Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, October 31, 2011

Fermented Tapioca With Coconut Fritters..

Salam senja untuk semua, petang tadi  masa balik dari pejabat akak ada buat sejenis kueh untuk minum petang yang menggunakan tapai ubi..Sebenarnya Tapai Ubi yg sangat lembut dan sedap ini akak beli di Pasar Tani tempoh hari..dan memandangkan ianya masih elok lagi jadi akak pun cuba la buat Gorengan Tapai Ubi Berkelapa  atau nama inggerisnya seperti di atas tu ala-ala getuk ubi dimana getuk ubi menggunakan ubi rebus yang dilenyek halus. Bila dibuat menggunakan tapai lebih halus rasanya macam kita makan tapai goreng..bagi sesiapa yang ada tapai ubi berlebihan boleh la mencuba resepi ini..Jom kita semak resepi mudah ini:

Gorengan Tapai Ubi Berkelapa

Bahan2:

350 gm tapai ubi yang  lembut
1 cawan kelapa parut putih
Cara: Buangkan tulang atau empulur pada tapai kemudian dilecek halus, gaulkan dengan kelapa parut hingga bergaul rata, bentukkan seperti bebola (macam buat fish ball) buat sehingga habis adunan.

Bahan untuk bancuhan tepung gorengan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu makan butter
secubit garam
1/2 cawan air atau secukupnya..
Cara: Tepung dan butter di gaul macam kita buat breadcrumb, masukkan garam diikut air sedikit demi sedikit gaul rata sehingga adunan licin dan tidak berketul, tidak terlalu pekat atau cair.

Panaskan minyak masak,  celupkan bebola tapai tadi dalam bancuhan tepung masukkan dalam minyak pastikan minyak tidak terlalu panas semasa mengoreng, goreng la sehingga bertukar warna keperangan dan angkat di toskan denga paper towel. hidangkan...Selamat mencuba
Tapai yang dilenyek halus gaulkan bersama kelapa parut

bancuhan tepung gorengan

Bulat2 kan adunan

Dah Nak Masuk November..


Assalamualaikum,

Selamat tengah hari Isnin untuk semua, apakabar anda semua diharapkan semuanya sehat sejahtera hendaknya.  Akak ahlhamdulillah sihat juga cuma agak sibuk dengan urusan kerja. Cepatnyer masa berlalu kan dah nak masuk bulan sebelas esok, bermakna hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi bagi tahun ini. Masa berlalu dengan begitu pantas hingga kita tak sedar.  Nampak hari nie akak x sempat buat apa-apa untuk sarapan cuma tumpang makan cekodok garing yang akak di opis nie buat ajer. Kebetulan ke kantin pun tak ada yang menarik untuk dimakan jadi tunggu waktu balik rumah sahaja nnti.

Akak rasa macam hati ini di gamit memory pulak tapi tak nak la citer tentang hati n perasaan di sini malu la pulak akak kan tp sebenarnya memamg tiada yang berlaku cuma bila terkenang kenangan manis waktu dulu-dulu pasti akan tersenyum sendiri..hehehe..

Ok leh x dapat nak bercerita panjang dan masa juga tidak mengizinkan insyaAllah bila ada kelapangan dan juga mungkin ada memasak apa-apa akak akan update..

Sunday, October 30, 2011

All Time M'sian Fav - Roti Canai and Murtabak..

Assalamualaikum,

Tengah buat apa tu, tentu ada yang sedang menonton berita dan tak kurang juga ada yang sedang menjamu selera dengan hidangan makan malam yer..kat rumah nie anak-anak buah akak ada yang buat roti canai macam-macam gaya nampaknya mereka cuba menebar doh roti canai yang dibuat oleh pakcik Leman mereka tadi pagi..Kalau doh yang dibuat tu menggunakan satu kilo tepung selalunya dapat banyak jugak jadi baki dari yang dah dibuat sarapan pagi tadi di masukkan doh mentah ke dalam peti sejuk.. jadi meroti la baek si adam, iqin, hawa, yeyet semuanya nak menebar sendiri tapi x satu pun yang menjadi cantik..haa..makan la anak-anak yang korang buat sendiri..

