Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, October 14, 2012

Puding Karamel..versi Ada Roti..


Assalamualaikum...

Salam Ahad dan selamat berhujung minggu buat semua teman2 dan pengunjung ZLC yang masih sudi menjengah ke blog saya ini...hari2 ahad selalunya bagi yang tak bekerja nie lah masanya  untuk berjalan2 atau window shopping...rasa lama jugak saya tak window shopping, oleh kerana fulus pun tidak berapa mengizinkan so baiklah duduk diam2 ajer di rumah sambil bersantai2 dengan anak2 buah yang nakal2 nie kan..hari ini saya memenuhi satu lagi permintaan dari dak Iqin yang asik la komplen bila saya nak buatkan caramel custard dan pada kali ini saya buat versi yang berlainan sedikit.  Itu pun resepi yang saya pernah tinjau2 di internet dan nampak ramai dari bloger2 masakan yang dah cuba buat rasanya resepi asal dari bloger Hanieliza kalau tak silapnya, tq kerana sharekan resepinya...saya cuma ingat bahan2 asasnya entah mana pulak kertas resepi yang saya dah print tu...so resepi yang saya ingat2 lupa ini menjadi dan sedappp sejuk ajer bila masuk anak tekak..Jom kita tengok bahan2 yang di perlukan.


Puding Karamel Beroti

Bahan-Bahan:

3 biji telur ayam - gred B
4 keping roti putih - saya guna roti gardinia
3/4 cawan susu pekat manis (saya kurangkan -1/2 cawan sahaja)
2 cawan air
1 camca teh esen  vanilla
3 sudu makan gula pasir - untuk jadikan karamel

Cara:

1. Roti di potong kecil atau siat2kan masukkan dalam blender bersama 2 cawan air dan 1/2 cawan susu pekat manis, masukkan sekali esen vanilla dan blenderkan semua bahan hingga halus dan sebati.
2. Dalam mangkuk lain pukul manja 3 biji telur - pukul sekejap ajer hingga telur bersatu masukkan bahan2 yang diblender tadi dan kacau rata.
3.  Panaskan 3 sudu makan gula dalam periuk atau boleh terus panaskan dalam loyang aluminium hingga gula bertukar keperangan kacau sedikit dengan senduk kayu terus dipadamkan apinya.  Bila karamel dah megeras dalam loyang curahkan adunan di atas tadi, kukuskan selama lebih kurang 30 minit, sejukkan dahulu dan siap untuk dihidangkan. Boleh juga dihiasi dengan buah2an campuran, atau apa2 buah yang disukai atau makan begitu sahaja..


No comments:

Post a Comment