Assalamualaikum...
Salam khamis 29 Ogos untuk semua kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi..cepat betul masa berlalukan kawan2. Hari nie dah masuk 29 hb Ogos 2 hari lagi negara kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 56 tahun...jatuh pada hari Sabtu jadinya tak ada ler cuti ganti..kalau pada hari Ahad dapatlah cuti ganti pada isnin...asik nak cuti saje saya nie..hehehe x cukup2 nak berehat ajer memanjang..bermalasan atau bersantai2 tentu seronokkan..kalau ada weekend yang panjang. Ok lah x boleh nak citer panjang hari ini sebab ada urusan yang perlu dibereskan sebentar lagi...
Saya nak berkongsi dengan kawan2 sejenis resepi masakan china selatan rasanya iaitu szechuan..yang rasanya agak pedas..saya memang gemar makan masakan cina yang halal x kiralah dim sum ke dumpling ke, masakan seafood atau sayuran2 yang di masak ala cina memang ngam gan citarasa tekak saya yang antarabangsa nie, makanan western boleh masuk, indian food boleh, masakan arab boleh, kalau masakan melayu toksah lah nak kata semuanya alhamdullilah rezeki yang x akan di tolak, cuma tolak batu gan kayu asal ianya halal dan bersih dan sesuai dimakan..tu pun ada gak batu dan kayu yang saya suka iaitu ubi kayu dan jambu batu...hehehehe...sorry yer kawan2 saya bergurau jer..orait kita stop dulu gurau senda saya pada pagi nie jom lah kita tengok resepi ayam szechuan versi saya yang saya masak tadi malam makan gan anak buah saya Iqin..kata ikin sedap sampai bertambah2 nasi Iqin..lain kali boleh masak lagi.
Ayam Szechuan..
Bahan-Bahan:
400 gram isi ayam - di potong sederhana kecil
1 labu bawang besar - di dadu kasar
4 ulas bawang putih dicincang
2 inci halia - dihiris
1 biji lada capsicum merah - di dadu kasar
5 batang cili kering - di potong 2 cm
2 sudu makan - sos tiram
1/2 cawan kicap lemak manis (saya guna jenama Jalen)
4 sudu makan - sos tomato
4 sudu makan - sos lada hitam (saya guna jenama Bumi Hijau)
(kalau tak ada sos lada hitam - boleh guna satu camca teh serbuk lada hitam)
sedikit air - dalam 3/4 cawan sahaja
garam jika perlu - sedikit sahaja sebab semua sos2 di atas dah ada perasa.
sedikit minyak masak untuk menumis.
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih yang dicincang hingga berbau harum dan perang sedikit masukkan bawang besar dadu dan halia hiris, balik2kan masukkan pula cili kering yang dipotong tadi. Kacau pantas jangan sampai cili kering hangus sebab cili kering cepat garing, masukkan juga lada capsicum merah.
2. Masukkan pula ayam balik2kan hingga ayam berubah warna masukkan semua jenis sos dan kicap diikuti dengan air masak sehingga ayam empuk dan masakan agak memekat. Rasakan jika perlu ditambah dengan sedikit garam. Padamkan api dan hidangkan panas2 bersama nasi panas, kalau suka boleh hiaskan dengan daun salad atau apa2 yang bersesuai. sedap cuba lah kawan2..
Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Zalekha Luvs Cooking
Thursday, August 29, 2013
Wednesday, August 28, 2013
Ikan Salmon dan Tomato Panggang...
Assalamualaikum...
Salam pagi Rabu yang ceria buat semua...apa kabar kawan2 dan pengunjung ZLC...semoga anda semua berada dalam keadaan sihat dan bahagia serta sentiasa di bawah lindungan serta rahmat Allah hendaknya..saya alhamdulillah sihat seperti biasa..dan ada kesempatan untuk meng-update nie saya pun teruslah ke resepi mudah yang saya buat untuk makan malam tadi...
Resepi ala2 orang putih nie bagi yang tak mengambil nasi memang sesuai sangatlah sebab ikan salmon nie sangat kaya dengan khasiat pemakanan..saya nak kongsi kan dengan kawan2 semua khasiat ikan salmon yang saya ambil di DISINI. Terima kasih untuk info ini dan saya kongsi pula di ZLC yer..
