Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, April 30, 2012

Jalan-jalan sampai sakit kaki...hehe padan muka aku..

Assalamualaikum...


Salam hari Isnin untuk semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya kasihi...nampaknya hari ini baru saya dapat bersiaran sebab semalam saya tak ada dirumah keluar berjalan2 dengan abg long saya dan akak ipar saya kak zam..so apa lagi ada peluang orang ajak berjalan saya pun ikut sahaja.  Mula2 kami ke Kota Tinggi sebab kak zam nak cari baju..tapi nampaknya saya pulak yang terlebih sebab dah sambar 3 pasang tudung terukir di bintang...cewahhhh pepandai jer saya bagi nama tudung tu yer sebenarnya saya sedang membuat koleksi tudung yang menggunakan kain tidak panas macam kain t-shirt then cap dia gunakan kain sutera thai yang sama warna di taburi pula dengan bunga2 yang dibentui dari batu2 kristas yang agak sederhana dan ada juga batu2 swarovki crystal...sorry eks tak reti nk mengejenya..jadi memang tak tahan ler mata memandang sebab selalunya kalau di tempat2 menjual tudung di JB nie harganya agak mahal sampai RM35-40 satu tapi kat kota tu dapat RM25 sahaja dan bila pandai tawar menawar dapatlah RM20 seronokkan.. Oleh kerana saya dah ada warna2 yang agak striking seperti jingga@oren terang, terquoise, gold saya cari pulak warna2 yang agak lembut hijau yang lembut, gray dan warna kegemaran saya pink yang kemerahan..cuma rugi pulak rasa semalam tak ambil yang purple dan merah..nanti bila pi lagi boleh lah cukupkan warna2 yang tak ada dalam koleksi saya itu...dan saya juga sempat membeli sehelai blouse..warna kelabu harganya pun memang lebih murah di sana..

Lepas berjalan2 di tempat perniagaan orang2 kampuchea yang menjual kain2 pasang, baju siap dan tudung2 beranika tu kami pun berhenti makan tengah hari di Restoran Nasi Pandang emmm apa lagi lauk minang lah yang kami makan ada tunjang masak lemak minang, nangka pun masak seakan lemak tp colour dia agak kecoklatan kenapa yer orang2 minang masak lebih kurang sama jer? kena tanya orang minang la nnti..pastu ada ikan bakar n udang bakar dengan kicap berbawang, sayur goreng tahu tempe berhati pedal, ada sambal berlado minang juga yang hijau dan merah...memang sedap masakan minang bagi orang2 yang suka makan nasi padang..

Balik dari kota tu kami singgah pula ke Tesco Desa Tebrau membeli belah barang2 keperluan..biasalah bila dah belanja semua barang hendak dibeli pantang nampak kata orang...dan lepas tu kami singgah pulak ke Best Mart  Pandan...sebab kak zam nak cari minyak masak cap buruh atau sri murni memang susahkan nak cari minyak masak sekarang ini yang ada pun minyak2 masak yang tidak dilabel n yang dalam pek2 plastik sahaja..payah betul..terpaksa pergi ke beberapa supermarket pun x jumpa.. dah penat berjalan kami pun balik singgah pulak ke Chamek Kopitiam di Bandar Baru Uda..saya order kopi C dan roti bakar dan popia sayuran yang sangat kenit2 digoreng agak gelap pulak tu.emmm mahal pulak tu 5ketul yang sangat kecil RM4 kalau buat sendiri pasti puas makan kan ..kat chamek tu macam2 ada cuma masih kenyang jadi cukuplah makan roti bakar cicah kopi... itu sahaja lah kisah perjalanan semalam yang menyebabkan kaki kiri saya nie berasa sakit n lenguh sikit jadinya hari ini ambil cuti sehari x bekerja...duduk dirumah sambil mengosok2 kaki dengan batu yang dibentuk seakan pumice stone/rock tapi panjang bentuknya..rasa lega jugaklah sebab dapat elokkan perjalanan darah..hehehe pandai jer saya kan...ok..out dulu ada kerja nanti bila senang2 nnti saya menulis lagi mungkin ada entry masakan yang tertunggak yer..sampai bertemu lg..tata..

Sunday, April 29, 2012

Hatimu Milikku...


suka lagu ini sebab senikatanya sungguh syahdu...utk....yg slalu dihatiku..

Hatimu Milikku...by Nera
 
Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

[*]
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

[**]
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Ulang [*][**]

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Ulang [*][**]

Aku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini

Saturday, April 28, 2012

Ubi Rebus Dengan Sambal Bilis...