Murtabak Inti Ayam

Roti Canai  satu..teh tarik satu..hehe..
Nasib baik la tak di kerenaikan kesemua doh roti tu jadi dapat la pakcik leman buatkan murtabak dan roti canai dan dapat la jamah sorang sedikit..wah akak nie asik cerita pasal roti canai mengalahkan akak lak yang pandai buat..belum pandai lagi bab roti yang satu nie sebab kalau nak buat kena guna tenaga yang lebih untuk menguli..haha akak mengaku memang tak kuat kalau kena uli menguli nie..kalau nak dapatkan texture roti yang lembut dan sedap memang perlu di uli agak lama..nanti la kalau rajin akak akan belajar jugak untuk membuat roti canai pada suatu masa nanti..hehe ntah bila la tu kan..jom la kita tengok jer gambor murtabak n roti canai hasil air tangan adik akak leman..

Almost Famous Amos Cookies

Salam n selamat ptg semua, dah mkn ke belum.  Akak hr nie x masak untuk makan tengah hari sebab adik akak bedah yg memasak td..ada lauk Asam Pedas Kepala Ikan, Sayur Kobis Goreng, Sambal Hijau Cili Api Metup, Ikan Kembung Goreng emmm memang sedap akak baru lepas makan.

Oleh kerana akak tak memasak hari ini jadi akak dah buat satu projek mengookies n seperti tajuk di atas tu..cookies akak pada kali ini menjadi dengan jayanyer sebab rasa dia adoyaiiii sedappp sangat macam Famous Amos Cookies yang ada di jual di kiosk kat AirPort atau di supermarket terkemuka..teringat lak akak sikit waktu dulu ada controvesi pasal biskut nie di face book yg mnyebabkan seluruh rakyat johor marah and melenting kerana ada seseorang kakitangan yg bukan warga johor tp bekrja di sini mgata betapa hinanya negeri ini kerana susah nak dapat biskut nie (sampai gitu sekali terukkan kenyataan perempuan tu)..kerana mulut yg terlalu laser dh menjadi kemarahan orang johor..ok lah kita tinggal kan citer pasal kontrovasi biskut ini dan jom la kita semak resepi yang akak ambil dari blog Rima Singapura di Bisous A Toi..akak mohon kongsikan respi awak kat sini yer Rima..

Almost Famous Amos Cookies
Sourse : Rima @ Bisous A Toi
Ingredients:
250 gm Salted Butter
200 gm Soft Pack Brown Sugar
1egg
1/2 tsp Coffee Oil
1 tsp vanilla extract
1/4 cup oat or nestum
1/4 cup ground almond (i put in 1/2 cup)
300 gm self raising flour (if use plain flour add in with1 tsp of baking powder)
1 pack of Nestle Tollhouse Semi Sweet Chocolate - or chocolate chunk (i used choc chunks)
1/2 cup of your favourite nut (chop finely and toasted) (optional)- i skip this

Method:
This is the most important step at least 2 hours before or the night before, beat the egg with vanilla and coffee oil to infuse..or u can do this the night before, refrigerate it then bring it to room tempreture before baking.

Preheat oven to 160C, Softened butter, beat in the sugar and beat in the egg, stir in the oats, ground almonds, optional chopped nut and the chocolate chunks. Sift the  flour and fold in, this dough will not to be too stiff but not to wet eihter.

For small cookies, place half tsp of the dough, spaced slightly apart on the cookies sheet and bake for 20-30 mins. depend on your oven.. For large cookies place rounded tbsp of the dough spaced apart on the tray and bake for 30 -35 minutes.

Cool completely and let it sit overnight in an air tight container, this is for flavours and  fragrance to develope further.  Eat one freshly made and one the day after, there is a difference..

Try guys u will sure luvs this cookies..sedap x sempat nak simpan..hehe


Jom Layan Lagu 80an ~~Selamat Pagi Sayang by Noorkumalasari~~

Selamat Pagi Sayang...



Assalamualaikum..

Salam n selamat pagi untuk semua smoga hari ini terus cerah dan menceriakan hari kita..dah sarapan ke belum tu..akak pg nie x buat sarapan coz adik akak yg pndai wat roti canai tu dah buat pagi-pagi lagi..anak-anak buah yg kecil2 nie mmg suka kalau pakcik leman dia buat roti canai atau Murtabak puas la dorang makan roti canai yang dibuat sendiri yang sangat lembut dan sedap..

Pepagi nie macam lambat sikit akak nak warm up so x tau la apa agaknya yang nak di masak..atau mungkin ada projek mengookies tu pun klau ter..rajin..hehe.. ok la klau ada masa nnti akak update lg..mintak diri dulu..

