Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Zalekha Luvs Cooking
Friday, December 14, 2012
Kek Pisang Lembut...pukul 3 pagi...
Assalamualaikum...dan salam pagi Jumaat yang mulia penghulu segala hari..Alhamdullilah bertemu sekali lagi di alam maya semuga kawan2 semua sentiasa sihat dan berada di dalam rahmat dan lindungan Allah hendaknya. Nampaknya di hujung tahun memang cuaca agak sejukkan...terasa dingin ajer bila hujan turun tak henti2kan cuma tak ada salji ajer kalau tak mesti mengigil ajer kan...muahahaha mula la saya merapu pepagi hari...lain pulak ceritanya kalau negara yang beriklim panas khatulistiwa turun salji...so biarlah tanah tumpah darah kita nie dengan cuaca yang begini sekejap hujan dan adakalanya panas alhamdullilah bak kata pepatah hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri..jadinya lebih baik lah kita berhujan airkan...kalau hujan batu abis benjol2 nanti kepala kita semua..hehehe sorry yer kawan2 melawak pulak saya di pagi jumaat ini..
Pagi ini saya nak kongsikan resepi Kek Pisang yang sungguh lembut...sedap rasanya tapi naper pulak saya letak tajuknya pukul 3 pagi tu..sebenarnya ada cerita..anak saudara saya yang dah abis spm tu..dia tak bagi sebut nama dia malu kata dia...teringin sangat nak buat kek pisang yang sedap macam yang selalu di jual di kedai roti dan kek tradisional di Jalan Dhobi, Johor Bahru...
Kalau sesiapa yang ingat ada satu kedai kecil di simpang jalan ada membuat roti dan kek pisang yang dibakar menggunakan oven arang terbuka sangat klasik bila nak masukkan roti ke dalam oven batu yang menggunakan arang apek di kedai tu gunakan chentong sejenis kayu panjang macam pendayung sampan untuk hulurkan sama ada roti atau kek pisang untuk dibakar...bila lalu dekat kawasan kedai lama tu dah terbau harum roti dan kek pisang.
Memang nostalgia bagi sesiapa yang pernah beli roti atau kek pisang di Jalan Dhobi tu..mesti orang2 lama JB tahu kedai ini..sedap sangat rasa kek pisang dia hingga kini masih ada lagi dibuat secara tradisional bakar guna arang...tu yang menyebabkan anak buah saya nie sangat teruja nak buat kek pisang macam kedai Jalan Dhobi tu...akhirnya pagi2 sebelum subuh pukul 3 lebih anak dara tu bersama ibu dia dah bekelentang kelentong di dapur...kebetulan tak boleh tido la tu...dan saya dapat makan kek pisang yang sedap sebab sangat lembut dan masih hangat pepagi hari..dan rasanya just nice agak manis sedikit bagi yang x gemar manis bolehlah kurangkan sedikit sukatan gulanya...Jom la kita semak resepi orang 2 beanak tu ok..mak j cuma sharekan di blog..ok..tq untuk semua yang sudi menjengah ZLC dan mencuba resepi2 di dapur kami..
Kek Pisang Lembut
Bahan-Bahan
250gm butter
250gm tepung gandum di ayak
250gm gula castor - kalau tak nak manis boleh kurangkan
3 biji telur - gred A
3 biji -pisang kapas - dilecek sehingga halus
1 sudu makan baking powder
1 camca teh esen vanilla
2 sudu makan susu cair
1 sudu makan juice limau nipis/lemon
Cara:
1. Panaskan oven dan sediakan tin pembakar 8 x 8 inci, yang ini gunakan tin kek bulat yang agak tinggi - atau loyang yang sesuai di alas dengan kertas minyak dan digriskan sedikit dengan butter ketepikan.
2. Pukul butter dan gula kastor hingga kembang dan gebu, pada kelajuan sederhana masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi hingga kembang. masukkan pula esen vanilla, susu cair dan juga pisang lenyek di selang selikan dengan tepung gandum yang di ayak bersama baking powder. gaul rata dan air sekali masukkan pula juice limau nipis.
3. Bila adunan kek dah di gaul sebati semuanya masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dan digriskan hentakkan sedikit supaya kek rata. Masukkan ke dalam oven dengan kepanasan 180'C selama 45 minit.
4. Uji kek dengan lidi bila lidi keluar bersih menandakan kek dah masak kalau x tambahkan sedikit lagi masa 15 minit (bergantung pada oven masing2) tapi boleh di kurangkan kepanasan kepada 150'C dan boleh tutup permukaan kek dengan loyang aluminium atau tudung periuk untuk elak permukaan kek terlalu gelap.
Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan higangkan...sedappp lembut sahaja kek pisang nie.cubalah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment