Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, October 31, 2011

Fermented Tapioca With Coconut Fritters..

Salam senja untuk semua, petang tadi  masa balik dari pejabat akak ada buat sejenis kueh untuk minum petang yang menggunakan tapai ubi..Sebenarnya Tapai Ubi yg sangat lembut dan sedap ini akak beli di Pasar Tani tempoh hari..dan memandangkan ianya masih elok lagi jadi akak pun cuba la buat Gorengan Tapai Ubi Berkelapa  atau nama inggerisnya seperti di atas tu ala-ala getuk ubi dimana getuk ubi menggunakan ubi rebus yang dilenyek halus. Bila dibuat menggunakan tapai lebih halus rasanya macam kita makan tapai goreng..bagi sesiapa yang ada tapai ubi berlebihan boleh la mencuba resepi ini..Jom kita semak resepi mudah ini:

Gorengan Tapai Ubi Berkelapa

Bahan2:

350 gm tapai ubi yang  lembut
1 cawan kelapa parut putih
Cara: Buangkan tulang atau empulur pada tapai kemudian dilecek halus, gaulkan dengan kelapa parut hingga bergaul rata, bentukkan seperti bebola (macam buat fish ball) buat sehingga habis adunan.

Bahan untuk bancuhan tepung gorengan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu makan butter
secubit garam
1/2 cawan air atau secukupnya..
Cara: Tepung dan butter di gaul macam kita buat breadcrumb, masukkan garam diikut air sedikit demi sedikit gaul rata sehingga adunan licin dan tidak berketul, tidak terlalu pekat atau cair.

Panaskan minyak masak,  celupkan bebola tapai tadi dalam bancuhan tepung masukkan dalam minyak pastikan minyak tidak terlalu panas semasa mengoreng, goreng la sehingga bertukar warna keperangan dan angkat di toskan denga paper towel. hidangkan...Selamat mencuba
Tapai yang dilenyek halus gaulkan bersama kelapa parut

bancuhan tepung gorengan

Bulat2 kan adunan

1 comment:

  1. wow..menarik...klu jumpa tapai yg best one day sy akn cuba buat ...tqvm

    ReplyDelete