Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Zalekha Luvs Cooking
Saturday, December 15, 2012
Nasi Lemak & Sambal Tumis Udang..
Assalamualaikum...
Salam sejahtera dan salam hujung minggu buat semua teman2 dan pengunjung ZLC tak kira dimana jua anda berada. Hari ini saya terus ke entry masakan ok...xder cerita menarik yang nak diceritakan atau disembangkan..pagi tadi saya masak Nasi Lemak bersama Sambal Tumis Udang untuk sarapan pagi, dan macam tak berapa lengkap saya goreng telur dadar nipis sedaprasa...tu pun pelengkap2 nasi lemak x kacang tanah goreng dan bilis goreng tak ada...jadilah untuk makan pagi kami anak beranak..tu pun buat lebih sikit dapatlah makan sampai tengah hari.. Kalau beli yang di jual kadang tak berapa puas hati kan...bukannya xsedap tapi kalau nak puas makan bersama keluarga memang sedap kalau dimasak sendiri...
Nasi lemak sekarang nie bukan sahaja boleh didapati di pagi hari tapi banyak juga di jual di waktu petang dan malam...pendek kata sekarang ini (bukan panjang kata tau...hehee) nasi lemak di makan tak kira waktu dan oleh semua bangsa..ok lah dalam pada tak nak bercerita panjang pulak cerita saya kan...maaf ok kawan2..jom lah kita semak resepi di bawah..
Nasi Lemak
Bahan-Bahan:
5 cawan beras basmathi (saya guna India Gate Premium) dicuci dan rendam 1/2 jam
2 cawan - pati santan
6 cawan - air
8 ulas bawang merah - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 1/2 inci halia - hiris batang mancis
2 batang serai -di memar/ketuk
1 sudu kecil halba
garam secukupnya
Cara:
1. Toskan beras dan masukkan ke dalam periuk bersama santan, air, bawang2 dan halia hiris, serai dan halba masukkan sekali garam, jerangkan di atas dapur atau masak guna rice cooker.
2. Bila nasi dah mengering, kecilkan api sambil di kacau sedikit. kalau masak guna rice cooker biarkan sehingga masak keep warm. Kalau guna dapur biasa keringkan nasi dengan api perlahan dan dialas..masak sehingga nasi tanak dan kacau perlahan dari tepi periuk dengan senduk kayu agar nasi cantik dan tidak mudah patah butiran nasi. Padamkan api dan hidangkan panas bersama sambal tumis dan pelengkap nasi lemak yang lain seperti ikan bilis goreng, kacang goreng telur rebus atau telur goreng dan hirisan timun.
Sambal Tumis Udang
Bahan-bahan:
500 gm udang sederhana besar - di buang jangut dan bahagian ekor tajamb - cuci dan toskan
4 senduk nasi - lada kering yang direbus dan blender halus
2 1/2 biji bawang besar -diblender
4 ulas bawang putih - diblender
1inci halia di blender
1 1/2 inci belacan di blender
3 biji bawang besar - di belah 2 dan dihiris
1 cawan jus asam jawa
1/2 cawan air -
4 1/2sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, gorengkan dahulu udang separuh masak angkat toskan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak lain anggaran 1/2 cawan dalam kuali dan tumiskan lada blender, bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik minyak dan agak garing. Masukkan gula dan diikuti dengan bawang besar yang dihiris. Masak sambal hingga betul2 masak baru dimasukkan air asam jawa, dan air.
3. Bila sambal dah mendidih masukkan pula udang masak sehingga udang masak elok, perasakan dengan
garam, rasakan kesesuaian rasa kalau perlu di tambah gula atau garam. Kecilkan api dan masak hingga sambal mesra dan sebati, sambal tumis masak kena lama sikit baru lah sedap rasanya. Padamkan api hidangkan bersama nasi lemak, nasi putih ke ubi rebus atau lempeng pun sedap.
Telur Dadar Nipis - Sedappp...rasa
Bahan-Bahan:
2 biji telur ayam - dikocok/pukul
1/2 biji bawang besar - dadu halus
1/2 batang cili merah - di hiris halus
Sedikit capsicum hijau - didadu halus
2 helai daun bawang - dihiris halus
1/2 camca teh serbuk pasti sedap knorr
sedikit minyak untuk mengoreng
Cara:
Campurkan kesemua bahan kecuali minyak ke dalam telur yang dikocok, kocok sebati, panaskan non stick pan berukuran 8 incik dengan sedikit minyak, masukkan telur dan dadar nipis sepenuh kuali dengan api sederhana, balikkan dan masak bahagian lagi sebelah, potong kepada beberapa bahagian. sedap dimakan bersama nasi lemak..makan dengan roti pun sedap.. Buatlah 2 atau 3 keping telur dadar nipis nie kalau ramai yang makan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment