Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, October 4, 2012

Bubur Nasi Ikan...bila tak berapa sihat..


Assalamualaikum..

Salam Khamis buat semua, semoga sehat2 dan ceria2 selalu disamping keluarga yang tersayang..saya agak tak berapa nak sihat lagi kalau semalam rasa sakit2 perut memulas...hari nie macam rasa fening2 sedikit kepala saya nie jadi pepagi lagi saya dah telan ubat tekanan darah tinggi..alahai nampaknya terapi minda yang selalu saya lakukan iaitu beritahu pada diri sendiri saya sihat dan mantap xberapa berkesan minggu nie ..tapi saya gagahi juga untuk kepejabat..memandangkan minggu2 yang tak berapa nak sihat nie ada gak kawan2 di pejabat nie yang selsema, dan macam2 lah penyakit timbul ada gak yang bertanya bila nak hari gaji lagi padahal kita baru melalui 4 hari dalam bulan ini...penyakit jugak kan tu..oppss perkara2 sensitif macam nie kena cakap pelan2 sikit...tak boleh kuat2 nanti ada yang marah saya pulak..bersyukurlah pada apa yang ada dan yang pentingnya kita kena la mengamalkan sikap berjimat cermat.. yer tak Supaya sentiasa cukup bila nak menunggu gaji yang seterusnya..sememangnya semua orang ada masalah jadi antara penyakit2 yang diberikan pada kita nie sama ada penyakit yang ringan atau yang berat adalah dugaan dari Allah yang menguji sejauhmana kita boleh bersabar..

Sementelah bercerita pasal orang sakit nie..semalam adik saya Bedah masak Bubur Nasi Ikan yang sangat sesuai di makan oleh orang2 yang xbrapa nak sihat macam saya dan kebetulannya pula suami bedah tu pun sakit gusi..emmm..jadi satu rumah lah kena makan bubur nasi ikan..dah dimasak seperiuk memang la sedappp u sampai ke petang abis..seperiuk bubur.  Teringat pulak cerita melayu dulu yang mak dia masak bubur cair makan ramai2 pastu bila mak dia nak makan bubur dah abis dia masukkan air dalam periuk kocak2 dan makan tu pun anak dia kata mak dia tamak nak makan sorang2...sedih betul cerita tu...apa yer tajuknya saya pun tak ingat yang berlakun tu xsilapnya jadi mak dia Latifah Omar...bagus cerita lama2 patut dijadikan iktibar oleh anak2 zaman nie..betapa susahnya ibubapa nak membesarkan kita sampai sanggup x makan kerana lebih utamakan anak2..  dah masuk bab cerita melayu lama pulak saya eks..jom la kita tengok resepi chef Bedah di bawah nie ok..

Bubur Nasi Ikan...

Bahan-Bahan:
2 pot beras - dicuci bersih dah toskan
Air secukupnya
Isi ikan secukupnya  - boleh guna isi ikan tenggiri, merah atau kembong (cincang2 sedikit)
(banyak nya terpulang pada masing2 nak banyak atau sikit - >< 1 mangkuk tafufa)
2 labu bawang besar - didadu/ racik halus
3 ulas bawang putih - dicincang
2 inci halia muda - di racik halus
1 batang karet di potong halus batang mancis
1 cawan santan (optional- tak letak pun xapa..tp bedah letak)
sedikit garam
Bawang goreng untuk tabur
Daun Bawang dan Daun Sup - hiris halus (yang ini tak ada)

Cara:
1. Masakkan beras dan air berserta bahan2 lain, bawang, halia, karet, dan ikan sama ada di dalam rice cooker atau dapur biasa biarkan bubur mendidih dan dikacau sekali sekala,
2. Bila Bubur dah agak memekat kecilkan apinya, tambah air jika perlu, masakkan sehingga bubur benar2 kembang dan agak pekat sedikit, tapi terpulang pada citarasa anda ada orang suka bubur yang agak cair dan ada orang suka bubur yang agak pekat.
3. Bila dah masak padamkan api dan hidangkan dengan ditaburkan bawang goreng serta daun bawang dan daun sup..sesuai untuk orang2 sakit dan tak sakit juga..hehehe...

No comments:

Post a Comment