nak makan dengan sos cili untuk tekak kita yang nak pedas2 sikit pun boleh..cubalah kawan2 sedap tau..












Tuesday, April 21, 2015

Ketam Masak Lemak Nanas

Assalamualaikum..salam Selasa untuk semua. Hari ini saya nak sharekan resepi yang mudah aje bagi peminat2 ketam.  Tapi ketam yang dimasak tak berapa besar kecik cinonit jer sizenya.. nasib baik rasa manis ketamnya ada.  Saya sebenarnya memang suka kalau ketam nie dimasak lemak yang biasa gitu x perlu nak pedas2 sangat sebab kuahnya terasa lemak dan boleh dihirup..hammmboiiii siap menghirup lagi kuah ketam yer..bahaya2 tu cik leha awak tu dah sedia kebabom montel..hihihi. Sebenarnya bila masak tak berapa nak pedas anak2 pun boleh makan.. Sape2 yang suka pedas tu bolehlah tukarkan dari lada merah ke cili padi ok..jom tengok resepi sempoi yang saya masak petang semalam untuk berbuka puasa sunat Rejab.

Ketam Masak Lemak Nanas

Bahan-Bahan:

5-6 ekor ketam (jika size sedang boleh dipotong 2)
2 biji lada merah - dikisar
6 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci hali - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 batang serai diketuk
Nanas dihiris secukupnya
2 1/2 cawan santan pekat
3 cawan air
sedikit garam

Cara:
Masukkan semua bahan kisar dalam periuk bersama serai dan air. Masak sehingga mendidih, masukkan pula santan dan nanas. kacau selalu masukkan juga ketam dan masak sehingga ketam berubah warna dan kuah mendidih.  Kacau selalu jangan sampai pecah santan. Perisakan dengan sedikit garam. Padamkan api dan sedia dihidangkan. Selamat mencuba.



Sunday, April 12, 2015

Nasi Lemak Sambal Tumis Udang Petai..

Nasi lemak buah bidara
Saya selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih saya turutkan..

Pantun lama yang mengaitkan nasi lemak yang begitu menyayat hati sebabnya ada ke patut seorang anak membelakangkan ibu dan saudara mara sendiri sanggup dibuang nya sebab nak ikut sang kekasih..apa2 jer ek kalau ada orang yang bersikap seperti ini kan..tapi perkara seperti ini tidak mustahil berlaku sebab itulah orang2 dulu buat pantun yang sedemikian rupa. Sebenarnya saya bukannya nak berbicara tentang pantun di atas..saya dah tak ada mak dan saya jugak tak nak lari ikut mana2 kekasih..sebab xder kekasih pun..oppss terlebih sudah saya nie ek.. Sebenarnya saya nak kongsikan dengan anda semua sarapan pagi yang begitu sinomim dengan masyarakat Malaysia tak kiralah orang Melayu ke Cina ke India ke memang suka makan nasi lemak dan sekarang nie nasi lemak bukan sahaja makanan sarapan tapi telah jadi menu makan malam, dinihari atau pun petang..senang cakap bila2 nak makan nasi lemak pun boleh dan sahaja kedai, gerai, warung atau restoran yang menjual nasi lemak.. tapi kalau nak sedapkan mestilah nasi lemak yang di bungkus dalam daun pisang sebab aromanya sangat harum dan memang terbaiklah.  Jom lah kita tinjau resepi nasi lemak yang saya masak pada jumaat untuk sarapan..


