Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, July 3, 2014

Umbut Kelapa Masak Lemak Putih...

Salam semua...sekali lagi saya bersiaran hari ini sementara ada kelapangan dan line pun nampak macam ok jer..so kita menulis satu lagi resepi mudah yang merupakan hidangan lauk kampung yang sangat sedap dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan masin memang terangkat org kata tak nampak kalau mak mertua lalu di belakang  hehehe... Mungkin dikalangan kawan2 ada yang tak pernah makan umbut kelapa kan, untuk sesiapa yang tak pernah jumpa lauk2 kampung seperti ini mungkin agak janggal dan pelik kerana untuk mendapatkan bahan untuk memasak umbut nie prosesnya amat rumit tau kawan2 sebab terpaksa menumbangkan pohon kelapa dan di ambil bahagian atas dari bahagian pokok yang dibuang daun2 kelapa itu dan bahagian tengah dari atas pokok itu lah dapat umbutnya, di bersihkan dan ditebak untuk dapatkan umbut lembutnya. xsangkakan pohon kelapa yang keras tapi umbutnya sangat lembut dan sedap.  Saya pun berpeluang untuk masak umbut kelapa ini sebab akak cc ofis saya bawakan untuk saya sedikit umbat yang dibawa balik dari kg kak Ros di Peserai Batu Pahat..terima kasih akak cyg...semalam dah dapat masak lauk kampung yang sedap tu pada tekak saya untuk berbuka..hehehe..jom kita tengok bahan-bahannya.

Umbut Kelapa Masak Lemak Putih..

Bahan-Bahan:

Umbut kelapa lebih kurang 2 buku kecil - dihiris
8 ulas bawang merah - ditumbuk halus / kisar*
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus / kisar*
1/2 camca teh lada hitam tumbuk halus / kisar*
2 sudu besar ikan bilis - direndam sebentar -ditumbuk halus /kisar*
2 batang cili merah dipotong serong
sehelai daun kunyit disiat sedikit dan di simpulkan
2 cawan santan cair / air
3 cawan santan pekat
sedikit garam, kalau suka letak serbuk perasa boleh letak saya tak guna pun.

Cara:

1. Umbut kelapa yang telah di hiris tadi di rebus/celur sebentar dalam air panas mendidih
untuk lembut kan sedikit tak perlu lama dalam 5 minit - toskan.
2. Masukkan bahan2 yang ditumbuk halus atas di kisar * tadi dalam periuk bersama 2 cawan santan cair
Bila dah agak mendidih bahan rencah masukkan pula umbut yang telah dicelur dan ditoskan.  serta boleh masukkan santan pekat berserta cili hiris dan daun kunyit.
3.  Setelah memasukkan santan pekat lauk ini hendaklah sentiasa di kacau supaya tidak pecah minyak atau curdle gunakan api sederhana sahaja, masukkan juga garam. masak sehingga mendidih dan bolehlah di padamkan api bila dah masak.
4. Hidangkan bersama nasi panas, lauk lemak macam nie sedap dimakan bersama samba belacan dan ikan kering masin atau ikan goreng...selamat mencuba..
inilah rupa umbut kelapa..gambar ehsan en. google..


Ayam Kicap Madu...

Assalamualaikum, salam Ramadhan hari ke 5 buat semua..apa khabar kawan2 dan pengunjung ZLC di bulan puasa nie, harap2 semuanya berada di dalam kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah puasa.  Bagi yang kurang sihat tu jaga kesihatan, makan ubat, jika tidak memudaratkan dan boleh berpuasa alhamdulillah dan jika sebaliknya bersabarlah dengan ujian yang sedang dihadapi ini...mudah2an semuanya akan kembali seperti sediakala hendaknya..

Oklah x boleh nak berbual panjang di bulan puasa nie..kita teruslah ke resepi mudah yang ingin saya kongsikan disini iaitu Ayam Kicap madu yang sangat digemari oleh anak2 buah saya di rumah..dan yang lain-lain pun suka juga sebab rasanya yang sedap dan tak muak dimakan..sama ada makan dengan nasi putih, nasi ayam atau enak untuk diratah begitu sahaja dan yang paling penting mudah nak membuat nyer..jom kita semak resepi dibawah..

Ayam Kicap Madu..