Satu lagi entry bergambar jer yer rasa dah penat menaip hari nie...ubi rebus dengan sambal tumis...yang dibuat oleh adik saya bedah untuk sarapan pagi tadi...kalau nak makan untuk minum petang pun boleh ubi rebus nie memang sedap bagi orang2 yang suka makan ubi macam saya lah...tapi bagi orang2 bandar mungkin tak berapa pandai makan ubi kot...selain dari di rebus dimakan dengan sambal atau ikan kering ada jugak orang makan ubi rebus dengan  kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam dan gula...macam2 boleh dipelbagaikan dan kalau buat kueh bakar ubi ke atau talam ubi yang dibawahnya lapisan ubi bergula melaka dan atasnya pula lemak bersantan yang dicampurkan tepung beras atau ada yang memanggil kueh ini sebagai bingka ubi memang sedapkan...cewahhh dah berangan nampaknya saya dengan kueh bingka ntah bila agaknya dapat membuatnya...hehehe

Ok tak payah letak resepi yer sebab nak menyediakan ubi rebus ini amat mudah kita cuma perlu potong ubi kepada size yang sesuai kecil2 pun boleh, buangkan kulitnya, cuci bersih dan rebus dengan air hingga mendidih dan lama sedikit untuk dapatkan ubi yang empuk dan enak jangan lupa letakkan sedikit garam...kemudian toskan ubi yang telah masak hidangkan bersama sambal tumis atau ikan kering atau apa2 sambal yang bersesuaian...




Cornflake Madu...aina punyerrr..

Salam petang buat semua..bersiaran sekali lagi saya pada petang sabtu ini...sementara ada kesempatan boleh la nak masukkan entry cornflake honey yang saya baru buat sebentar tadi. Sebenarnya ada cerita di sebalik kueh cornflake madu nie...nak tau kenapa saya merajinkan diri membuat kueh yang biasanya rajin dibuat di kala menjelang raya ajer..emm nie semua gara2 anak buah saya si Aina Arissa yang sangat pandai komplen bila nak buatkan dia Weweii kompleks "Mak j nie asik nak feybokk aje bila nak buatkan ana weweii komplek" terkedu saya sekejap si kenit nie pandai betul dia komplen saya asik nak facebook ajer..aina2 tak padan pelat...saya pun apa lagi bingkas bangun n tak sampai 1 jam siap Cornflake Madu kegemaran aina tu...makan la nak puas2 selagi korang boleh makan dan suka...mau taknyer suka rasanyer yang lemak2 butter wangi gitu n manis2 bermadu...pehhh menggoda yang xbleh nk mkn banyak nie pun dah bedal 4 cup kecik tu...sedap weiiiii garing dan wangi bau butter x bleh tahan..

Jom lah kita semak resepi mudah ini dan xyah lah nk tunggu hari raya baru nak buatkan...dam..dam doom bunyi mercun...cewahhhh teringat suasan raya pulak...

Cornflake Madu...

Bahan-Bahan:

5 cawan - cornflake (saya guna KelloggCornflake) isi penuh2 mumbum-hehe apa puna bahasa eks..
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan butter
4 sudu makan madu
mangkuk kertas kecil secukupnya

Cara:

1. Masak butter, gula dan madu dalam periuk dengan api yang kecil, gunakan senduk kayu kacau kan hingga butter mencair dan mendidih bersama gula dan madu tadi.  Bila dah agak berbuih2 padamkan api.
2. Masukkan cornflake ke dalam butter berkaremel tadi dan gaul rata dan sebati.
3. Sudukan cornflake ke dalam mangkuk kertas dan buat hingga habis
4. Bakar dalam oven lebih kurang 15-20 minit dan sejukkan.. Simpan dalam bekas kedap udara dan anak2 pasti suka makan..

Puff Pastry Ala Pizza

Assalamualaikum....

Salam hari Sabtu dan selamat berhujung minggu buat semua teman2 yang disayangi yang sering memberi sokongan kepada saya untuk terus mengilhamkan daya kreativiti walau pun xberapa nak kreatif dalam menghasilkan masakan2 yang simple tapi yang penting ianya berkhasiat, mudah disediakan dan yang paling utama terasa sedap di anak tekak saya dan anak2 buah di rumah ini...syukur alhamdulillah kerana anak-anak buah saya yang sering menjadi food tester pada setiap masakan saya walaupun yang paling mudah tetap memberi komen yang positif sedap di tekak mereka..bukan nak memuji diri sendiri yer sebab yang makan pun memang kami sekeluarga ajer kan....kalau sesiapa yang berpeluang tu seperti rakan2 sepejabat kalau ada saya bawa dapatlah menjamah...tu pun kalau ada berbaki kalau tak telah diselamatkan dengan lafaz bismillah ke perut anak2 saudara ku seramai 6 orang di rumah ini 4 yang besar sekolah rendah iqin, said dan eqa..akak esah dah form five dan yang kenit2 tu sara di tadika dan aina yg sekolah makan jer di rumah..hehehe..

Ok lah tak mau bercerita panjang kita terus sahaja lihat resepi yang telah saya merabankan apa yer perkataan yang sesuai selain meraban@men cacamarba--kan..sesuka hati saya utk membuat puff pastry ala pizza ini..dan saya pun xder parutan keje n lupa pulak nak spreadkan mayonis..tapi tetap sedap rasa dia..  Itu pun setelah melihat di blog sifu CMG @Dapur Tanpa Sempedan yang disini tu maka jadilah puff pastry yg sedap jugaklah walaupun tak cukup bahan tqvm yer Che Mat bagi idea nak buat pastry Puff ini..


Puff Pastry Ala Pizza

Bahan-Bahan
1 paket pastry puff jenama kawan ada 10 keping- untuk yg bertutup saya guna 6 keping utuk dapat 3 biji pastry puff yg besar dan selebihnya saya potong dua untuk yang terbuka.