Saturday, October 29, 2011

Pulut Mangga utk Minum Petang..

Salam semua, dah minum petang ke belum..apa agak nyer juadah minum petang hr nie..akak td buat sejenis makanan yg sesuai utk disajikan pada waktu petang Pulut Mangga yang amat mudah dan rengkas untuk membuatnya.

Sebenarnya hidangan Pulut Mangga atau omputih kata "Mango Sticky Rice with Palm Sugar" nie amat popular di negeri Thai..klau di sebelah pantai timur juga bnyak dihidangkan dengan sajian2 yang berasaskan pulut seperti ini..bagi orang yang gemar makan pulut macam akak nie mmg sedap la bagi selera akak.. anak-anak saudara di rumah juga terutama iqin sangat suka dengan Pulut Mangga nie...bila nampak ajer akak buat tadi kemain suka lagi dia n dia pun mula la kata dah lama betul akak x buat kueh nie klau x akak selalu gak buat bila ada musim buah mangga dan dh jadi macam menjadi kemestian untuk akak buat sebab  arwah mak akak dulu sangat suka makan Pulut Mangga nie...jom kita semak resepi mudah ini..

Pulut Mangga dengan Gula Merah & Susu..

Bahan2:
2 Cawan Beras Pulut - cuci dan rendam selama setengah jam
2 biji buah mangga sederhana besar di buang kulit dan potong kiub
Gula Merah secukupnya
Susu Cair secukupnya.

Cara:
Beras pulut yang direndam toskan airnya masuk ke dalam periuk rice cooker letakkan air separas dengan
pulut dan campurkan dengan secubit garam masak seperti biasa memasak nasi..bila pulut dah tanak, kacau kan dan tekan sekali lagi sebab untuk pastikan pulut betul2 masak.

Cara menghidang ambil pulut letak kedalam acuan yg sedang kalau malas boleh ceduk terus dalam mangkuk puding, letakkan sedikit  mangga yang dipotong kiub tadi taburkan dengan sedikit gula merah klau nak guna gula melaka yang diracik pun sedap..last sekali tuangkan sedikit susu cair ke atas pulut..siap untuk dihidangkan..Selamat mencuba..






Pasar Tani ...dan Dapur Tak Berasap...

Assalamualaikum,

Selamat hari sabtu semua, apa kbar pada hari ini diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat..hari x bekerja pada hari sabtu tentu ramai yg ambil kesempatan utk berjalan2...klau yg tak berjalan tu tentu masak yang agak istimewa di rumahkan mcm yang akak jengah di blog kawan akak Che Fa tu hari nie beliau masak istimewa utk encik suami Nasi Arab Berempah lg.  Maklum la hari x bekerja n anak-anak pun ada di rumah, tp dapur akak juga x berasap..Dapur tak berasap tu sebenarnya kata bidalan atau perumpamaan orang-orang melayu lama bagi sesiapa yg tidak memasak..tp kat umah nie selain dari akak ada juga adik akak yg dh berkeluarga tentu dia memasak utk anak-anaknya..akak ajer yg masak bila berkesempatan n mengikut mood..orang bujang katakan bila nak makan apa yang teragak atau teringin dek anak tekak baru la akak memasak..hehe..

Sebenarnya dari pagi la akak dah keluar memula hantar anak buah aishah yg berangkat ke singpura mengikuti rombongan sekolah di Universel Studio, pastu akak, gan milah n iqin, n leman yg bwak kete ke Pasar Tani di Larkin..dah lama betul x ketempat nie..yg ramai berbelanja di Pasar Tani Larkin nie sebenarnya org2 dari seberang tambak..klau diikutkan xder lah murah mana barang-barang seperti sayur2an kampung ke bandar atau buah2an yang dijual disini..cumanyer banyak pilihan sayuran kampung.. Kalau tentang makan kuih muih basah atau kueh2 kering seperti rempeyek, kerepek dan makanan2 frozen mmg banyak dan harga nya agak berpatutan..sebenarnya kalau dulu2 arwah mak yg suka ke pasar tani ini...selain utk membeli kueh tart nenas dan kuih makmur yg agak sdap sebab bnyak inti kacang, mak juga suka makan di gerai yang menjual beranika sarapan pg, yg mana tempat makan nie pun org2 singapura yg suka makan disini, ada sup tulang merah bersama roti perancis, sup tulang, lontong kering dengan beranika pilihan lauk, soto, mee siam kuah singapura n macam2 lg la..cuma akak x jumpa nasi rawan yg dulu sering akak mkn kalau ke pasar tani bersama mak dulu2.

