Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..
Thursday, July 24, 2014
Salam Aidil Fitri..buat semua yang disayangi..
Assalamualaikum...Salam khamis buat semua kawan2 serta pengunjung ZLC yang saya sayangi.. apakabar kawan2 semua, semoga sentiasa sihat dan gembira dalam menjalani tugas harian dan juga ibadah puasa yang telah hampir ke penghujungnya tak sampai 4 hari sahaja lagi..cepat betul masa berlalukan.. Bagaimana pula dengan persiapan hari raya kawan2 semua..tentunya dah siap segala keperluan untuk menyambut raya ek.. seperti pakaian baru untuk anak2, kueh mueh raya, kelengkapan rumah yang mana patut...tapi yang penting janganlah kita terlalu membazir dalam menyambut hari raya walaupun ianya hanya datang setahun sekali.. Apa yang penting kita dapat menyambut hari raya bersama kaum keluarga untuk bermaaf-maafan dan mengeratkan lagi siratulrahim serta ukhwah sesama kita..bagi yang masih mempunyai ibubapa pulanglah untuk berhari raya bersama ayah dan bonda selagi hayat mereka ada..dan bagi yang telah ketiadaan ayah bonda seperti saya hanya doa yang dapat dititipkan buat mereka..al-Fatihah..
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin - Maaf Zahir Batin buat semua kawan2 dan pengunjung ZLC dimana jua anda berada, maafkan segala salah dan silap saya tidak kira dalam pertuturan atau bicara yang mungkin menyinggung perasaan dan terasa di hati semua.. semoga ikatan yang terjalin antara kita di alam maya ini terus berkekalan dan diberkati hendaknya..sehingga berjumpa di entry yang lain..Wassalam dari Siti Zalekha Sheikh Ismail..
Sunday, July 13, 2014
Serawa Durian & Musim Durian di Bulan Puasa..
Assalamualaikum...bertemu sekali lagi di hari Ahad..hari nie ramai yang bercutikan tapi saya bekerja sebab kat negeri Johor bekerja pada Ahad sekarang nie..huhuhu macam tak best ajer kan sebab dah terbiasa bercuti pada hujung minggu..emmm nak buat macamne dah keje terpaksalah akur dan menurut perintah..xgitu kawan2..oklah bagi kawan2 yang tidak berkerja pada hari ini tentunya sedang bersantai2 sambil menonton tv di rumah..atau ada yang ke shopping mall untuk membeli belah persiapan hari raya yang bakal menjelang x lama lagi..saya masih belum window shopping lagi sebab apa tau kalau tiba musim perayaan saya memang suka pergi ke shopping mall sebab boleh mencuci mata tengok pelbagai jualan dari pakaian, paralatan kelengkapan rumah dan yang paling syok tengok biskut2 raya yang dijual bermacam anika cantik2 belaka cuma harganya aje yang x boleh tahan mahal selalunya..n quality nya pun x tau macam mana, berapa lama biskut2 yang menimbun2 tu telah disediakan..opsss xbaik saya nie bersangka buruk yer..tapi rasanya tentulah yang menyediakan jualan2 kueh raya memang ada target pembelinya..sorrry la bercerita panjang pulak pasal jualan sempena raya ekk..
Hari ni saya nak kongsikan resepi yang dah banyak kali juga di masak dan menjadi kegemaran saya dan anak2 saudara saya di rumah iaitu serawa durian..Oleh kerana di bulan puasa kali ini musim durian sedang rancak berbuah maka..alhamdulillah adalah rezeki anak2..mula2 tu opis mate saya kak maria bagi setupperware durian yang sedap n dah siap dikupas di masukkan kan pula dalam fridge apa lagi sebahagian di makan mentah dan sebahagiannya pulak saya buatkan serawa durian bersama pulut.. dan baru dua tiga hari lepas sepupu pada arwah bonda saya datang bawa durian juga untuk kami..masyaAllah dah siap di kopek dan di masukkan dalam 5 bekas polisterin bersama satu beg besar buah manggis..terima kasih banyak2 pada mak peah, pak hj hamzah dan zihan kerana bagi kami durian dari kebun mereka yang sangat manis dan sedap..kali ini kami makan durian dengan nasi bersama gula melaka yang diracik dan susu cair..kalau arwah abah ada dulu2 memang suka makan macam ni tapi gunakan santan segar..al-fatihah untuk arwah abah dan mak..teringat makanan kegemaran mereka.
Untuk resepi Serawa Durian dan Pulut sila clik DI SINI ok..

![]() |
| durian yang mak peah bagi..sedappp.. |
![]() |
| nasi yang dimakan bersama durian, gula melaka dan susu cair.. |
![]() |
| ini yang akak makan,,, |
Thursday, July 10, 2014
Nasi Beringin & Sambal Tumis Petai...