Untuk Paste sambal bertomato
2 sudu makan cili blender
2 biji tomato - dicincang /dadu
1 biji bawang besar - didadu
1/2 camca teh herba kering oregano
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
1 camca teh gula
secubit garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara sediakan paste:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang dadu hingga layu dan berbau harum, masukkan cili blender balik2kan sehingga naik minyak, masukkan gula dan kacau sebentar masukkan pula sos tomato dan sos tiram, masukkan tomato yang dipotong dadu, dan taburkan oregano, balik2kan sebentar masukkan sedikit garam dan gaul sebati, padamkam api serta sejeukkan sebelum digunakan.

Bahan-Bahan Lain
2 labu bawang besar - dihiris nipis
4 biji cendawan segar - dihiris
1/2 biji capsicum hijau - dihiris
1/2 biji capsicum merah - dihiris
1/2 biji capsicum kuning - dihiris
4 batang -sosej jumbo berkeju - dihiris
parutan keju chedar, parmesen, mozarella (kalau ada saya xder  xletak)
1 biji kuning telur yang dikocok ukt disapu atas pastry yg bertutup

Cara menyediakan Puff Pastry

1.  Ambil sekeping pastry ditorak sedikit dengan taburkan sedikit tepung supaya melebar sedikit..letakkan di atas loyang pembakar yang ditabur dengan sedikit tepung.
2. Letakkan anggaran 2 sudu atau secukupnya paste sambal bertomato tadi atas pastry susunkan pula hirisan bawang, cendawan, capsicum dan sosej di atasnya. (Kalau ada keju parut taburkan sedikit di atasnya)
3. Ambil sekeping lagi pastry ditorak sedikit dan torehkan/buat garisan putus2 menguna pisau supaya nampak seperti bercorak dan letakkan di atas pastry yang telah diletakan inti tadi. Tekan sedikit tepinya dengan garfu dan sapukan sedikit kuning telur di atasnya.
4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 25-30 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing2.
5. Hidangkan bersama sos kegemaran anda seperti mayonis atau cheezy spread atau cili sos..saya makan begitu sahaja pun sedap...cubalah.



Friday, April 27, 2012

Cekodok Geragau Garing

Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang penuh barakah buat semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking...Syukur alhamdulillah kerana sekali lagi kita dipertemukan dengan hari Jumaat penghulu segala hari yang sungguh mulia ini semoga kita semua memperolehi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan diberi petunjuk taufik serta hidayah hendaknya..

Hari ini masih agak sibuk dengan kerja2 harian di pejabat saya dan selalunya waktu rehat pada jumaat yang agak panjang iaitu dari jam 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang saya dan kawan2 sepejabat akan keluar sama ada untuk ke pusat membeli belah atau makan2 di luar. Oleh kerana semua orang kepenatan minggu ini sebab banyak kerja yang perlu disiapkan segera jadi kami tak kemana2..saya pun terus menyiapkan saki baki kerja dan alhamdulillah telah beransur selesai. Petang ini dapatlah saya berehat sebentar sambil menjengah ke blog sebab dah dua hari tak ada entry masakan..hari ini saya cuma nak berkongsi sarapan tadi pagi yang sesuai juga untuk dibuat minum petang atau untuk dimakan pada bila2 masa sahaja...Jom kita semak resepi mudah dibawah sebab itu sahaja yang saya masak buat masa ini k..jadi bagi yang tak kisah jom la layan2 mata ok jangan marah eks kawan2..

Cekodok Geragau Garing...

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
2 labu bawang besar - dibelah dua dan hiris nipis
10 batang cili padi - cincang halus (kalau tak suka pedas kurangkan atau skip sahaja)
1 cawan udang geragau kering - dibilas dan ditoskan
Air secukupnya - anggaran 2 1/2 cawan - untuk dapatkan cekodok yang garing adunan x boleh terlalu pekat
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng terendam

Cara:

1 Gaulkan tepung bersama bawang hiris dan cili api yang dicincang bersama udang geragau kering bersama air, masukkan air sedikit2 yer jangan sekali arung sebab kita nak tengok sebanyak mana air yang diperlukan.
untuk dapatkan cekodok yang agak garing adunan tak boleh terlalu pekat atau terlalu cair sederhana sahaja.
2. Tambahkan garam dalam adunan dan kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali bila minyak dah panas sudukan adunan ke dalam minyak jangan terlalu banyak sekali menggoreng cukup sekadar 5-6 supaya  mudah dibalik2an dan tidak melekat antara satu sama lain.  Goreng dengan api yang sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan letak di atas paper towel. Hidangkan panas bersama sos kegemran anda..

Wednesday, April 25, 2012

Sayur Goreng Tahu Tempe...

Entry yang ini pula saya nak berkongsi resepi sayuran yang agak mudah disediakan dan sedap rasanya. Sayur goreng tahu tempe ini sering dihidangkan bersama lontong kering atau nasi ambang. Bahan-bahan yang digunakan agak menima mana2 yang ada sahaja dan saya rencahkan dengan ikan bilis sebab udang kering dan udang hidup x ada...tapi rasanyer sedap macam yang orang berjualan lontong kering atau nasi ambang sambal gorengnya simple ajer tapi tetap sedapkan...yok kita semak resepi..