Bahan-Bahan

1/2 ekor yang sederhana besar - di potong sedang atau kecil (ikut suka) di cuci bersih dan toskan
8 ulas bawang putih - dicincang halus
2 inci halia - diracik halus atau cincang
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos cili
5 sudu makan kicap
2 sudu makan madu
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali untuk menumis, bila minyak dah panas masukkan bawang putih cincang, dan halia tumis sehingga bawang agak layu dan keperangan dan berbau harum.
2. Masukkan ayam, balik2kan tak perlu masuk air sebab air ayam akan terhasil sendiri terus masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Bila dah dimasukkan sos2 tadi balik2kan sebentar dan kecilkan api serta tutupkan permukaan kuali dengan penutup kuali atau gunakan penutup kukus. Biarkan sebentar dalam 10 minit, ayam akan menjadi empuk.
3. Buka penutup kuali dan balik2kan ayam, masukkan pula madu, jika nak letak garam letak sedikit sahaja sebab semua sos dan kicap dah berperisa. Bila dah masak ayam akan kelihatan berpalut dan likat kehitam kicap..lauk ini memang tak ada kuah sebab kering dan tidak gunakan air.
4. Angkat dan hidangkan ayam kicap madu ini sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi ayam atau diratah begitu sahaja.  Selamat mencuba.


Tuesday, July 1, 2014

Bebola Ayam Masam Manis..

Salam...hanya nak berkongsi resepi ringkas hari ini..boleh dibuat untuk juadah berbuka bagi yang sukakan masakan yang ringkas dan mudah..cuma saya gunakan bebola ayam yang dibuat sendiri..kawan2 boleh gunakan yang ready made juga.. semenjak banyak produk yang menjadi keraguan untuk dimakan jadi saya merajinkan diri untuk membuat bebola ayam sendiri..k teruslah kita tengok resepi mudah ini..mesti anak2 suka..

Bebola Ayam Masam Manis

Bahan-Bahan :

Untuk Bebola Ayam Home Made:
2 cawan ayam kisar
2 sudu makan penuh tepung jagung
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh garam.
2 camca teh minyak jagung/minyak masak - untuk mudah mengentel bebola ayam
(Kalau tak nak buat bebola ayam sendiri boleh beli yang ada dipasaran)

Bahan Kuah:
2 senduk cili kisar - guna senduk nasi
3 sudu makan cili sos
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos tiram
1 labu bawang besar - didadu halus
3 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia - dihiris halus/cincang.
2 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
1 cawan air
sedikit minyak untuk menumis.

Cara:

1.  Mula-mula sediakan bebola ayam, gaulkan ayam kisar bersama tepung jagung, lada sulah dan garam, gaul rata dan masukkan 2 sudu makan minyak jagung, kepalkan ayam yang sudah digaul anggaran sebesar guli yang sedang. bulat-bulatkan dan gorengkan sehingga masak. (Bebola ayam ini juga boleh disimpan dan dibuat sup jika berlebihan)
2. Untuk sambal masam manis, panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar yang didadu, bawang putih cincang dan halia cincang. tumiskan hingga agak layu dan berbau harum.
3. Masukkan cili kisar 2 senduk dan tumiskan sehingga pecah minyak dan agak garing dan masukkan gula, masukkan pula air dan diikuti dengan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
4. Bila sambal masam manis agak memekat masukkan bebola ayam balik2kan dan perasakan dengan sedikit garam, jangan letak banyak sebab sos semua dah berperisa dan bebola ayam pun dah berperisa. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas atau boleh juga dimakan dengan roti.  Selamat mencuba..

Setelah Sekian Lama Menyepi..



Assalamualaikum...

Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa buat semua pengunjung Blog ZLC yang saya hormati.. Terlebih dahulu saya selaku tuan tanah blog ingin memohon keampunan dan kemaafan kerana telah begitu lama menyepi lebih dari setengah tahun dan entry terakhir yang saya masukkan pada 31 Dis 2013..

Banyak perkara2 yang tidak dapat dielakkan menyebabkan saya tidak dapat meneruskan penulisan juga berkongsi sisipan resepi mudah di blog kerana masalah2 kesihatan yang tidak berapa mengizinkan dan juga talian hayat di rumah iatu Lappy saya yang dah nyawa2 ikan  tidak dibaiki..huhuhu maaf yer kawan2.  sedih juga rasanya bila tidak berkesempatan untuk mencoretkan apa-apa di alam maya ini..saya juga tidak mampu berjanji untuk terus dapat berblog...tengok pada kesempatan dan ruang yang ada nanti In Sha Allah saya akan menulis juga serba sedikit dan yang ringkas2 sahaja ok..

Kalau ada kelapangan saya akan masukkan resepi mudah untuk berbuka bagi yang nak resepi ringkas dan sempoi dari air tangan ahkak ok.. Wakumsalam..jumpa lagi..


Tuesday, December 31, 2013

Kuih Bakar Daging - Bonda Kak Jee

Assalamualaikum...salam sejahtera, salam ceria serta salam akhir tahun masihi buat semua sahabat2 yang saya kasihi dan juga pengunjung2 yang masih sudi mengunjungi blog ZLC ini..cepat sungguh masa berlalu pejam celik dah sampai ke penghujung tahun dan tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan melangkah ke Tahun Baru 2014..alhamdulillah banyak sungguh cerita dan rentetan peristiwa suka duka yang kita lalui sepanjang tahun 2013 dan semoga di tahun baru kita semua akan terus melangkah dengan penuh keimanan, ketakwaan, semangat, kesejahteraan dan kegembiraan. Semoga di tahun baru ini juga banyak perubahan2 yang drastik...yang akan saya lakukan...hammmboiiii apa ler agaknya yang drastik sangat tu ek...hehehe..doa2kan untuk saya yer kawan semua..

Oklah kita tinggalkan dulu citer akhir tahun dan awal tahun sebab hari ini saya nak berkongsi dengan kawan2 semua resepi kuih bakar daging dari seorang bloger tersohor @ mantan wartawan dan pelakon Fauziah Samad atau lebih mesra dengan nama Kak Jee.. Tqvm kak jee sebab selalu berikan resepi yang enak n sedap2 belaka yang mudah untuk diikuti dan bila di buat tak pernah menghampakan senang cakap memang terbaikkkk lah..Kalau nak tau keenakkan kuih bakar daging ini kawan2 cubalah buat..tak rugi tau..cuma saya belum ada acuan kuih bakar bunga pecah lima tu..jadi saya bakar di dalam acuan@loyang kek size 6 inci satu yang empat segi satu yang bulat..dan saya letakkan 1/4 adunan dalam setiap loyang..bila dah siap yang pertama tu memang tak sabar2 nak makan panas2..sedap weiii lepas nie saya akan buat lagi..untuk resepi asal boleh la ke blog Kak Jee DISINI n sini.  Saya mohon copy paste ajer resepi asal kak jee di sini ekk..terima kasih sekali lagi buat kak jee..n love u soo much...
Jom kawan2 kita lihat resepi di bawah:

KUIH BAKAR DAGING 
SUMBER : Fauziah Samad @ Kak Jee

BAHAN2NYA:

250 gms daging (¼ kg)
1½ sudu rempah daging (kjee guna babas)
1 labu bawang besar
Garam/aji secukup rasa

3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telor
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/margerin

CARA MEMBUATNYA:

Daging dibersihkan dan dibuang semua urat. Cincang sampai halus. Kjee guna daging batang pinang sebab malas nak cincang. Kjee hanya potong kecik2 je. Panaskan kuali. Bubuhlah 1 sudu minyak dan tumis bawang yang telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah dan goreng sampai wangi. Masukkan daging dan masaklah sampai kering. Sejukkan.


Pukul telor hingga kembang. masukkan semua cecair (susu dan air) dan kacau sampai rata. masukkan tepung dan kacau hingga sebati. kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus.  Bubuh sedikit saja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging  tadi kan dah ada perisa. Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar. Ambil acuan kuih bakar. Letakkan keatas dapur, bubuh ½ sudu minyak sapi (atau marjerin) dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan. Biar kira2 satu minit, pastu sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan2. mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Bila nampak garing pada tepi2 kuih, masukkan ke dalam oven api atas dan bakar guna api atas sahaja (jika ada) selama 15-20 minit. Guna pisau dan keluarkan kuih ketika masih panas. Sambung buat lagi. Makan dengan sos cili. Sedap tau. Selamat mencuba.

Monday, December 30, 2013

Ikan Salmon Masak Gulai Lada Hidup..

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua kawan2 dan pengunjung ZLC. sebenarnya sebelum tahun baru yang cuma tinggal sehari setengah jer lagi nie ada n3 masakan yang ringkas dan mudah nak saya kongsikan di sini..sekarang nie saya jarang2 memasak dan nak berblog lagi lah jarang..sibuk ajer kan selalu..mangalahkan pak menteri..ekekeke prasan la pulak saya nie ekk..