Nasi Lemak

Bahan-Bahan:
5 cawan beras 
2 cawan - pati santan 
6 cawan - air
8 ulas bawang merah - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 1/2 inci halia - hiris batang mancis
2 batang serai -di ketuk
1 sudu  kecil halba(xletak sebab x ada stok)
garam secukupnya

Cara:
1.  Toskan beras dan masukkan ke dalam periuk bersama santan, air, bawang2 dan halia hiris, serai  masukkan sekali garam, jerangkan di atas dapur atau masak guna rice cooker.
2. Bila nasi dah mengering, kecilkan api sambil di kacau sedikit. kalau masak guna rice cooker biarkan sehingga masak keep warm. Kalau guna dapur biasa keringkan nasi dengan api perlahan dan dialas..masak sehingga nasi tanak dan kacau perlahan dari tepi periuk dengan senduk kayu agar nasi cantik dan tidak mudah patah butiran nasi. Padamkan api dan hidangkan panas bersama sambal tumis dan pelengkap nasi lemak yang lain seperti ikan bilis goreng, kacang goreng  dan hirisan timun.

Sambal Tumis Udang

Bahan-bahan:
500 gm udang sederhana besar - di buang jangut dan bahagian ekor tajam - cuci dan toskan
Petai - dibuang kulit (ikut suka nak letak bnyk mana - goreng sekejap)
4 senduk nasi - lada kering yang direbus dan blender halus
2 1/2 biji bawang besar -diblender
4 ulas bawang putih - diblender
1 inci halia di blender
1 1/2 inci belacan di blender
3 biji bawang besar - di belah 2 dan dihiris
1 cawan jus asam jawa
1/2 cawan air - 
4 1/2sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis  

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, gorengkan dahulu udang separuh masak angkat toskan dan ketepikan.  
2. Panaskan minyak lain anggaran 1/2 cawan dalam kuali dan tumiskan lada blender, bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik minyak dan agak garing. Masukkan gula dan diikuti dengan bawang besar yang dihiris. Masak sambal hingga betul2 masak baru dimasukkan air asam jawa, dan air.
3. Bila sambal dah mendidih masukkan pula udang masak sehingga udang masak elok, perasakan dengan garam, rasakan kesesuaian rasa kalau perlu di tambah gula atau garam dan masukkan petai yang kita goreng sekejap tadi. Kecilkan api dan masak hingga sambal mesra dan sebati, sambal tumis masak kena lama sikit baru lah sedap rasanya. Padamkan api hidangkan bersama nasi lemak.






Rojak Tahu & Buah-buahan...

Salam Ahad untuk semua...saya sebenarnya nak sharekan resepi yang mudah ajer untuk siapa2 yang suka makan rojak. Rojak sebenarnya ada bermacam2 jenis ada yang kuahnya dicampur dengan petis atau paste otak udang, kalau yang jenis petis nie selalunya baunya sangat kuat @ bacin kalau makan guna tangan pasti baunya melekat sampai 3 hari..hamek ko hahaha.. tapi tetap sedap juga. Saya lebih suka kuah rojak yang dibuat sendiri gunakan cili padi dan bawang putih di goreng sebentar bersama belacan sikit bahan2 lain tu biasalah kena ada gula dan kicap serta kacang tanah kisar. Kalau nak sedap pada saya lah lebih sesuai gunakan gula kereh atau gula melaka rasanya boleh di balance kan bila kita dah masak sama ada kita nak masam2 manis..ohh ya lupa nak sebut kalau guna limau kasturi rasa masamnya boleh di adjust...perah setakat yang perlu..huhu macam2 lah saya nie ek..ok kita lihat lah gambar yang saya ambil dan resepi ringkasnya juga di gambar ok..boleh gunakan buah2an yang kita gemari,,buah jambu batu ke jambu air ke nanas, sengkuang dan lain2 buah yang bersesuai dan yang menepati citarasa tekak kita kan..hari tu saya guna buah2 yang ada dalam fridge aje..ada gak grape xkan lah saya nak masukkan buah grape sekali xkenalah pulakkan muahahaha..sila jangan dengar apa yang saya merapu ni hokey..










Thursday, April 9, 2015

Kek Oren Tropica


Assalamualaikum..