Assalamualaikum...Salam khamis buat semua pengunjung ZLC hari ini saya nak berkongsi resepi Nasi Beringin yang digandingkan dengan Sambal Tumis Udang Petai yang sangat sesuai dan serasi bila di makan bersama...sebenarnyakan kawan2 banyak viarasi nasi beringin yang saya tengok di internet..tapi pada asasnya nasi beringin ini lebih mirip kepada nasi lemak atau nasi serai tapi mempunyai aroma yang agak harum kerana selain dari serai yang digunakan ia juga ditumis dengan rempah penumis..dan basmathi yang digunakan membangkitkan lagi keenakkan nasi beringin kerana lembut dan berbau harum..jom kita semak resepi di bawah yer..resepi sambal tumis udang petai saya copy n paste dr resepi yang lama aje..
Nasi Beringin..
Bahan-bahan:
5 cawan beras basmathi - di cuci bersih dan direndam 1/2 jam
3 cawan santan
4 cawan air
2 labu bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris
3 batang serai - di memarkan/ketuk
3 helai daun pandan - disimpul
2 batang kayu manis
5 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
4 biji buah kelapa
1/2 camca teh halba
3 sudu makan minyak sapi - (saya guna majerin je)
Garam secukup rasa
Cara:
1. Panaskan minyak sapi/majerin dalam periuk, masukkan rempah penumis kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga. tumiskan hingga berbau harum masukkan pula bawang besar hiris bersama bawang putih dan halia, masukkan juga serai.
2. Bila bawang agak kekuningan masukkan air dan santan. Masukkan juga daun pandan. Biarkan hingga air mendidih baru di masukkan beras basmathi yang telah ditoskan. Masak nasi sehingga tanak, gemburkan beras dan biarkan nasi masak dengan api yang kecil pula sehingga nasi masak elok.
3. Hidangkan bersama lauk2 yang disukai seperti sambal tumis udang, rendang, kari atau kurma juga sesuai di gandingkan dengan nasi beringin selain ulaman timun dan tomato atau pencuk nenas timun. Selamat mencuba..
Sambal Tumis Udang dengan Petai
Bahan-bahannya:
500 gm udang sederhana besar - di bersihkan
1 mangkuk petai yang siap di buang kulit
1 mangkuk -(mangkuk tafufa) lada kering yang di rebus dan diblender halus
2 1/2 labu bawang besar - diblender halus
4 ulas bawang putih - diblender halus
2 inci belacan
2 labu bawang besar - di hiris kasar2
1 cawan air jus asam Jawa
3-4 sudu makan gula pasir (ikut suka klau nak manis tambah lagi gula)
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak:
1. Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang besar yang dimayang kasar hingga layu dan berbau harum
2. Masukkan bahan2 yang diblender halus, goreng dan balik2kan sehingga agak garing dan pecah minyak.
3. Masukkan pula gula, balikkan lagi, masukkan udang yang telah dibersihkan dan ditos, diikuti dengan jus asam jawa.
4. Masak sehingga sambal tumis masak dan naik minyak cantik warnanya masukkan pula petai. Tambahkan garam dan rasa kan kesesuaian masin, manis dan masam. Biarkan atas api yang kecil sambil dibalik-balikan jika masak sambal tumis dengan betul dan lama sedikit ia akan tahan lebih lama Hidangkan bersama nasi beringin..

Wednesday, July 9, 2014
Lemon Chicken~~sedappp uolls..
Assalamualaikum..selamat petang kawan2 dan pengunjung ZLC yang disayangi...buat apa tu agaknya petang2 hari di bulan puasa macam nie,,,ada yang sedang memasak hidangan istimewa untuk berbuka yer...saya hanya berpeluang untuk memasak jam 6 petang nanti sebab balik keje jam 5 lebih...masak pun yang mudah2 sahaja sebab 1 jam 15 minit ajer nak bekejor waktu berbuka...so selalunya masakan yang ringkaslah yang menjadi pilihan. Yang penting kalau nak cepat dan mudah bahan2 yang boleh dibuat terlebih awal disediakan siap2 dalam peti ais so tak ler mengambil masa yang terlalu lama duduk didapur. Tapi setakat ini alhamdulillah walaupun agak kelam kabut nak mengejar masa sebelum waktu buka..tapi selalunya chef in d house la masak saya nie jarang2 atau kadang2 ajer..xkisahlah yer sape yang memasak yang penting makanan yang disediakan enak, berkhasiat dan segar..sebab dimasak sendiri di rumah..bukan di beli di bazar ramadhan..
Asik mengomel saya ni ek..jomlah kita tengok bahan2 yang diperlukan untuk membuat lemon chicken yang sedap nie..anak-anak n mak2 semua suka dengan rasanya yang masam2 manja gitu...cuba tau kawan2..