Wah agak pnjang cerita Pasar Tani hr nie..akak cuma membeli yg mnjadi nolstagia pada akak yg disukai oleh arwah mak..kuih tart nenas n kueh makmur, pastu ada gak akak beli tapai ubi, kemudian nampak pulak ubi rebus yg sgt empuk dan lembut dengan set sambal hijau dan ikan kering *yang ini mmg kompem sedap..dah masa duduk mkn bfast akak mkn la lontong kering yg simple cuma ambil serunding, syur grg, smbal kacang n begedil tu jer dh RM 3..n yg akak dengar org spore di sbelah akak ambil bermacam lauk sampingan lontong kering dah jd RM13 utk 2 pinggan..mahal betul kan..tp xper la dorang tu klau buat pertukaran wang sini mmg berbaloi sbb duit dia mahal..

Ok la cukup la citer pnjg lebar perjalanan pg akak hari nie balik td akak singgah ke rumah adik Nora di Kempas sbb Iqin anak saudara akak nak jumpa cousin dia Qistina...kemain suka iqin dpt jumpa qis..n tengah hari tadi akak ke jemputan kawen anak sabahat di dewan Taman Cempaka..nie ajer la gambar yang akak ambil tadi gambar Qis n santapan akak tgh hari td di rumah perantin..

Ini lah Qistina yang comel tu...

Makanan di rumah perantin td..

Friday, October 28, 2011

Selamat Malam..dan Pepes Ayam..

Salam malam smua, ada yg dh nak tdur yer akak nie baru la berkesempatan utk menulis selalu nye xder la memlm sgt kan sbb time gini kekdg akak dh terbelayar...adoyaiii cepatnyer kan klau hr2 kerja mmg la rasa letih semacam jer kan..

Kebetulan lak hr ujan dari petang smpai la ke magrib td kan..akak td diajak oleh bff akak mkn malam kami ke wak radol..wah wak radol lg..tp baru 2 kali jer kot dlm bulan nie..tp bukan akak mkn bnyk pun cuma 3 cucuk oder pun 10 cucuk jer satay ayam gan dgg tp x abis 2 tgk tu betapa org kata kuat mkn tp 10 ccuk ber2 pun x abis camner tu..smbil duk mkn tu kami pun borak2 la mcm2 citer..mmg rasa nyer klau akak b2 gan nana mmg x abis2 citer..hehe itu la hobby kami..

Esok klau akak rajin insyaAllah akan masukan entry masakan pula yer almaklum la mcm lama sgt akak x masak2 kan..siang td akak ada beli sejenis mkn yg dibuat dari ayam mcm otak2 tp dipanggil pepes..akak bli benda nie di tempat yg jual otak kempas tu..abg enal kat opis akak tu sebenornya yg tolong pi bli kan mula2 mmg x tau ada benda nie..bila abg enal panah blikan tuk cikgu kmarin tu yg teringin gak..boleh tahan sedap..tgk dari gaya benda nie mcm senang tuk dibuat nnti la akak olahkan camner nk wat respinyer ok..klau percubaan menjadi akak masukkan di sini ok..so wat masa nie kita layan jer la pic pepes nie yer..


Jumaat..Penghulu Segala Hari..

Assalamualaikum,

Selamat pg Jumaat di ucapkan kepada smua, smoga pada hari Jumaat yg penuh barakah ini yang merupakan penghulu segala hari kita semua memperolehi keimanan, ketaqwaan, keinsafan, dipermudahkan segala pekerjaan dan urusan, dilimpahi dengan sejuta rahmat dan diberikan hidayah.

Alhamdullilah kita telah dilanjutkan usia sehari lg utk meneruskan kehidupan..nampaknya cuaca agak baek terang tp x terlalu panas sedang2 elok ajer redupnyer..Seperti biasa memulakan kerja di pg jumaat mmg terasa seronok ajer..mungkin sbb esok dh cuti hujung minggu jd dpt la berehat2 di rumah atau melaku apa-apa aktiviti yg digemari..pg td anak buah akak Aishah mengambil ujian bertulis JPJ..mudah2an berjaya..ntah bila pulak la akak nk bljar kan..terasa rugi sbb umor mkin meningkat tp xder lesen lg..huhu..naper la perasan n ht kecil ini terlalu tkut tngok kenderaan di jln raya tu..mudah2an satu hari nnti akak pun nk juga memandu..