Sayur Goreng Tahu Tempe

Bahan-Bahan:

1pek tahu dalam plastik (RM1) di potong2 kecil dan digoreng
2 keping tahu - dipotong kecil dan digoreng
10 batang kacang panjang- pilih yang agak muda dihiris serong
1 batang karet - dihiris batang mancis
2 biji cili hijau dihiris serong
sedikit@cekak kecil soo hoon - direndam hingga kembang dan dipotong pendek
5 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 sudu besar ikan bilis- ditumbuk kasar
2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air
secukup rasa garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1.  Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang2 hiris hingga layu dan berbau harum, masukkan pula ikan bilis yang direnyah/tumbuk kasar2 tadi balikkan masukkan oyster sos dan air. Masukkan karet balik2kan.
2. Masukkan pula kacang panjang, lada hijau yang dihiris dan tahu tempe yang telah digoreng terlebih dahulu. Goreng hingga masak sekata tak perlu sampai sayur lecur nanti tak sedap. Akhir sekali masukkan soo hoon yang telah direndam hingga kembang dan dipotong kecil dan goreng sehinga sayur masak cantik.  Perasakan dengan sedikit garam. Balik2kan sebentar dan padamkan api.  Hidangkan bersama nasi putih, lontong atau nasi ambang.


Sambal Lada Hijau Minang

Betemu sekali lagi kita di alam maya ini....dan pada kali ini saya nak kongsi resepi yang saya buat semalam iaitu Salam Lada Hijau Minang...seperti yang saya cerita siang tadi sambal ini saya buat sebab nak dimakan bersama lontong, dan boleh ngam jugaklah sedap sambal hijau ini cuma kurang pedas sahaja al-maklum saya hanya menggunakan lada hijau sahaja patutnya kalau nak kan rasa yang lebih pedas bolehlah ditambahkan dengan cili api...baru la terasa pedas meletopkan...anyway sambal ini mempunyai rasa unik yang tersendiri tetap sedap macam sambal berlado minang yang saya buat pakai lada merah  tu seperti di  SINI   dan saya tak menggunakan gula pun kali ini  mengikut sepertimana resepi asal orang minang..

Ok jom kita semak bahan-bahan  yang diperlukan.

Sambal Lada Hijau Minang...

Bahan-Bahan:
15 biji lada hijau yang bersize agak besar - kalau nak pedas tambahkan sedikit cili padi yer..
4 labu bawang besar - dibelah 2 dan di hiris nipis
2 biji tomato segar - dipotong dadu
sedikit garam
minyak untuk menumis - lebih kurang 1/2 cawan

Cara:
1. Lada hijau diblend dengan sedikit air sebentar sahaja - jangan halus sangat, tapiskan dan buang air lada
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar hiris hingga layu dan berbau harum,
balik2kan jangan sampai garing, apinya sederhana sahaja setelah itu masukkan pula lada hijau yang
ditapis tadi, balik2kan sehingga lada masak sekata dan agak mesra mengaring.
3. Masukkan pula tomato yang didadu tadi dan gorenglah dengan dikacau selalu hingga lauk sambal lado ini masak sebati dan cantik warnanya. Perasakan dengan sedikit garam, gaul rata sebentar dan bolehkan di padamkan api.  Sambal Lada ini sedap dimakan bersama nasi panas, boleh juga dimakan bersama lontong sedappp...cubalah..


Rezki di Hari Rabu...Alhamdulillah

Assalamualaikum....

Selamat pagi untuk kawan2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking...hari ini mesti ramai yang tersenyum2 sampai ketelinggakan...terutamanya kakitangan kerajaan sebab bukan sahaja kerana hr ini payday tapi juga ada kenaikan gaji baru sebanyak 13% jadilahkan alhamdulillah...

Kita tinggalkan dulu kisah gaji dan senyum simpul yang melirik hr ini saya nak kongsikan beberapa gambar dahulu yang saya masak subuh2 hari tadi untuk di bawa ke pejabat ada makan2 kecil2an sahaja..kebetulan cikgu fa ada bagi saya lontong semalam tu yang merajinkan diri untuk masak2..dan nampaknya hari ini bukan sahaja rezkinya makan lontong kering tapi dapat rezki gajah jugak sebab gpk kat opis saya nie belanja pulak KFC satu barel untuk makan ramai2..brpppppp...sedawa panjang kami dipejabat tadi..hehehe jom kita layan pic jer dulu k...nanti saya akan kongsikan resepi sambal lado ijo minang, sayur goreng, sambal kacang dengan telur rebus...dan ada juga bingka roti berkismis yang dibuat oleh kak marie...memang sedappp nanti saya akan cuba buat juga dan akan kongsikan diblog bila menjadi nanti k...

lontong kering

sayur goreng

sambal belado ijo

kfc
sambal kacang dgn telur rebus..

Tuesday, April 24, 2012

Talam Suji...daku teruja...

Assalamualaikum....

