Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Wednesday, December 26, 2012

Burger Jawa 'n' Donut ~ untuk Aina..


Assalamualaikum...

Selamat ptg semua, apakabar kawan2 dan pengunjung ZLC yang disayangi semoga anda semua sehat dan ceria2 selalau disamping keluarga tercinta..dah 26 haribulan hari ini cuma tinggal 5 hari sahaja lagi kita akan menyambut tahun baru 2012...cepat sungguh masa berlalukan..macam2 perasaan ada gembira nak menyambut tahun baru..pastu teringat ada kerja yang perlu di bereskan sebelum tahun baru harap2 semuanya berjalan lancarkan...saya pun dalam pada sibuk kesana kemari ada juga buat beberapa projek mengookies dengan adik saya Bedah semalam..kebetulan cuti christmas jadinya buat lah projek buat choc chip@ famous amos cookies sebab Bedah bercadang nak bagi goodies untuk majlis Tahlil pada hari Sabtu nanti..dah nak 40 hari arwah Jemain suami Bedah meninggal.. Al-Fatihah..

Ok sebenarnya saya hari ini nak kongsikan dengan kawan2 semua satu resepi Pau Sambal a.k.a Burger Jawa n Donut yang saya buat sebelum subuh tadi  sebabnya saya dah beberapa kali teringin nak buat pau sambal nie bila tengok adik2 kat fb tu siarkan gambar pau sambal..nie gara2 termegidam tengok pau Zarrithsufiah la nie..Sofia akak dh buat tp versi batu belah batu bertangkup punya pau...masih x konfiden nk masuk sambal kat dalam pau takut bila goreng dia meleleh kuar...kena menuntut ilmu gan sofia nie nanti ek..hehehe.

Jom kita tengok resepi Burger Jawa@Pau Sambal dan merangkap Donut..2 in 1... u sekali buat dapat 2 jenis yang tak pedas Donut manis untuk si kenit2 Aina n Sara dan yang bersambal tu untuk yang tua2..dua2 lembut dan sedap sebab adunan yang saya buat nie sangat lembut..k kita tengok resepi mudah di bawah ini ok...untuk yang bertanya nak uli teruk ke adunan donut nie...sebenarnya tak teruk n tak perlu diuli kuat2 cukup sekadar uli2 manja n adunan bersatu dan bulat licin..hehhehe cuba buat baru tau ok..ana..


Burger Jawa@ Pau Sambal n Donut

Bahan-Bahan:

500 gm tepung gandum - diayak
1 peket yis kering (11gm) - saya guna jenama kijang
4 sudu makan butter/majerin
4 sudu makan gula pasir
2 sudu makan susu tepung
1/4 camca teh garam
1 1/2 cawan air suam
Minyak untuk mengoreng
Sambal tumis secukupnya - bagi pau sambal
Gula kastor secukupnya - bagi salut donut

Cara:

1.  Masukkan tepung yang diayak ke dalam mangkuk pengadun, bersama yis kering, butter, gula pasir dan garam, gaul adunan dengan hujung jari sehingga menjadi breadcrumb dan kesemua bahan bergaul rata.
2.  Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan sehingga menjadi sebuku doh yang besar dan agak licin..tak perlu uli kuat2 cukup sekadar uli2 manja..kalau tenaga banyak bolehlah menguli kuat2 hehehe..
3. Rehatkan doh selama 1 jam atau naik 2 kali ganda. Bila doh dah naik pukulkan sedikit untuk membuang angin dalam adunan doh tadi. Sediakan dulang yang ditabur dengan sedikit tepung, bentukkan doh sebesar bola ping-pong untuk pau sambal dan untuk donut bentukkan bulat dan lubangkan ditengahnya. susunkan dengan jarak sedikit supaya tidak melekat antara doh..
4. Rehatkan sebentar adunan dalam 15 minit atau 1/2 jam sehingga naik semula setelah dibentuk tadi. Panaskan minyak dalam kuali untuk mengoreng terendam. Gorengkan dengan api yang sederhana agar pau sambal dan donut tidak hangus, balik2kan sehingga kuning keemasan, angkat dan toskan dahulu.
5. Salutkan donut dengan gula kastor dan bagi pau sambal potongkan tengah pau dan isikan dengan sambal tumis, bagi yang suka makan dengan timun atau daun salad boleh dibubuh sama. saya makan gitu ajer...sedapp dan sangat lembut cubalah..

No comments:

Post a Comment