Grill Salmon 'n' Tomato
Bahan-Bahan:
2 keping potongan ikan salmon
2 biji tomato segar - di potong baji/wadges
sedikit garam
sedikit lada hitam yang ditumbuk kasar
sedikit minyak zaitun
Bahan2 Sampingan
Semangkuk kecil kobis bunga yang dipotong
1 batang karet - dipotong tongkol
4 batang kacang buncis - di potong tiga
1 sudu besar mentega
secukupnya sos - apa2 jenis tartar, thousand island, mayonis ke..
saya makan dengan sos lada hitam (jenama Bumi Hijau..sedap sos nie)
Sedikit daun salad coral
Cara:
1. Ikan salmon di taburkan dengan sedikit garam serta lada hitam yang ditumbuk kasar2 dan gaulkan rata..kalau nak perap dalam setengah jam pun boleh kalau xperap pun x mengapa.
2. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam grill pan atau nonstick pan dan masukkan ikan tadi. Masak sehingga ikan berubah warna dan masak serta balik2kan. Angkat dari pan.
3. Tambahkan sesudu lagi minyak zaitun dalam pan dan masukkan pula tomato yang dipotong baji..balik-balikkan sebentar sahaja dan angkat.
4. Panaskan sedikit air dalam periuk celurkan sekejap Kobis Bunga, Karet dan Kacang Buncis sebentar tak perlu sampai lembik, tapiskan dan masukkan dalam mangkuk gaulkan sayuran ini bersama 1 sudu besar butter.
4. Untuk menghidang letakkan 2 keping potongan ikan salmon di atas pinggan susunkan di tepinya dengan daun salad dan sayuran yang telah dicelur dan digaulkan dengan butter tadi.
5. Kalau ada hirisan lemon boleh di hidang bersama untuk diperah atas ikan (xder stok) Hidangkan panas, bersama sos kegemaran anda saya makan dengan sos lada hitam jenama Bumi Hijau, kalau nak makan dengan mayonis dan cili sos pun boleh... sedap di makan panas2..cubalah...

- Ikan yang lahir di perairan tawar itu memiliki kandungan omega-3 yang didalamnya terdapat DHA dan EPA. Zat yang terkandung dalam Salmon ini sangat membantu otak manusia, terutama dalam pertumbuhan dan fungsi otak.
- Selain membantu dalam mencerdaskan pikiran, ikan Salmom juga mampu melindungi terjadinya kanker payudara.
- Ikan salmon adalah salah satu ikan yg memiliki kandungan gizi yang tinggi . Ikan ini juga istimewa karena menyantap ikan- ikan kecil yg menyantap rumput laut. Rumput laut inilah yg mendorong omega 3 yang ampuh mencegah terjadinya penggumpalan darah, menurunkan kolesterol dan melindungi sel2 otak dari penyakit penuaan.
- Dianjurkan untuk mengolah ikan ini dengan cara ditim. Karena asam lemak ini mudah menguap bila ikan dimasak dengan cara digoreng atau dibakar.
- Ikan salmon juga kaya akan kandungan protein dan antioksidan co-anzyme Q 10 untuk mencegah penyakit jantung, depresi, dan mengoptimalkan kerja otak dan penglihatan pada bayi dan anak2. Omega pada salmon ini juga mampu meningkatkan level serotonin, unsur kimia pada otak yg membuat kita merasa senang dan gembira.
- Kandungan antioksidan pada ikan salmon akan membuat vitamin C dan E bekerja lebih lama sehingga mampu meningkatkan kesehatan mata dan kulit. Sumber protein memang terdapat pada ikan salmon yang dibutuhkan untuk membuat seluruh sel , kulit, rambut, mata, otot, dan otrgan-organ lainnya. Kandungan lemak sehat yaitu omega 3mampu meningkatkan HDL untuk menurunkan efek negatif dari kolesterol LDL.
