Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013..


Assalamualaikum...

Salam Isnin bersamaan 31 Disember 2012 hari terakhir bagi tahun 2012...dah 365 hari kita lalui begitu banyak peristawa2 dan kenangan suka duka yang kita lalui sepanjang tahun 2012 ini, untuk kawan2 dan juga semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang sudi menjengah ke blog saya yang tak seberapa ini yang kekadangnya  ada dimuatkan dengan entry2 masakan, catatan biasa, catatan perjalanan dan sebagainya saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan ingin juga memohon berbanyak kemaafan sebab banyak kali juga saya tak dapat bersiaran memandangkan pada kesempatan yang ada sahaja barulah saya dapat menulis di alam maya ini.

Semoga dengan sedikit sebanyak perkongsian ilmu, bukan ilmu apa pun saya pun cuma suka2 mencuba masakan sama ada yang baru atau yang lama dapat kita manfaatkan bersama.  Begitu juga pada tuan-puan punya blog2 yang lain yang tersohor diucapkan terima kasih kerana saya sering meninjau untuk mengambil resepi2 melihat juga persembahan masakan yang bukan sahaja sangat menarik malah ada kalanya sungguh superb dan menjadikan aspirasi pada saya yang sering kali teruja dan ingin mencubanya juga walaupun apa yang saya hasilkan tidak sehebat atau segah yang di hasilkan oleh sifu2 blogger...terima kasih yang tak terhingga diucapkan kerana mengongsikan ilmu2 masakan di alam maya ini. 

Akhir kata dalam menyambut kedatangan tahun baru 2013 ini diharapkan kita semua dapat melakukan yang terbaik dan meningkatkan prestasi diri serta menjaga kesihatan agar dapat terus menangani segala cabaran yang mendatang..Salam sayang dari saya Zalekha Ismail..semoga kita berjumpa lagi  di tahun hadapan...cewahhhh macam lama sangat nak pi tahun hadapankan cuma tinggal beberapa jam sahaja lagi... ceria2 selalu..Wassalam..

No comments:

Post a Comment