Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, January 26, 2015

Sup Cendawan Segar..home made

Assalamualaikum dan salam Isnin buat semua.. pagi ini nak kongsi sarapan ala2 omputih kat sini...yer ke omputih makan sup cendawan pepagi hari..xkisahlah dimakan bila2 pun kan..yang pentingnya bagi pengemar2 sup cendawan a.k.a mushroom soup ala2 pizza hut tu boleh ler cuba buat sendiri selain ianya lebih sedap dari yang dibeli opss cewah puji diri sendiri nampak ahkak.. jimat bila masak sendiri dapat banyak dan puas makan jika anak2 ramai ler..bagi orang yang x berapa nak suka makan sup cendawan macam nie next time saya masukkan entry sup jagung pulak ek..tunggu ler bila saya memasak nnti ek..berhajat nak buatnya dah lama tp asik la penyakit M nyer menebal..kikiki..okeh xmo celoteh lebih panjang coz banyak lg kerja yang perlu di bereskan..jom kita semak resepi mudah ini yang telah di baik pulih dari resepi2 yang lalu untuk dapatkan hasil yang lebih baik..

Sup Cendawan Segar

Bahan-Bahan:

500 ml susu segar
1 1/2 liter air
6 kuntum cendawan shitake segara - dihiris
1 labu bawang besar - di potong dadu
3 ulas bawang putih - dihiris
1/2 camca teh serbuk lada hitam kasar
1 1/2 kiub ayam (maggie/knorr ) mana-mana boleh
1/4 cawan tepung gandum - dibancuh dengan air utk pemekat sup
garam sedikit sahaja (dah ada kiub ayam takut masin nanti)
sedikit minyak masak/ minyak jagung untuk menumis

Cara:

1. Mula2 panaskan minyak dalam kuali/periuk tumiskan bawang putih, bawang besar dadu hingga layu dan berbau harum masukkan pula cendawan shitake segar dan serbuk lada hitam kasar. tumis sebentar sahaja tak perlu lama. padamkan api dan sejukkan sebentar. Masukkan bahan2 yang ditumis ini ke dalam blender dan kisar halus.
2. Langkah seterusnya didihkan air dalam periuk masukkan bahan2 yang ditumis tadi bersama kiub ayam. Bila dan mendidih masukkan pula susu segar dan kacau kan selalu masukkan pula tepung gandum yang dibancuh bersama sedikit air tadi sebagai pemekat. Masukkan pula sedikit garam dan rasakan kesesuaian rasa masinnya. Bila dah masak padamkan api dan hidangkan bersama Garlic Bread atau roti yang di panggang di sapu butter.  Sedap cuba tau kawan2..




Sunday, January 25, 2015

Kuih Sagu Kelapa @ Sagu Pancawarna

Salam sekali lagi bersiaran di petang ahad ini cuma nak masukkan entry mudah, kueh orang zaman dulu2 iaitu kuih sagu kelapa, kalau zaman saya sekolah menengah dulu resepi ini di panggil sagu pancawarna atau ada juga yang memanggilnya sebagai kuih bronok.. Mana2 pun boleh lah nak gelar kuih sagu mata ikan pun boleh gak..macam2 jugak yer nama dia nie.  Jom kita semak resepi yang sangat mudah ini sesuai untuk minum petang atau bila2 aje nak di makan.


Kuih Sagu Kelapa

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan biji sagu - di cuci dan toskan airnya
2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
beberapa titis esen merah (pewarna makanan)
2 helai daun pandan
Kelapa parut putih - secukupnya di gaul dengan sedikit garam dan kukuskan sebentar.

Cara:

1. Didihkan air dalam periuk, masukkan gula pasir dan daun pandan. Bila gula dah larut masukkan pula biji sagu dan titiskan esen merah secukupnya. Kacau kan sehingga sagu agak jernih kacau lebih kurang 10 minit lagi.
2. Masukkan ke dalam loyang dan biarkan sejuk baru di potong atau sudukan dan golekkan dalam kelapa parut putih yang telah digaul bersama sedikit garam. Susun dalam piring dan hidangkan.