Grill Salmon 'n' Tomato
Bahan-Bahan:
2 keping potongan ikan salmon
2 biji tomato segar - di potong baji/wadges
sedikit garam
sedikit lada hitam yang ditumbuk kasar
sedikit minyak zaitun
Bahan2 Sampingan
Semangkuk kecil kobis bunga yang dipotong
1 batang karet - dipotong tongkol
4 batang kacang buncis - di potong tiga
1 sudu besar mentega
secukupnya sos - apa2 jenis tartar, thousand island, mayonis ke..
saya makan dengan sos lada hitam (jenama Bumi Hijau..sedap sos nie)
Sedikit daun salad coral
Cara:
1. Ikan salmon di taburkan dengan sedikit garam serta lada hitam yang ditumbuk kasar2 dan gaulkan rata..kalau nak perap dalam setengah jam pun boleh kalau xperap pun x mengapa.
2. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam grill pan atau nonstick pan dan masukkan ikan tadi. Masak sehingga ikan berubah warna dan masak serta balik2kan. Angkat dari pan.
3. Tambahkan sesudu lagi minyak zaitun dalam pan dan masukkan pula tomato yang dipotong baji..balik-balikkan sebentar sahaja dan angkat.
4. Panaskan sedikit air dalam periuk celurkan sekejap Kobis Bunga, Karet dan Kacang Buncis sebentar tak perlu sampai lembik, tapiskan dan masukkan dalam mangkuk gaulkan sayuran ini bersama 1 sudu besar butter.
4. Untuk menghidang letakkan 2 keping potongan ikan salmon di atas pinggan susunkan di tepinya dengan daun salad dan sayuran yang telah dicelur dan digaulkan dengan butter tadi.
5. Kalau ada hirisan lemon boleh di hidang bersama untuk diperah atas ikan (xder stok) Hidangkan panas, bersama sos kegemaran anda saya makan dengan sos lada hitam jenama Bumi Hijau, kalau nak makan dengan mayonis dan cili sos pun boleh... sedap di makan panas2..cubalah...
Tuesday, August 27, 2013
Pulut Serunding@Pulut Cawan..
Bertemu sekali lagi hari selasa ni..saya nak kongsi dengan kawan2 semua resepi kueh yang berasas pulut iaitu Pulut Serunding@Pulut Cawan...saya sememangnya pengemar pulut tak kiralah makan dengan serunding macam yang saya buat ini atau pulut panggang ke kueh serimuka pulut yang lemak2 manis tu pun saya suka...pulut inti ke yang ada intinya di atas dibungkus dengan daun pisang comel2..atau pulut yang dimakan dengan kelapa parut digaul sedikit bersama gula dan garam..atau pulut tanak makan dengan ikan kering pun sedap tau, tak lupa juga ada lemang, lemang pulut periuk kera, ketupat pulut, pulut dakap, pulut palas, pulut mangga..muahahaha pasal pulut semuanya berlegar2 di fikiran saya...teringat pula masa ke rantau panjang, kelantan ada orang siam yang menjual pulut dengan ayam goreng yang agak berempah..sedappp...wahhh dah teringat nie pulut dengan ayam berempah bila agaknya saya nak ke rantau panjang/golok boleh ler menikmati pulut yang sedap tu kan...hehehe sabor jer lah saya nie...
Ok asik bercerita pasal masakan berasal pulut mana pulak resepi nie ekk..ohhh lupa ada gak yg suka pulut kuning yang dimakan dengan kari ayam atau rendang jugakan bersama sambal tumis udang..hari tu masa besday saya minggu lepas yg ke..opss dh tua malu nk sebut sebab dah 4 siries u...ada gak saya bawa utk kawan2 di pejabat..pulut kuning berserta rendang ayam..tp x sempat nak berposing so xder ler nak di uploadkan gambornya atau resepi next time bila masak lg saya amik gambor yer..jom kita tengok resepi yang dah 2..ke 3 kali gak saya sharekan di blog..tp tak per ekk saya tempelkan lagi di sini..buat utk bekpes tadi pg..serundingnya semalam punya masak utk pot luck pejabat ada baki so hari nie jadi pulut serunding lak..senangkan 2 dlm 1...keje orang rajin ler tu..
Pulut Serunding
Bahan-Bahan:
Untuk Pulut:
2 cawan beras pulut - basuh dan rendam selama 1/2 jam
2 cawan santan - sederhana pekat (kali ini saya guna air sahaja xmo santan)
- lebihkan sedikit sahaja dlam 1/4 cawan
- 1 sudu makan minyak jagung
Sedikit garam
Cara:
1. Kukuskan pulut bersama santan yang digaul dengan sedikit garam lebih kurang 20-30 minit dalam loyang.
2. Bukakan penutup kukus dan adukkan pulut yang dikukus tadi dengan senduk. Kukuskan semula lebih kurang 10 minit atau hingga pulut masal cantik. Padamkan api dan gaul rata sekali lagi dan biarkan sejuk sebentar.
3. Pulut dibentuk gunakan acuan plastik atau acuan apam yang kecil, masukkan pulut dan tekan hingga padat keluarkan dan susun dalam bekas.
4. Untuk menghidang gaulkan pulut bersama serunding atau taburkan sahaja serunding di atas pulut mana2 pun boleh. Sedia untuk dihidangkan.
Versi pulut tanak - yang saya buat hari ini - Masukkan beras pulut dalam periuk bersama air, sesudu minyak jagung dan sedikit garam, tanak dengan api sederhana, bila agak mengering kacau sedikit dan kecilkan api, masak sehingga pulut tanak dan balik2kan serta padamkan api.
Bahan2:

Serunding Kelapa Udang Kering
Bahan2:
Kelapa parut 1 biji - di sangai sikit jgn la smpai nk kerisik jd ala2 perang sedikit jer ..
udang kering - 1/2 cawan di rendam sekejap n tumbuk
Lada kering blender dlm spuluh btg bersama
6 ulas bawang merah, 3 ulas bwang putih
seinci kunyi idup klau xder buh je kunyi serbuk 1/2 cmca teh
serai 2 btg, ketumbar biji 2 sudu besar dan jintan halus 1/2 sudu
blend bahan2 nie smua..
gula pasir dlm 3 sudu mkn
garam 1 camca teh, klau ada daun limau purut 2 helai, 1 keping asam keping yang kecil - direndam sebentar
sedikit minyak masak utk mnumis
Cara:
Panaskan minyak tumiskan lada kering yg di blender dengan bahan2 lain td
hingga garing n pecah minyak, masuk kan gula dan garam klau suku buh la
perasa sdap rasa ke apa2 yg disukai pak aji ke..masukkan sekali asam keping,
dah cantik sambal tu warna keperangan2 masuk kan kelapa yg dh disangai
td pastu balik2 kan nk tahan lama kena la masak blik2kan lama sikit
tau..
pastu siap n sdap tuk dimkn bersama lontong, nasi impit, nasi ambang n
bleh gak di wat pulut cawan..makn gan pulut pun sodappp try la..
Makan2 Raya di Opis....
Assalamualaikum...salam selasa untuk semua..entry ringkas ajer nie saya nak masukkan gambar sekitar jamuan mini raya 2013 di opis yang diadakan semalam gambar pun snap mana yang sempat so agak x brapa nak cantik saya sendiri semalam tertinggal camera gunakan camera akak cc jer..k kita layan bebera keping gambar yang sempat di ambil...kebetulan semalam masa buat makan2 raya di opis hari jadi PK 1 saya so sekaligus ler makan2..
soto special kak marie yg masak.. |
akak msak sambal kacang sotong, serunding udang kering, rendang bos, k.ros smbal goreng |
kak ros n pk 1..besday boy..hehe jgn marah.. |
kak ros, kak marie, bos n me.. |
ust. ct hajarah, ckgu m.zin with akak's oren,, |
Monday, August 26, 2013
Laksa Kari Berlainan Sedikit..