Selamat malam untuk semua pengunjung ZLC yang saya sayangi...hari ini seperti biasa sibuk dengan tugas2 harian tapi kesibukan tu semua tidak menghalang saya untuk melakukan kerja2 dengan seronoknya...mungkin persekitaran tempat tugas saya, kawan2 setugas, pegawai2 dan bos saya yang baik2 belaka dan sangat bekerjasama membuatkan suasana pejabat kami sungguh mesra seperti sebuah keluarga besar yang sentiasa ceria dan syukur alhamdulillah kerana dengan suasana kerja begini mengeratkan lagi siratulrahim antara kami dan menjadikan semua tugasan dapat dilaksanakan dengan lancar bak kata pepatah yang berat sama dipikul dan yang ringgan sama dijinjing..ok lah kita tinggalkan dulu cerita di pejabat saya tu jom lah saya cerita bagaimana tercetusnya idea nak buat kueh talam suji nie...macam dah tak boleh tunggu hujung minggu pula..excited punya pasal...

Sebenarnya hari ini seperti ada satu keterujaan untuk membuat kuih talam suji ini..sebab siang tadi bila ternampak rakan FB saya Zarissufiah yang comel tu berkongsi gambar talam suji siap dengan resepinya sekali membuatkan hati ini nak sangat buat kueh yang satu nie... lagi pun saya memang ada tepung suji yang dibeli beberapa minggu lalu tapi masih belum berkesempatan untuk membuatnya... setelah ada rangsangan dari kawan2 akhir nya berhasil juga projek talam saya di senjakala...hehe boleh macam tu..setelah diamati resepi yang saya lihat di facebook tu...macam tak berapa nak bersesuaian sebab penggunaan santan pekat yang amat mengerunkan...takut bila dengar santan pekat diguna sampai 4 cawan untuk lapisan bawah dan atas jadi sampai 8 cawan...mauuu pengsannnn wooo kalau makan santan banyak2 gitu lebih2 lagi untuk saya yang memang ada darah tinggi nie...jadi saya ubah suai sendiri dari pengalaman membuat kueh..bila pulak yer ada pengalaman buat kueh eks...dah lama sangat sebenarnya masa saya sekolah menengah dulu pernah juga membantu arwah ibu saya membuat kueh2 jualan yang dihantar ke warung seperti kuih2 talam tu semua. Jadinya bila diperbaiki dari semasa ke semasa macam orang putih kati practice make perfect cewahhhh yer arr jer saya kan..hehe jadi lah jugak..ok lah berceloteh panjang pulak saya nie...takut ada yang bosan membaca cerita saya ini jom lah kita terus semak resepi di bawah...anyway Sufiah terima kasih sebab berkongsi idea untuk menjadikan kueh talam suji ini satu realiti malam ini...dan rasanyer memang superb...gedeboommm sedapppp sangat2 tau...rasa nya sukatan yang dibuat tu..memang sesuai dan boleh dibuat lagi...

Talam Suji...

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah -
11/2 cawan tepung suji / semolina
1/2 cawan gula
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 camca teh vanila esen - saya lupa nak letak tadi..hehe
secubit garam
1 camca teh pewarna kuning - yellow food colouring

Lapisan Atas -
2 biji telur size A
1/2 cawan sirap gula melaka pekat
1/2 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
1 cawan air
3/4 cawan tepung gandum *
1/4 cawang tepung jagung * kedua tepung ini diayak jadi satu cawan sukatannya
1 sudu makan esen sarsaparila - (sebab saya guna sirap gula melaka yang tak berapa gelap warnanya)

Cara:
1. Panaskan pengukus, alaskan loyang bersize 8 x 8 inci dengan plastik, pastikan plastik lebih sedikit dari loyang senang nak angkat kueh bila memotong nanti.
2. Masakkan kesemua bahan lapisan bawah di atas api yang sederhana kecil. Sentiasa kacau adunan dengan senduk kayu sehingga adunan suji agak memekat sahaja tak perlu sampai masak lama yer.
3. Masukkan adunan suji dalam loyang yang telah dialas plastik tadi, ratakan menggunakan spatula agar rata.
Kukuskan adunan lapisan bawah selama lebih kurang 10 minit.
4. Sementara itu sediakan lapisan atasnya, pukul telur bersama semua bahan dengan whisker hingga sebati dan bergaul rata tidak begentel tepungnya. Masak adunan atas ini juga di atas api yang kecil kacau dengan senduk kayu, lihat bila adunan telah agak hendak memekat di dasar nya terus padamkan api dan gaul rata2. 5. Bukakan tudung pengukus dan sendukkan adunan lapisan atas hingga habis. Kukuskan selama lebih kurang 20 minit. Bila dah 20 minit buka tudung kukus tengok permukaan kueh kalau macam berair sedikit biarkan api kukus dalam 5 minit lagi tanpa menutup tudungnya.. permukaan kueh ini akan mengering.
6. Biarkan sejuk dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan...selamat mencuba..



Monday, April 23, 2012

Asam Pedas Ayam Daun Kesum

Sejenis lagi lauk yang nak saya muatkan malam ini...wahhh menaip non stop nampaknya saya...terlanjur line nie ok nnti bila dia buat hal payah la pulakkan.  Asam pedas ayam yang telah saya masak buat sekian kalinya dan penah di masukkan entry DISINI dan bnyk lagi.. yang memang tak jemu2 dimakan oleh saya dan pengemar2 asam pedas terutamanuya warga Johor...jom lah kita tengok resepi...