Popia Jejari Ketam & Cendawan Shitake

Assalamualaikum dan salam Ahad untuk semua..dah minum petang ke belum kawan2.  Mesti ada yang memasak juadah istimewa di hujung minggu agaknya kan..bagi yg bekerja teruskanlah berbakti kepada majikan, masyarakat dan negara..bunyi macam orang jelesss ajer kan..muahahaha..ok lah x boleh nak jeles2 hari jumaat dan sabtu semalam dah puas berehat dan kenalah biasakan diri ekk.. sebenarnya tak ada idea nak cerita apa hari ini so teruslah ke resepi yang nak saya kongsikan yang dibuat tadi pagi sebelum ke pejabat.. Oleh kerana dah lama tak makan popia lebih2 lagi yang dibuat sendiri so pepagi lagi saya telah merajinkan diri buat popia jejari ketam dan shitake mushroom..bila buat sendiri rasa puas hati..xlah yang macam org jual tu inti dia dua tiga helai aje hihihi..xmo komplen nanti kesian kat peniaga2 tu yang buat ala penjimatan..bila nak makan sedap n puas hati kena lah buat sendiri.  Jom kita tengok resepi yang mudah dibawah ini..

Popia Jejari Ketam Bercendawan Shitake

Secukupnya Kulit Popia - saya guna kulit popia size kecil dan
lapik 2 helai sebab kulit popia agak nipis dan mudah koyak.

Bahan2 Untuk Inti:

5 batang jejari ketam - dihiris
1 batang karet - di hiris batang mancis
5 cendawan shitake segar - di potong 4 dan hiris nipis
1/2 labu bawang besar didadu halus
2 ulas bawang putih - dicincang
sedikit serbuk lada putih
garam secukup rasa
1/4 cawan air
sedikit minyak masak untuk menumis

Cara:

Panaskan Minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih cincang bersama bawang besar yang didadu halus hingga layu dan berbau harum. Masukkan hirisan jejari ketam dan karet serta cendawan shitake segar. Balik2kan dan masukkan air sedikit sahaja perasakan dengan garam dan sedikit serbuk lada sulah. Masak sekejap sahaja tak perlu lama2 padamkan api dan sejukkan inti dahulu sebelum dibuat popia.

Cara untuk sediakan popia,

Ambil 2 helai kulit popia di letakkan selisih sedikit sahaja. Masukkan inti dalam 2 sudu makan  dan gulungkan kemas. Lekatkan hujungnya dengan bancuhan tepung dengan sedikit air dan buatlah sehingga habis. Panaskan minyak dalam kuali untuk mengoreng terendam. Gorengkan sehingga keperangan dan garing. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos cili atau apa2 sos kegemaran anda cubalah sedap.

*Note - sebenarnya saya masukkan sedikit keju ke dalam inti popia ini jadi rasa dia lebih creamy sedikit. kalau tak ada x payah masukkan.



Thursday, January 22, 2015

Ayam Panggang berkuah Percik Mudah..


Assalamualaikum..

Salam Khamis dan salam sejahtera buat rakan2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi. Dah agak lama saya tak bersiaran semenjak tahun lepas..wow dah tahun baru 2015 kan baru hari ini saya dapat bersiaran macamlah lama sangatkan baru 22hb kan hihihi.. Maafkan saya kerana banyak yang tertinggal yang sepatutnya saya masukkan entry di blog yang dah nyawa2 ikan ini..tapi tak mengapalahkan walaupun ianya suam2 kuk,  saya berharap agar pengisiann serba sedikit resepi2 ringkas di sini dapat memberi menfaat bagi yang mencari idea untuk memasak yang simple2 jer..

Oklah x mahu bercerita panjang hari ini jom kita semak resepi yang saya masak tahun lepas..kerana penghujung tahun lepas musim2 banjir saya x memasukkan entry masakan di blog mahupun fb..

Ayam Panggang

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam - di belah empat atau nak panggang seekor2 pun boleh
1 labu bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 batang serai - dikisar
2 biji cili merah - dikisar
gula dan garam secukup rasa.

Cara:

1.  Pupukkan ayam dengan bahan2 yang dikisar halus yang digaul bersama garam dan sedikit gula.
     Perapkan 3-4 jam atau semalaman dalam peti sejuk pun boleh.
2. Bakar dalam oven lebih kurang 45 minit hingga 1 jam hingga ayam masak dan balik2kan supaya ayam dipanggang rata. Keluarkan dan hidang bersama kuah percik mudah.


Kuah Percik Mudah

Bahan-bahan:

2 senduk nasi cili kisar
1 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1/2 inci kunyit - dikisar
2 batang serai dititik
1 cawan santan pekat / susu cair (saya guna susu cair)
3/4 cawan air
1 keping asam gelugur - direndam
gula pasir dan garam secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk tumiskan serai hingga naik bau, masukkan cili yang dikisar bersama bahan2 kisar yang lain. Tumis sehingga naik minyak dan agak garing kacau selalu.
2. Masukkan air dan susu cair (atau santan jika gunakan santan) dan masukkan juga asam keping/gelugor yang direndam sebentar. Masak sehingga kuah percik mendidih dan agak memekat.
3. Masukkan garam dan gula serta rasakan kesesuaian masam manis serta masinnya. Bila dah masak padamkan api hidangkan bersama ayam panggang sama ada di letak berasingan dalam mangkuk atau boleh disiramkan di atas ayam bila hendak menghidang. Hidangkan bersama daun2 salad timun dan tomato segar. Selamat mencuba.

Tips mudah untuk masakan ini - beli ayam panggang percik di pasaraya dan cuma perlu di masakkan kuah perciknya sahaja..hahaha idea orang yang tak berapa rajin macam akak selalu gak beli ayam panggang dan masakkan kuah perciknya sahaja.




Sunday, December 28, 2014

Banjir 2014 - Ya Allah Lindungilah Mereka..



hingga bumbung rumah ditenggelami air..

Assalamualaikum dan salam Ahad untuk semua teman2 dan pengunjung ZLC...apa khabar semuanya semoga anda semua sihat dan kalau tak sihat tu jangan lupa makan ubat atau berjumpa doktor.  Di musim2 cuaca yang sangat tak menentu ini ada tempat yang hujan tanpa henti, ada juga yang hujan sekejap2 atau apa jua keadaan cuaca di tempat kita, kesihatan perlu kita jaga.  Bagi mereke yang terlibat dengan banjir yang berlaku di beberapa buah negeri terutamanya di pantai timur dan juga utara tanah air dan beberapa daerah di Johor serta seluruh Malaysia, diharap dapat banyak2 bersabar di atas ujian ini.

Semua rakyat Malaysia mendoakan agar keadaan banjir yang berlaku agar kembali surut, saya juga turut merasa sedih dan tersentuh hati melihatkan keadaan yang dilaporkan di media2 massa dan internet..bayangkan bila rumah ditenggelami air hingga ke paras bumbung semua harta benda rosak dan tiada satu pun yang dapat diselamatkan, tempat perlindungan atau penempatan sementara juga turut di naiki air, ada juga yang lewat mendapat bantuan bekalan makanan dan keperluan lainnya kerana perhubungan jalan yang terputus?? hanya Allah sahaja yang mengetahuinya..