Assalamualaikum...selamat pagi isnin untuk semua. Hari ini nak berkongsi resepi mudah Laksa Kari berlainan sedikit kerana bahan2 yang digunakan seperti santan saya gantikan dengan tairu @ yogurt..rasanya emmmm sedap tau kawan2 nie bukan sajer naik lif tekan sendiri@puji diri sendiri tapi bila di nikmati rasa laksa kari yang berlainan sedikit ini ngam n can go di tekak saya..sebab saya gandingkan yogurt ada tomato segar ala-ala kesihatan la kononnya tapi bahan x cukup sepatutnya saya nak letak tahu pop atau boleh gak letak tahu@takwa yang di goreng n fish ball untuk meriahkan laksa kari ini...jadilah apa yang ada dalam fridge tu saya gunakan tetap menjadi..alhamdulillah kenyang semalam tengahari makan laksa kari.. Dah panjang intro saya pepagi ni jomlah kita tengok resepi di bawah ok...
Laksa Kari Berlainan Sedikit
Bahan-Bahan:
1 paket mee Laksa basah - dicelur sebentar dan ditoskan
Bahan Untuk Kuah:
1 mangkuk ayam berserta tulang2 ayam dipotong kecil
1 keping sotong rendam - dipotong kecil
Fish Ball secukupnya - (x letak xder stok)
Tahu Pop secukupnya - (x letak xder stok)-
1 batang karet - dipotong batang mancis
4 biji tomato segar - didadu
1 cawan cili blender
3 labu bawang besar - di blender halus
5 ulas bawang putih - di blender halus
1 1/2 inci halia - diblender halus
3 batang serai - dititik
1 cawan yogurt perisi asli Nestle
4 sudu makan rempah kari daging/ayam - (bancuh dengan sedikit air jadikan pes)
Air secukupnya - >< 1.5 liter
1 keping asam keping - direndam
Sedikit gula pasir - lebih kurang 2 sudu
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis
Bahan sampingan :
Sawi secukupnya - di celur (saya guna sawi jepun)
Crabstick secukupnya - di celur sebentar
Bawang goreng secukupnya
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk, tumiskan cili blender dan bahan2 yang dikisar halus, bawang besar, bawang putih, halia masukkan pula sedikit gula. Tumiskan sehingga naik minyak, masukkan serai yang dititik. Masukkn pula serbuk kari yang dijadikan pes tadi. Kacau sehingga bahan2 tumisan agak garing dan naik minyak.
2. Masukkan pula ayam dan sotong rendam yang telah dipotong, Masukkan juga air bila agak mendidih dan ayam hampir empuk masukkan karet dan tomato yang di potong dadu.
3. Masak sehingga ayam dan sotong kembang empuk, (jika guna fish ball masukkan)
4. Masukkan pula yogurt serta sekeping asam keping, Jika gunakan tahu pop masukkan tahu pop (tahu yang siap digoreng- beli di pasar) Perisakan dengan garam secukupnya dan jika suka boleh juga di masukkan serbuk perasa, saya x letak pun serbuk perasa. Rasakan kesesuaian rasanya. Masak sehingga semua bahan sebati dan mendidih dengan api yang perlahan baru di padamkan api.
5. Untuk menghidang letakkan mee laksa dalam pingan atau mangkuk, siramkan kuah berserta ayam dan perencah2 lain. Letakkan sedikit sawi yang dicelur bersama crabstick yang dicelur, taburkan dengan bawang goreng. Sedia untuk dihidang,

Sunday, August 25, 2013
Setelah lama menyepi....
Assalamualaikum...
Salam ahad untuk semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya kasihi...apa kabar semuanya semoga sentiasa sihat dan dibawah lindungan Allah hendaknya..dah lama sangat saya menyepi dari dunia alam maya nie kan tak silapnya yang terakhir entry ucapan hari raya sehari sebelum raya iaitu 7 Ogos...wahhhh lama betul kan nie dah 25 Ogos dah masuk hari kebarapa ekk dalam bulan syawal rasanya dalam 18 hari kot...pantas betul masa berlalukan kawan2..