Asam Pedas Ayam Daun Kesum

Bahan2:

10-12 ketul ayam- cuci bersih dan toskan
4 senduk nasi cili blender*
21/2 labu bawang besar - diblender*
4 ulas bawang putih diblender*
1 inci kunyit diblender*
11/2 inci halia diblender*
2 inci belacan - diblender* - semua bahan bertanda * diblender halus bersama
1 batang serai - dititik
2-3 helai daun limau purut
secekak daun kesum
sekepal@3/4 cawan asam jawa - diramas dengan 5 cawan air
tapis dan ambil jusnya sahaja
sedikit gula dan garam sebagai perasa.
secukup minyak untuk menumis

Cara:
1.  Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan semua bahan2 yang diblender halus hingga agak garing dan naik minyak.. untuk dapatkan asam pedas yang enak dan sedap kena tumis hingga garing elok...kacau selalu jangan sampai hangus pula.
2. Masukkan serai dan daun limau purut hingga naik aromanya. Masukkan air asam jawa. biarkan mendidih sebentar baru dimasukkan ayam. Masak sehingga ayam empuk baru masukkan daun kesum dan perasakan dengan sedikit gula dan garam.  Rasakan kesesuaian rasa masam masin lauk  asam pedas. Biarkan merenih dengan api yang kecil dalam 10-15 minit lagi baru dipadamkan api.
3. Hidangkan bersama nasi panas.. asam pedas kalau disimpan semalaman (baki) sedap dicicah dengan lempeng pekak...selamat mencuba...sedappp..

Paprik Ayam.. Iqin request..

Salam..dan selamat sejahtera untuk semua...hari ini saya berasa letih sedikit banyak kerja2 yang perlu dibereskan di pejabat tapi alhamdulilah semuanya dapat dibereskan hingga jam 5 lebih sikit tadi baru selesai. Sebenarnya tadi pagi saya  sempat juga ke bank utk bayar loan rumah yang tertungguk...tulapasal siapa suh saya xbayar awal kan pihak bank asik telefon ajer...hehehe bila dah rasa boring 2..3 kali dapat call yang sama saya pun pi la tadi menguruskan hal ehwal semasa peribodi hehehe...apa pulak saya melalut eks..ok kita terus sahaja ke resepi tertunggak yang saya masak hari ahad untuk makan tengah hari...kali ini saya nak kongsikan masakan yang digemari oleh anak buah saya Iqin...jom kita semak resepi berikut:

Ayam Paprik...style saya..

Bahan-Bahan:

Semangkuk isi ayam (><300gram) yang dipotong2 sederhana kecil - cuci bersih dan toskan
1 batang karet - dihiris serong
5-6 batang kacang buncis - dipotong serong
1/2 biji capsicum hijau - hiris
2 batang cili merah - dihiris serong (kalau suka boleh letak cili api juga)
(kalau ada sayuran lain seperti kubis bunga, putik jagung boleh ditambah-saya xletak xder stok)
3 labu bawang besar - di belah 2 dan dihiris kasar
4 ulas bawang putih- dihiris/ketuk
2 inci halia - dihiris batang mancis
2-3 helai daun limau purut
4 sudu makan kicap manis jalin*
4 sudu makan sos tomato*- nak lebihkan pun boleh agak2 yer
3 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air
secubit garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga layu dan berbau harum. Masukkan kicap, sos tomato, sos tiram dan air, biar agak mendidih masukkan ayam, balik2kan hingga ayam empuk.
2. Masukkan pula karet dikacau sebentar masukkan sayuran lain kacang buncis dan capsicum dan cili merah, jika guna kobis bunga dan putik jagung masukkan juga. Masukkan daun limau purut dan perisakan dengan garam.  Rasakan kesesuaian rasanya.
3. Padamkan api dan hidangkan bersama nasi putih...Selamat mencuba..Iqin  anak buah saya suka sangat lauk ini...sedappp kata iqin.


Tahu Lembut Kukus Dgn Cendawan Shiitake

Assalamualaikum...

Salam Isnin untuk semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang dikasihi...resepi kali ini merupakan resepi berkhasiat yang paling mudah dan senang disediakan hanya perlu dikukus tak sampai lima minit.  Bagi peminat2 tahu diluar sana tu jom kita semak resepi berikut:

Tahu Lembut Kukus Dgn Cendawan Shiitake

Bahan-Bahan:
1 keping tahu lembut - saya guna tahu dalam pack RM1 satu tu..ada dijual di supermarket
1/2 batang karet -  dipotong serong2
2 biji cendawan shiitake segar - direndam sebentar dan dihiris
Sedikit Capsicum hijau dan merah - didadu

Bahan Untuk Sos Tahu Kukus
1 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makam kicap cair
sedikit@hujung camca serbuk lada sulah
 
Cara:
1. Mula2 ambil tahu dan keluarkan dari pack masukkan dalam pinggan yang boleh dikukus dan bilas sedikit tahu tersebut. Susunkan karet yang dipotong serong bersama cendawan shiitake yang dihiris di sekeling tahu
kukus sebentar sahaja dalam 5 minit dan padamkan api.  Jika terdapat air dari tahu di tepi2 pinggan keluarkan dan buangkan air tersebut. Taburkan dengan sedikit capsicum hijau dan merah yang didadu di atas tahu.
2. Untuk buat sosnya, campurkan semua bahan dalam mangkuk dan digaul sebati. Curahkan sos ke atas tahu yang dikukus tadi dan sedia untuk dihidangkan.  sedap dimakan panas2 bersama nasi putih atau dimakan begitu sahaja..Selamat mencuba

Sunday, April 22, 2012

Kek Coklat Mentega Cheese Kurang Telur..

Bersiaran sekali lagi saya pada petang ini dan saya  nak kongsikan resepi tertunggak yang dibuat oleh anak buah saya pada minggu lepas iaitu Hawa Hanida dan Siti Aishah..memandangkan ada bahan2 di peti sejuk yang nak diperabiskan seperti cream cheese dan coklat masakan dan coklat2 baki  maka terhasil kek yang bebudak dua orang nie buat resepi asasnya memang dah betul semua bahan disukat 500 gram tapi telur pulak dikurangkan guna 5 biji sahaja sebab mereka kata telur tu size besar cukuplah guna 5.  Jika ikut resepi asal patutnya kena guna 10 atau 12 biji telur untuk adunan bahan2 asas kek 500gram ...emmm nasib baik menjadi anak2 dan memang sesuailah tu kurang sikit kolestrol telurnya kek menjadi lembut dan sedap walaupun colour dia xbrapa nak hitam sebab xguna serbuk koko pun hanya guna coklat masakan dan coklat yang dicincang ...kek yang dibuat tu dapat 2 loyang 8x8 inci so satu dipotong masa panas2 lagi selepas setengah jam keluar dari oven anak2 selalu memang xsabarkan nak makan kek baru masak dan satu lagi buat jamuan pada hari jadi Iqin walaupun dah beli kek dari Secret Recipe kek nie pun laku gak...jom lah kita semak resepi dan hasil air tangan anak2 buah saya ok..

Kek Coklat Mentega Cheese Kurang Telur

Bahan-Bahan:

250 gram mentega
250 gram cream cheese
500 gram tepung gandum - diayak
2 camcateh baking powder - diayak bersama tepung
200 gram gula kastor
200 gram coklat masakan - cairkan guna kaedah double boil
150 gram coklat biasa di cincang2 kecil (atau boleh guna chip coklat)
5 biji telur ayam size A
1 camca teh esen vanilla

Cara:

1. Pukul mentega hingga lembut dan gebu bersama gula kastor, masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi dengan kelajuan sederhana masukkan juga esen vanilla dan pukul lagi.
2. Dalam mangkuk adunan yang lain pukulkan cream cheese hingga halus dan gebu.
3. Masukkan adunan cream cheese berselang seli dengan coklat masakan yang dicairkan tadi. bersama tepung yang digaul dengan coklat cincang. masukkan sedikit demi sedikit dan adunkan guna senduk kayu hingga adunan bergaul rata dan sebati.
4. Setelah siap semua bahan digaul sebati lapikkan 2 biji loyang bersize 8x8 dengan kertas minyak dan lenserkan dengan sedikit butter. Masukkan adunan sama rata banyaknya dan hentakkan sedikit agar adunan rata.
5. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180'C dan bakar selama 50 minit atau sehingga 1 jam bergantung pada oven anda yer...Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.  Kalau nak dihiaskan dengan butter cream atau chocolate ganache pun boleh..tapi kami x buat pun...selamat mencuba..






Menu Tengah Hari Tadi...resepi tungguuuu...

Salam..untuk semua...petang nie saya cuma nak berkongsi gambar hidangan tengah hari tadi yang saya masak yer...resepi nyer nnti2 la ok klau rajin petang2 sikit ke malam ke takpun bila mood rajin ku mendatang....luvs u all..layan pic jer dulu ok...


Asam Pedas Ayam Daun Kesum

Tahu Lembut Kukus dengan Cendawan

Kerabu Tomato

Paprik Ayam...Iqin punya...

Roti Bakar Berinti Kentang Ala Pie

Assalamualaikum....

Salam Ahad untuk semua teman2 yang saya sayangi, hari ini saya telah membuat sarapan pagi menggunakan roti diletak inti dan  bakar di dalam oven...ala2 pie gitu tapi  saya jadi tak tau nak bagi nama apa sebab kalau nak dipanggil pie mesti la ada kulit pie atau pie crust sama ada yang dibuat sendiri atau beli sahaja yang ready made..tapi tak per lah kemudian la baru difikirkan namanya yang sesuaikan sekarang jom kita semak resepi mudah di bawah:

ROTI BAKAR BERINTI ALA PIE
Bahan-Bahan:

Untuk Inti Kentang Ayam Berkari

4 biji kentang - size besar dipotong dadu (kukus hingga empuk )
1 batang karet - dipotong dadu (dikukus bersama kentang)
1 pohon daun sup atau pasley - dicincang
1 cawan isi ayam - di hiris kecil
2 labu bawang besar - didadu/racik halus
4 ulas bawang putih - dicincang
3 sudu makan penuh rempah kari- campurkan dengan sedikit air jadikan pes
1/2 cawan air
sedikit gula dan garam untuk perasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih cincang dan bawang besar yang didadu hingga layu dan berbau harum. Masukkan pula rempah kari yang telah dijadikan pes. gaul hingga naik minyak.
2. Massukkan air dan diikuti dengan isi ayam, balik2kan sehingga isi ayam empuk masukkan pula kentang dan karet yang telah dikukus tadi..(sebenarnya kalau taknak kukus kentang boleh cuma perlu masa yang lebih lama sikit untuk empukkan kentang dan lebih kan air..)
3. Kacau atau balik2kan semua bahan inti dan perisakan dengan sedikit garam dan gula. Padamkan api dan sejukkan sebelum digunakan.