Saya masak lauk nie minggu lepas kot..kalau nak guna ikan2 lain pun boleh yer kawan2 nie bukan kes mengada2 guna ikan omputih tapi kebetulan minggu lepas akak saya milah dah jumpa salmon nie kat tesco alahai bila ada sale tu kan murah sikit kalau x mau rega dia dapat yang murah so apa lagi bahagian ekor2nya bila di fikir2 nak masak apa yang sesuai selain di grill seperti yang selalu di buat oleh kebanyakkan orang..pada mulanya saya nak masak kari letak yogurt gitu tapi bahan nak mengkari tak cukup so saya cuba ler masak style orang melayu masak gulai lada hidup..orang kata kalau kita tak cuba tak tau kan..hasilnya tak menghampakan sedap juga..sebab rasa masam2 gulai nie ngam gan ikan salmon makan lak gan nasi panas2 memang kalau mak mertua lalu belakang x nampak la orang kata..hehehe mana der mak mertua ngada2 jer kan saya, in d making pun lum lagi u..Ok lah saya stop citer merapu nie dulu jom la kita tengok resepi mudah di bawah..

Ikan Salmon Masak Gulai Lada Hidup

Bahan-Bahan

3-4 ketul ekor dan isi ikan salmon (boleh guna ikan2 lain juga)
5 batang cili merah hidup
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 1/2 inci belacan
1 helai daun kunyit
1 batang serai di titik / memarkan
2 cawan jus asam jawa sederhana pekat
3 cawan air
sedikit garam dan gula sebagai perisa.
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Blenderkan cili hidup bersama, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan belacan hingga halus.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk tumiskan bahan2 yang diblender halus  tadi dan serai yang dititik hingga naik minyak dan berbau harum. Masukkan jus asam jawa dan air. Masak hingga kuah mendidih baru di masukkan ikan salmon dan daun kunyit yang disiatkan sedikit. Bila ikan dah masak masukkan sedikit garam dan gula gantikan serbuk perasa (kalau nak guna pun boleh juga).
3. Masakkan dengan api sederhana dan padamkan api..hidangkan dengan nasi panas.

Friday, December 27, 2013

Kek Pisang Bermayonis Kukus


Assalamualaikum...

Salam sejahtera salam Jumaat bersamaan 27 Disember 2013, apa kabar agaknya kawan2 semua dan pengunjung ZLC yang saya hormati..semoga kalian semua sentiasa sihat dan di bawah lindungan Allah hendaknya.. bagi diri saya alhamdulillah sihat seperti adanya, tapi terkejar2 juga saya bila hujung2 tahun begini banyak kerja2 yang perlu di uruskan samada yang urgent dan yang mana boleh di kemudian2kan tapi selagi tugas2 yang ada tak selesai, macam tak senang hati jugakan.  Oklah kita hentikan cerita mengenai tugas pejabat yang melambak tu..hari ini saya nak kongsi dengan kawan2 semua satu resepi kek pisang kukus yang amat mudah nak membuatnya dan rasanya pun sedap sebab kek pisang ini lembut sangat..bagi yang tak gemar menggunakan telur memang sesuai sangatlah sebab saya gantikan penggunaan telur dengan mayonis..cuba tau kawan2 kalau nak tau rasanya yang sedap dan lembut tu macam mana..saya dah 2..3 kali juga buat masa stok pisang banyak tapi nama pisangnya pisang lemak manis kot yang kulitnya kaler hijau lembut dan boleh dimakan begitu sahaja..boleh juga gunakan pisang jenis2 lain juga untuk buat kek pisang ni asalkan dah masak serta boleh di lenyek.. jom kita semak resepi mudah di bawah..



Kek Pisang Bermayonis - Kukus

Bahan-Bahan:

2 cawang tepung gandum - di ayak
1 camca teh baking powder - di ayak bersama tepung
1 camca teh bicarbonate of soda - di ayak bersama tepung
1 cawan pisang - di lenyek halus
3/4 cawang gula kastor
1/2 cawan minyak jagung atau (minyak masak pun boleh)
1 cawan air
4 sudu makan mayonis

Cara:

1. Panaskan kukusan.
2. Blenderkan Pisang yang dilenyek bersama gula kastor, minyak jagung, air dan mayonis hingga halus.
3. Salinkan adunan yang diblender ke dalam mangkuk adunan, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan dikacau rata (nak senang gunakan whisker@ pemukul telur) kalau adunan agak kental boleh tambahkan air sedikit lebih kurang 1/4 cawan dan di kacau rata serta sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang atau mangkuk yang bersesuaian yang boleh dikukus serta kukuskan selama 20 minit. Bila dah sejuk bolehlah dipotong dan hidangkan.