Lemon Chicken
Bahan-Bahan:
400 gram isi ayam - dipotong kecil (bite size)
2 biji telur ayam - dikocok sedikit
1/2 cawan tepung jagung *
1/2 sudu teh serbuk lada putih*
sedikit garam*
(gaulkan bahan2 yang bertanda*)
minyak untuk mengoreng ayam
Bahan Sos Lemon:
4 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 biji bawang holand di dadu halus
1 kiub ayam maggie
jus lemon diperah dari 1/2 biji lemon
kulitnya jangan dibuang -dipotong2 untuk hiasan (kulit lemon juga bagus dimakan utk hilangkan bau badan)
1/2 cawan air
1 1/2 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan sedikit air -untuk pemekat)
2 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
dan sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Mula-mula panaskan minyak untuk mengoreng ayam, ayam yang telah di potong kecil di celup ke dalam telur kemudian gaulkan pula ke dalam tepung jagung yang telah di gaul bersama serbuk lada putih dan garam.
Gorengkan ayam dengan api yang sederhana, bila dah masak angkat dan toskan.
2. Untuk sediakan sos lemon, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih yang dicincang dan bawang holand yang didadu halus. tumiskan sehingga bawang layu dan berbau harum.
3. Masukkan air dan kiub ayam serta gula pasir, bila dah mendidih masukkan garam dan jus lemon yang diperah, masukkan juga tepung jagung yang dibancuh dengan air masukkan juga sedikit garam. Masukkan ayam dan balik2kan sehingga rata. Hidangkan dengan menghiaskan sedikit kulit lemon yang dihiris, sedap dimakan dengan nasi putih atau di ratah begitu sahaja.

Tuesday, July 8, 2014
Vadey...
Entry ringkas untuk sapa2 yang nak cuba nak buat vadey sendiri memang sesuai tak perlu lagi di beli..untuk mereka2 yang suka makan vadey macam saya ni..sebenarnya saya buat vadey ni dah lama ntah bulan berapa..baru ler nak di masukkan ke blog untuk rujukan saya juga dikemudian hari. memang sedap dan lembut di dalam tetapi crispy di luar..terbaiklah orang kata macam boleh beat la gan rasa vadey yang mamak jual tu..resepi vadey ni saya cuba resepi kak jee dari Dapur Kak Jee tu..tqvm kak jee saya share pula disini yer..sedap rasa vadey yang nie..nanti kalau rajin saya nak berbuat untuk berbuka..tapi tak tahu bila ek nak buat lagi..hihihi..
Vadey
Cara:
1. Kacang dhal direndam lebih kurang 4 jam dan toskan airnya.
Vadey
Bahan-Bahan:
1 peket kacang dhal (300gms)
2 biji cili hijau atau cili api ikut suka- dihiris halus/cincang (saya guna cili merah dan hijau)
1 labu bawang besar - di dadu/racik halus
1 sudu kecik jintan manis biji
garam

sedikit gula (saya tambah)
3-4 tangkai daun kari
3-4 tangkai daun kari
Cara:
1. Kacang dhal direndam lebih kurang 4 jam dan toskan airnya.
2. 3/4 daripada kacang dhal itu dimasukkan ke dalam blender kering dan kisar sampai
halus. pastu keluarkan dalam bekas dan campurkan ¼ baki kacang dhal tadi.
3. Bubuhlah garam dan aji kalau suka (saya masukkan 1 sudu gula - x guna aji) serta bawang besar yang telah dicincang.
jangan lupa masukkan juga 1 sudu kecik jintan manis dan daun kari yang telah
diracik, kalau ada. gaul rata. pastu masukkan cili. cili hijau atau cili
api diricik. rasa garam.
4. Panaskan minyak dalam kuali. basahkan jari jemari
dan bentuk2 bulat dan leperkan dan masukkan ke dalam minyak panas. api biar
sederhana untuk dapat hasil gorengan yang ranggup. selamat mencuba.
Kari Ayam Melayu..
Salam..selamat tengah hari semua, diam tak diam dah 10 Ramadhan hari ini kita menjalani ibadah puasa, cepat sungguh rasanya masa berlalu..bagi kawan-kawan yang ada mengambil tempahan kueh raya atau pun menjahit pastinya sedang sibuk menyediakan tempahan2 sebelum menjelangnya Raya ek..saya tak larat nak mengambil tempahan kalau masa muda2 sikit dulu (ops macam lah saya nie dh tua sangat ek) saya juga ada mengambil tempahan membuat cookies raya untuk kawan-kawan..tapi semuanya tinggal kenangan aje sebabnya saya pun tak berapa nak rajin nak mengambil tempahan dan keadaan kesihatan yang tak menentu..