Seperti biasa di negara kita nie musim raya nie musim orang buat rumah terbuka atau open house di sana sini..mungkin budaya yang telah di jadikan amalan nie bertujuan untuk memudahkan tuan rumah untuk menerima kunjungan tetamu sekaligus atau satu waktu sahaja..senang dah masak2 datang lah beramai2. mungkin juga kerana sesetengah orang x punya banyak waktu berada di rumah jadi bila ada kelapangan baru lah dibuat majlis sebegini...tapi bagi saya untuk berziarah hari raya x kiralah sama ada di undang ke rumah terbuka atau tidak yang pentingnya tujuan kita bertemu sesama saudara mara dan sahabat handai bagi mengeratkan lagi hubungan siratulrahim antara kita.
Saya pun ada dapat undangan ke rumah2 terbuka sepanjang musim raya ini tapi ada yang dapat di hadiri ada juga yang tak dapat dihadiri.. nak buat rumah terbuka sendiri untuk undang saudara mara dan kawan2 pun rasanya tak berkesempatan lagi..tengoklah bila ada masa yang bersesuaian...sebabnya saya asik lah berjalan ke sana kemari,,,xpenat2 berjalan..hehehe..
Ok lah panjang lebar saya bercerita mengenai suasana dan mood bulan syawal nie ekk..oleh kerana dah lama dapur saya sendiri pun tak berasap hari nie saya nak masukkan gambar juadah hari raya orang bujang...al-maklumlah walaupun saya sendiri ajer nak juga masak2 untuk hari raya kan.,,,so hidangannya pun sangat simple ketupat segera nona, rendang campur daging dan hati, sambal kacang dan serunding ikan...tu ajer lah...lepas makan pagi raya tengaharinya saya dah ke rumah along n SIL saya ikut mereka beraya..sampai kemalaman..
Rendang daging + hati.. |
sambal kacang sedappp cukup rasa.. |
Raya kedua kakak saya dari KL dan Bkt Kepong balik sini so beraya lagi sampailah hari raya ke 5 memang tak berasap dapur saya sebab beraya di luar ke rumah saudara mara jauh dan dekat so bila di jamu dengan apa2 juadah makan ajerlah kan...naseb baik di musim2 perayaan nie saya dah beringat untuk berhati2 bila makan tak boleh ikut sedap anak tekak saya ajer..jadinya alhamdulillah sepanjang musim raya nie sihat la juga..k lepas2 nie mungkin saya kongsikan resepi yang mudah2 untuk kawan2 semua yer hingga bertemu di n3 seterusnya...salam sayang dari ZLC..
Hidangan raya org bujang lodeh pun malas nak masak.. |
Wednesday, August 7, 2013
Salam Aidil Fitri..
Assalamualaikum..
Salam sejahtera dan salam lebaran buat semua teman-teman, rakan taulan, saudara mara dan pengunjung ZLC yang saya hormati sekelian. Bersempena kedatangan bulan Syawal yang mulia ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua sepanjang persabahatan kita di alam maya ini melalui Blog masakan yang di kendalikan oleh saya. Seandainya ada diantara tutur kata saya atau tunjuk ajar yang tidak seberapa melalui resepi-resepi dan catatan-catatan yang pernah saya update di blog ini ada yang tidak disenangi, mohon maaf jua yang saya pinta sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari saya sendiri.
Memandangkan saya juga agak lama tidak dapat mengupdate blog dan memasukkan entry dari sehari ke sehari kerana kekangan tugasan yang tidak dapat di elakkan, saya berharap agar di masa-masa hadapan saya dapat meneruskannya walaupun tidak sekerap tahun sebelumnya..Akhir kata saya ingin mengucapkan selamat berhari raya kepada semua dan pada yang balik beraya ke kampung halaman masing-masing agar mengunakan kesempatan yang ada mengeratkan lagi hubungan siratulrahim sesama keluarga dan saudara mara. Bagi yang masih mempunyai ayah bonda baliklah menjengah mereka di hari yang mulia ini walau sesibuk mana pun kita ingatlah mungkin pada tahun ini merupakan kesempatan Aidilfitri terakhir buat kita. Pandu cermat di jalan raya semoga yang menanti kita menyambut kedatangan kita dengan gembira bukan sebaliknya. Salam sayang dari saya Siti Zalekha binti Sheikh Ismail..
Subscribe to:
Posts (Atom)