Hanya mereka yang pernah merasainya tahu bagaimana menghadapi keadaan yang begitu getir dan susah pada masa ini.. Namun percayalah setiap insan yang memandang turut sama bersimpati dan hanya doa yang dapat di kirimkan kerana kami tahu bukan sesuatu yang mudah untuk mengalas musibah yang dihadapi ini. Semoga Allah memberikan kekuatan pada mereka untuk meneruskan kehidupan.  Setiap ujian yang Allah turunkan pasti ada hikmah disebaliknya..bagi yang kehilangan orang2 yang dikasihi juga perlu banyak bersabar kerana Allah lebih menyayangi mereka Al-Fatihah untuk korban mangsa banjir.

Dengan adanya bantuan2 yang dihulurkan samada oleh pihak kerajaan, badan2 koprat, NGO, persatuan2, badan2 amal mahupun orang perseorang serta  para budiman diharap akan sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang dialami serta memulihkan kembali sekadar yang termampu walaupun kita semua ketahui ianya tidak akan sama dengan yang telah musnah di tenggelami air atau dibawa arus. Hanya kata2 semangat dan doa dapat saya titipkan buat semua..salam sayang dari Zalekha Ismail..teman bicara alam maya anda.

Pusat pemindahan juga turut dinaiki air..

Lautan air banjir yang memutuskan perhubungan jalanraya..



Wednesday, December 24, 2014

Sambal Udang Cili Padi dan Petai Pedas Meletops..

Assalamualaikum...salam Rabu buat semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi selalu..lagi apaan agaknya udah makan tengahari..kalau belum bisa masuk angin perutnya..udah lewat tengahari....ewah ngapain ngomongnya kayak orang indo..opss betulkan lidah semula yer cik akak..maaf kawan2 sebenarnya hari ini sambil buat keje sambil dengar lagu dari seberang jadinya feeling macam di Jakarta la pulak..jgn marah ekk..teringat pula kenangan ke Jakarta dan Bandung bila agaknya saya akan sampai ke sana lagi..awal tahun ini saya terpaksa batalkan penerbangan saya ke sana kerana kurang sihat.. Insha Allah tahun hadapan kalau ada rejeki yang lebih mau aja dech liburan ke sana lagi..hahaha terusan galau ama kagen bangat dech..ok stop dari merapu@meraban jom ler kita tengok entry ringkas yang hendak saya kongsi dengan teman2 iaitu Sambal Udang Cili Padi dan Petai yang saya buat pada sabtu lepas..jom semak resepi..

Sambal Hijau Udang Cili Padi dan Petai

Bahan-Bahan

500 gram udang sederhana - dibersihkan buang muncung dan ekornya yang tajam
4 papan petai - dikupas dan gorengkan sebentar serta toskan
1 mangkuk - cili padi hijau  dikisar (mangkuk tafufa - kalau tak nak kurang boleh kurangkan)
2 labu bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci belacan - dikisar
1 labu bawang besar - dihiris nipis
2 keping asam gelugor/keping - direndam sebentar
gula pasir lebih kurang 3-4 sudu
air lebih kurang  1/2 cawan
secukupnya garam
minyak masak untuk menumis

Cara:

1.  Panaskan minyak masak untuk menumis dalam kuali, tumiskan bawang besar yang dihiris, hingga layu dan berbau harum, masukkan bahan2 yang dikisar cili padi hijau, bawang besar, bawang putih dan belacan.
2. Tumiskan sehingga naik minyak dan agak garing. Masukkan pula gula pasir balik2kan dan masukkan air  bila dah mendidih tumisan sambal masuk pula udang dan petai berserta garam dan asam keping yang direndam tadi,
3. Balik2kan sehingga udang masak tak perlu lama sangat nanti isi udang jadi keras. Bila dah nampak udang elok masaknya boleh rasa kalau nak di tambah gula atau garam tapi yang pastinya sambal ini memang pedas.  Hidangan bersama nasi panas...pedas2 sedappp..cuba tau..


Selamat Hari Natal @ Happy Chirstmas

Selamat Hari Natal - Xmas untuk semua kawan2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang meraikannya..
Wish you very very Happy Christmas with lot of happiness and happy holiday.. luvs from Zalekha Ismail muahhh..xoxo