Hari ni saya nak sharekan resepi yang mudah lagi ringkas untuk kawan2 semua kemenjadian malam tadi untuk sarapan pagi ini..Saya berhajat nak buat kek Oren yang dikukus nie sebenarnya dah lama, simpan resepi yang diambil dari group RR di fb  oleh Pn. Azlina Ina tq utk resepi awak yang sedap ini tapi ada penderhakaan sikit sebab saya xgunakan ovelette dan juga saya gantikan castor sugar dengan brown sugar dan oren sunquick tu saya guna flavor tropical.  Kebetulan pula acuan kek yang saya oder dengan kakak saya baru dapat semalam so keterujaannya berlebihan..dan untuk merelisasikan saya pun mulakan projek yang tak sampai setengah jam mengodek bahan2 di dapur dan mengukus selama 40 minit..siap sudah kek oren tropica yang sangat gebus dan sodap nie tau kawan2.  Jom ler kita tengok resepinya di gambor n gambar2 kek yang sempat saya snap..tp dah selamat di dalam perut..hihihi..













Tuesday, April 7, 2015

Pulut Mangga dan Pulut Kelapa dan Ikan Masin....2 in 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua kawan2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi.. hari selasa ini macam lambat pulak masa berlalu mungkin sebab dah buat2 keje terasa boring pulak..huhuhu kekadang orang perempuan memang macam2 mood dia datang ek..saya rasa dalam 2..3 hari nie macam2 aje mood saya..tapi saya malas nak memikirkan apa-apa..so jika kita rasa hidup kita lebih selesa tanpa memikirkan banyak masalah tentu lebih rilek kannn..apa aje yang saya merepek pada petang2 gini ek..  oklah kita stop dahulu cerita kecelaruan mood saya hari ini saya nak sharekan dengan kawan2 semua sejenis kueh (sebenarnya bukan sahaja 2 in 1 seperti yang saya tuliskan di tajuk) ada 3 jenis kejadian kueh atau makanan yang berasaskan pulut yang saya buat pada tadi pagi.  Macam terror ajekan sampai sampai opis terlambat 1/2 jam..nasib baik lah saya berterus terang dengan bos saya..maafkan saya yer boss lain kali saya x buat lagi..maksud saya buat kueh di waktu pagi kalau nak buat kenalah buat di waktu malam so x lah saya terlambat ek.. resepi asasnya pulut saya tanak sahaja lebih mudah dan yang lain seperti serunding memang ada yang siap saya masak tempoh hari di frozenkan..saya cuma panaskan balik dalam nonstick pan. yang pulut mangga tu aje saya buat sos santan dan kupas buah mangga, manakala untuk Pulut Kelapa Ikan Masin tu saya panaskan kelapa parut putih dan goreng ikan masin tenggiri..senang ajekan..jom tengok resepi..di bawah.  Resepi Serunding Kelapa Udang Kering saya tak sertakan sebab dah masukkan di blog minggu lepas tak silap saya..jom tengok resepi dan gambar yang sempat saya snap..

Pulut Mangga

Bahan-Bahan:
3 cawan - beras pulut direndam 1/2 jam
3 cawan - santan (separas pulut yang dimasukkan dalam periuk)
sedikit garam
1 sudu makan minyak masak.
Cara: Masukkan beras pulut ke dalam periuk bersama santan (pulut dan santan sama paras)
masukkan juga garam dan sesudu minyak masak. Masak seperti masak nasi. Bila pulut dan mula mengering kecilkan api dan di gaul sedikit. Biarkan pulut tanak dan mengering.

Buah Mangga yang masak - di kupas kulit secukupnya
Sos Santan - Masak secawan santan pekat bersama 1/2 cawan air
campur 2 sudu tepung jagung dan secubit garam serta 2 sudu makan gula
Masak atas api kecil hingga agak memekat dan keluar wap.

Cara Menghidang: Pulut di letak dalam bekas atau mangkuk puding, boleh juga bentukkan letakkan buah mangga yang dihiris dan curahkan sos santan di atas pulut. Siap untuk di hidangkan.


