Acar Buah Jeruk Madu
Bahan-Bahan:
1 kg - buah2an campuran Jeruk Madu - (Kalau terdalat buah mangga yang agak panjang boleh di potong 2)
1 1/2 cawan - cili kisar (cili kering yang direbus dan dikisar halus)
30 biji bawang merah - kalau agak besar belah 2
20 ulas bawang putih
4 inci halia muda - dihiris batang mancis halus
20 batang cili padi merah & hijau (saya tak ada gantikan cili merah hidup 8- 10 batang)
1 cawan buah kurma - di buang biji dan belah 2
3 sudu makan biji selasih - di sangai sebentar dan kisar kering
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan cuka masakan (saya guna jenama jalen)
1/2 - 3/4 cawan air dari jeruk madu (jangan dibuang boleh dimasukkan sekali)
Untuk bahan tumis
2 labu bawang besar - dihirs halus
8 ulas bawang putih - dihiris halus
minyak masak untuk menumis - lebih kurang 1 1/2 cawan
dan sedikit garam (jangan takut termasin pula nanti)
Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk, bila minyak dah panas tumiskan bawang besar hiris dan bawang putih hiris hingga agak kekuningan dan berbau harum, masukkan pula cili kisar, tumis sehingga pecah minyak, masukkan 3 sudu makan biji sawi yang diblender kering dan masukkan juga gula pasir.
2. Bila bahan2 yang ditumis dah agak berwarna merah pekat dan likat masukkan cuka dan air jeruk madu tadi. Kacau2 sehingga mendidih masukkan pula halia hiris halus diikuti buah2an jeruk.
3. Last sekali baru di masukkan bawang merah dan bawang putih dan juga cili api. Saya tak ada so masukkan cili merah hidup. Masak dengan api yang kecil dan balik2kan angaran 20 minit. Sejukkan dahulu baru boleh disimpan di dalam bekas kedap udara botol atau tupperware. acar ini tahan sangat lama 2 - 3 bulan jika gunakan sudu yang kering. dan kalau masuk dalam fridge boleh tahan setahun.. cubalah memang sedap... (kalau acar buah kering pula tahan lagi lama bertahun rasanya.)
yang ini acar buah jeruk |
yang ini pula acar buah kering |
Nak cubalah..asik tak jadi je buat syok sendiri
ReplyDelete