Jadinya tahun ini kalau larat saya akan membuat sejenis atau dua jenis kuih raya untuk rumah dan selebihnya biasalah kueh yang siap sedia tunjuk sahaja mana yang berkenan dan bersedia jugalah untuk mengeluarkan kepala rimau kalau dah mengorder..hehehe. Ok stop ler citer pasal persediaan raya, hari ini saya nak kongsikan resepi kari ayam melayu yang mudah disediakan sesuai di makan bersama nasi putih, nasi impit atau roti jala tapi semalam hidangan iftar kami sekeluarga kari ayam dilawankan dengan nasi impit dan saya menyempatkan diri untuk buat sedikit sambal kacang sotong dan serunding kelapa udang kering..dah macam nak raya jer ek..berangan lah pulak..
Kari Ayam Melayu..
Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam dipotong (ikut suka nak potong besar atau kecil)
4 biji kentang - dibelah empat
3 labu bawang besar - dikisar halus
6 ulas bawang putih - dikisar halus
seinci halia - dikisar halus
4 sudu makan rempah kari daging - campurkan dengan sedikit air jadikan pes
2 batang serai - di ketuk
3 keping asam gelugor - direndam sebentar
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk santan cair / air
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan serai hingga berbau harum masukkan bahan-bahan yang dikisar halus, tumiskan sehingga naik minyak masukkan pula pes kari yang dibancuh tadi, tumis sehingga sebati dan naik minyak.
2. Masukkan ayam, diikuti dengan santan cair/air. Bila agak mendidih masukkan pula kentang. Biarkan kari mengelegak dan masukkan pula santan pekat. Masak sehingga kentang empuk/lembut masukkan asam keping dan perasakan dengan garam.
3. Masak sehingga ayam dan kentang empuk dan lauk kari sebati dengan api yang sederhana. Bila dah masak tutupkan api. Sedap dimakan bersama nasi putih atau nasi impit..

| iftar puasa ke 9..mcm nak raya ek..hihi |
Monday, July 7, 2014
Sambal Hitam Pahang..
Assalamualaikum..Selamat pagi Isnin semua., pagi ni hujan turun pepagi lagi. Alhamdulillah sejuk dan nyaman sikit rasanya dan berpuasa dalam keadaan yang nyaman begini tentu sedap aje kan tapi matalah yang akan berkebil2 sebabnya mengantukkan...kalau orang tak bekerja duduk di rumah tentu seronok dapat tidur di pagi hari yang nyaman begini. Tapi kalau bekerja terpaksalah menjenggilkan mata... malas nak melayan mata yang dah nak jadi mata panda sepet meh ler kita tengok resepi yang nak saya kongsikan dengan kawan2 hari ini..iaitu sejenis resepi yang mula jadi popular di kalangan bloger dan fb yang gemar memasak iaitu resepi Sambal Hitam Pahang, resepi yang boleh dikategorikan sebagai resepi tradisi dan warisan ini agak mudah nak memasaknya dan bahan-bahannya pun tak banyak tapi nak menyediakan belimbing rebus sahaja yang agak memakan masa..ada yang memasak belimbing buluh sehingga 8 jam dan ada juga yang merebusnya hanya 4 jam..tapi saya tak merebusnya sebab makcik saya di Chenor Pahang ada bagi sebalang belimbing yang siap di rebus untuk kami adik beradik semasa saya dan keluarga balik Kampung pada bulan Mei lalu.. Jadinya dapatlah di hasilkan sambal hitam pahang dengan belimbing sedap tau rasanya yang masam2 pedas makan pula dengan nasi panas memang terangkatlah..
Sambal Hitam Pahang..
Bahan-Bahan :
Semangkuk (mangkuk tafufa) belimbing rebus
1 cawan ikan bilis yang telah dibersihkan - direndam sebentar dan toskan
segemgam cili padi - ikut kepedasan yang dikehendaki (>< 25-30 biji)
4 labu bawang besar - dihiris nipis
Sedikit gula
Sedikit garam
2 sudu makan kicap lemak manis jalen
minyak masak secukupnya untuk menumis
Cara:
1. Belimbing di renyah sedikit dan ketepikan dulu
2. Tumbuk halus cili padi, ikan bilis juga ditumbuk dan bawang besar hiris direnyah dalam lesung batu.
3. Panaskan sedikit minyak untuk menumis masukkan bawang besar yang direnyah diikuti dengan cili padi dan ikan bilis, tumiskan sehingga agak garing, masukkan sedikit gula dalam 2 sudu makan bersama kicap dan masukkan juga buah belimbing rebus yang direnyah tadi.
4. Balik-balikkan sehingga agak kering sambal ini dan bila dah masak sejukkan hidangkan bersama nasi panas. Sambal ini tahan lama jika di simpan dalam peti ais.

| sesuai untuk makan tengahari bersama lauk sampingan asam pedas dan ikan goreng.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)