Pulut Kelapa Ikan Masin

Bahan-Bahan:
3 cawan - beras pulut direndam 1/2 jam
3 cawan - santan (separas pulut yang dimasukkan dalam periuk)
sedikit garam
1 sudu makan minyak masak.
Cara: Masukkan beras pulut ke dalam periuk bersama santan (pulut dan santan sama paras)
masukkan juga garam dan sesudu minyak masak. Masak seperti masak nasi. Bila pulut dan mula mengering kecilkan api dan di gaul sedikit. Biarkan pulut tanak dan mengering.

Secukupnya kelapa parut putih yang muda - dikukus/panaskan sebentar
Secukupnya ikan masin yang digoreng - saya guna ikan tenggiri masin

Cara menghidang letakkan pulut dalam mangkuk atau pinggan hidangkan bersama kelapa parut dan ikan masin secara berasingan atau  bersebelahan.
Masa makan pulut kelapa dan ikan masin ni bersama kopi panas, bayangkan duduk atas pangkin tepi sawah sambil menghirup udara pagi yang segar..hammboiii siap berangan lagi..muahahaha.


pehhh tengok tu dh jd 3 in 1 pulut kelapa ikan kering, pulut serunding n pulut mangga di atas tu..


pulut yang ditanak boleh buat 3 jenis makanan..baguskan..



Sunday, April 5, 2015

Karipap Telur..Kulitnya Rapuh


Assalamualaikum dan salam Ahad untuk semua..hari ini agak bz dengan tugasan di pejabat so memang tak dapat langsung nak menjengah ke fb atau blog.. so waktu rehat nie saya ambil kesempatan dalam kesempitan sekejap untuk updatekan entry Karipap Telur yang kulitnya sangat rapuh kiranya saya puashati buat karipap kali nie..cewahhh macamlah saya selalu buat karipap ek.. Biasanya kalau teringin saya memang beli aje tapi memang susah nak jumpa yang benar2 menepati citarasa saya..hamboiiii saya ni bab makan2 memang cerewet sangat2 tekak sendiri yang nak makankan bukannya tekak orang..oklah saya tak boleh nak berceloteh panjang seperti biasa lerr tu..jom kita semak resepi yang telah saya edit di gambar aje ekk..huhuhu semenjak terajin mengedit ini terus2an rajinnya hihihi..oklah saksikanlah pic2 keseksian karipap yang sodappp di tekak ku ini..meh layan gambor..










Thursday, April 2, 2015

Popia Mini Style Cina..


Assalamualaikum..salam khamis buat semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi.. hari ini saya nak sharekan resepi yang mudah  iaitu popia yang amat digemari oleh ramai tak kira di Malaysia atau di rantau Asia ini..opps teringat pulak kontrovesi yang berlaku tentang popia..tentu semua orang masih ingatkan biarlah ianya menjadi sejarah sebab dari zaman berzaman memang semua negara di Asia ini ada versi popia atau spring rollnya sendirikan..so let it be..bukan let it go..because sayang benda2 yang sedap nie nak jadikan kontrovesi habis semua orang x boleh makan kannn nnti huhuhu..so versi yang saya buat kali ini ialah popia ala cina sebab apa tau saya kataan ala cina kerana penggunaan cendawan dalam isi popia memang digemari oleh masyarakat cina dan ada pulak bau minyak bijan yang membangkitkan aromanya...pehhh memang terbaiklah orang kata..ok jomlah kita tengok gambar2 yang sempat saya snap tadi pagi sebelum subuh tau buat popia ni muahahaha n resepinya telah saya edit di gambar jugak ek..sorry ek kawan2 sejak dua menjak jadi malas n baru belajar meng-edit gambar ada2 jer lah saya ni kan..ok..selamat mencuba tau kawan2 sedap dimakan bersama sos cili atau mayonis atau cheesy sos..mcm2 lah yg sedapnya tu..