Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, October 6, 2014

Apam Balik Inti Kelapa & Jagung ~ Lembut dan Sedap...

Assalamualaikum...

Salam Isnin 6 Oktober 2014 bersamaan 12 Zulhijah 1435H.  Selamat Hari Raya Haji pada semua pengunjung ZLC yang saya kasihi...hari ini dah masuk hari kedua Hari Raya Haji.. ada yang masih bercuti yer kawan2..dan macam saya pula dah naik bekerja..almaklumlah cuti hari raya haji nie sehari sahaja..mood nak beraya tu masih ada lagi tapi apakan daya...keje tetap kena keje..semangat2 cik leha jangan nak malas2..hihihi... Camner kawan2 semua dapat banyak daging korban ke..kalau ada daging korban sedapnya boleh masak macam2 ekk buat sup sedang, buat rendang sedap, goreng lada hitam ke goreng kunyit pun sedap, masak stew atau masak merah pun sedap, buat asam pedas atau masak ala2 minang atau gulai kawah pun ok..opsss sungguh panjang citer pasal daging korban nie..kita stop dulu disini ok..sebab saya nak kongsi dengan kawan2 semua resepi apam balik yang amat2 sedap dan lembut..yang berintikan kelapa parut muda lemak2 manis masin dan juga jagung krim..jom kita tengok resepi mudah di bawah ini...sebelum ni saya ada buat apam balik Disini dan sini . Kali nie buat atas permintaan si kenit Aina Arissa yang nak apam balik.. tapi bukan aina jer yang suka mak j dan yang lain-lain pun suka gak..

Apam Balik Inti Kelapa & Jagung

Bahan-Bahan:
3 cawan tepung gandum
1 sudu makan rata baking powder
1/2 sudu makan rata bicarbonate of soda
2 sudu teh gula
2 sudu makan butter
4 sudu makan susu tepung
1 biji telur di pukul sedikit
3 cawan air
secubit garam
secukupnya butter utk sapu di atas apam balik

Bahan Inti
2 1/2 cawan kelapa parut putih (kalau dapat kelapa muda lagi sedap)
4 sudu makan penuh gula pasir
sedikit garam
jagung ala krim dalam tin sekucupnya

Cara:
1. Mula-mula sediakan bahan inti kukuskan sebentar kelapa parut,keluarkan dan sejukkan sebentar baru digaulkan dengan gula pasir serta sedikit garam,
2. Untuk menyedikan adunan apam balik, masukkan tepung ke dalam mangkuk bersama baking powder, bicarbonate of soda, butter, gula pasir, telur  dan secubit garam, masukkan air sedikit demi sedikit dan digaul rata, boleh kacau adunan gunakan whisker hingga rata dan tidak bergentel.  Biarkan adunan sebentar dalam 15 minit.
3. Panaskan non stick pan, lenserkan dengan sedikit butter untuk keping yang pertama seterusnya tak perlu lenser butter pada pan, masukkan dalam anggaran 1/2 cawan adunan apam balik dan biarkan dengan api yang perlahan sehingga permukaannya berlubang2 dan bila agak mengering terus taburkan dengan kelapa muda kukus tadi yang telah digaul bersama gula dan garam, dan taburkan juga dengan jagung dalam tin gunakan hujung sudu setompok2 ikut banyak mana yang kita suka.
4. Lihat bahagian bawah apam balik bila dah berwarna coklat cantik lipat kan dua, alihkan ke atas pinggan dan terus di sapu permukaan apam balik dengan butter. Buatlah sehingga habis ukuran apam balik yang saya buat ini dalam 5 inci, bila hendak menghidang boleh dipotong 2 atau 3. makan panas sedap tapi bila dah sejuk pun masih lembut lagi...cuba lah..

No comments:

Post a Comment