Bahan untuk membuat Roti Bakar Berinti Ala Pie..

Beberapa keping roti - saya campur roti putih dan roti whole meal
sedikit butter untuk di sapu pada acuan muffin
Semangkuk inti Kentang Ayam Berkari yang disediakan tadi

Cara:
1. Roti dibuangkan tepi2nya - kalau xbuang pun tak mengapa untuk nampak cantik buang lah.
2. Sapukan sedikit butter pada permukaan acuan muffin dan ambil sekeping roti tekankan sedikit dalam acuan dan masukkan pula inti 2-3 sudu sebanyak yang muat.
3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180'C 15-20 minit. Angkat dan hidangkan panas2 sedap sebab kerak2 atau hujung roti berasa garing dengan inti kentang yang penuh,  sesuai untuk minum pagi atau petang  atau bila2 masa.

* saya buat inti ini lebih sebab dah buat 12 biji Roti Bakar Berinti Kentang ini masih ada baki separuh lagi so boleh disimpan (frozenkan) dan buat pulak puff pastry nanti...ok selamat mencuba..

Saturday, April 21, 2012

Kuew Teow Goreng

Assalamualaikum...

Bertemu sekali lagi pada Sabtu dan nampakya dah malam baru saya dapat bersiaran.  Sebenarnya hari ini tak adalah sibuk mana tapi mood dan update blog agak kelaut tu yang asyik ditangguh2...pagi tadi saya berbelanja bahan dapur di Pasaraya Econsave bersama akak saya Milah dan Aiti...kalau dah berbelanja tu tau ajerlah semua barang nak diambil...dan memang xkurang dari 60-70 hengget jugak lah...tu pun setiap minggu pi grocery shopping xtermasuk yang dibeli oleh adik saya Bedah dan akak saya Milah yang serumah nie...ada2 sahaja barangan yang dibeli...tulah orang perempuan bila berbelanja banyak yang hendak dicekut dan diambil tak mengikut list...memang xmembuat list pun kalau membeli belah tu..saya rasa orang lelaki lagi bagus bab2 berjimat ini kot...apa yang disuruh beli oleh isteri sahaja yang dibeli kot..jadi tak berlaku pembaziran...

Oleh kerana balik dari membeli belah dah agak lambat dekat pukul satu jadi saya pun masak untuk makan tengah hari yang rengkas sahaja, ayam goreng paprik dengan karet sayuran lain xsempat nak dipotong segala nak cepat, sawi masak air, ulam2an daun salad mentah dan tomato dan sambal belacan anak2 buah saya pulak bersekolah hari ini ada larian 1Malaysia jadinya balik dah kelaparan...apa lagi memang teruslah mereka makan nasi..Iqin paling suka makan ayam paprik tu...tanya saya macam mana nak masak lauk paprik masukkan lah dalam blog senang Iqin nak tengok resepi kata Iqin, tapi dah makan saya kata xda lah nak bergambar2...hehehe ada2 ajerkan..ok lah panjang pulak cerita saya malam ini saya cuma nak berkongsi resepi kuew teow goreng yang saya buat untuk makan malam@petang  tadi...jom semak resepi...

Kuew Teow Goreng

Bahan-bahan:

300 gram - Kuew Teow (jenis halus sikit) - cuci dan toskan
2 keping dada ayam - dihiris (kalau nak tambah udang/sotong/fishball/fishcake boleh saya x letak)
2 keping tahu - dipotong kecil dan digoreng
1 pohon sawi hijau - dipotong
1 mangkuk taugeh
2 biji tomato - dipotong baji
1 biji bawang besar - dihiris
3 sudu makan sambal tumis bilis - boleh guna cili blender (saya guna sambal tumis baki aje)
4 sudu makan kicap lemak/manis
2 sudu makan oyster sos
2 sudu makan tomato sos
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang dihiris sehingga layu dan berbau harum, masukkan pula sambal tumis. balik2kan masukkan pula ayam diikuti dengan air dan bahan2 perisa
kicap, oyster sos, tomato sos.
2. Bila ayam dah empuk masukkan batang sawi, dan tahu yang telah digoreng tadi. masukkan pula kuew tiow balik2kan masukkan daun sawi, dan akhir sekali baru dimasukkan taugeh serta tomato, letakkan sedikit garam dan rasakan kesesuaian rasanya. Gaulkan rata dan padamkan api.  Hidangkan panas bersama cili jeruk kalau ada hirisan timun dan taburkan bawang goreng.  Selamat mencuba..