Wahh citer pasal memandu lak pepg hr nie ekk..ok la rasa nyer xdpt nk bercerita pnjg lg pun xder apa2 yg menarik nk diceritakan pada pg nie..nk citer pasal makan2 pun akak cuma sarapan Beehoon Sup Pama dan ckgu M.Zin bawak kan epok2 yg comel lg sedap..tq ckgu m.zin yer..n akak goreng kopok ganu k.wan kamariah bg hr tu..tq..jd la tuk alas perut hr nie..




Thursday, October 27, 2011

Roti Poket...

Salam malam jumaat semua..wahh dh nk jumaat yer esok cepat nyer masa berlalu kan dh nk hujung minggu, pejam celik dh nk dkat Hari Raya Hj pulak...pastu dh nk cuti sekolah..harap2 semua perkara atau perkerjaan yang kita buat dpt disempurnakan dengan sebaiknya InsyaAllah..

Akak 2..3 hr nie mcm xder mood la mungkin sbb badan xbrapa sdap nk kata cam org nk demam x pulak mungkin sbb cuaca yg x menentu nie n asik ujan ajer kan..tp akak tetap bersyukur sbb tetap diberi kesihatan yg baek n menjalankan tugas harian tanpa rasa jemu...kalau smpai jemu tu mestilah something wrong somewhere kan..hehe..

Hari nie akak cuma nk berkongsi satu resepi yang sering juga akak buat iaitu Roti Poket..yg sesuai utk dibuat sarapan pagi ke minum petang ke atau juga makan malam bagi mereka2 yang xmo mkn nasi di waktu mlm..jom kita semak respi yang akak amik dr dapur CMG yg femos tu..Che Mat akak minta izin copy paste di sini yer mlas lak nk menaip..


ROTI POKET
Sumber: Che Mat Gebu
Oleh: Zalekha Luvs Cooking


BAHAN ROTI :-)
6 keping roti sandwich (mat guna Gardenia)
1 biji telur, pukul sedikit
Secukupnya serbuk roti, mat guna kaler kuning

BAHAN INTI :-)
2 keping daging burger, hancurkan
1 biji bawang holland saiz sederhana, cincang
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan halia, cincang halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar rempah kari daging
1 pokok daun sup hiris
1 camca teh kicap cair
1/3 cawan air

BAHAN LAIN :-)
Hirisan halus kobis
Hirisan timun
Hirisan tomato (tak letak sebab tak de)
Sos pilihan

Good Morning..

Assalamualaikum,


Salam n selamat pg Khamis semua, apakhabar pada hr nie..diharapkan semua nyer sihat n ceria..Alhamdulillah hari cuaca agak sejuk sbb baru lepas ujan..Dah sarapan ke belum? akak hr nie x sempat nak buat sarapan tp alhamdullilah cc akak kat opis ada bwak nasi goreng so mkn la gan akak2 di opis tu..bersama tempe goreng dgn air teh o tnpa gula...baguskan pg lg dh dpt khasiat protin dr tempe.

Hari nie rasanyer xder resepi yg nk dikongsikan..nnti la bila2 akak ada mmsk apa insyaAllah akak akan masukkan entry nnti..Pepagi hr lg nie xder apa yg nk diceritakan..tngk la klau akak rjin petang sikit nnti akan update lg..ok selamat bertugas untuk semua..

Wednesday, October 26, 2011

Grocery Shopping..with Nana..

Salam n slmat mlm semua, akak baru berpeluang nk update blog..maklum la td petang dr jam2 hingga jam 5 lbih akak ke Sutera Mall utk grocery shopping gan kawan akak miss nanna, sebenarnya x der dlm perancang pun nk kuar n berbelanja, bila nana call n bertanya ada plan2 ke mana2 x, dia minta temankan pi sutera mall akak setuju..so pi la kmi berdua berjln2 nana nk mencarik wraping paper tuk hdiah birthday bos dia esok..so terlanjur dh kat mall tu kami pun apa lg masuk la ke carrefour.

Tau ajer la bila org perempuan yg berjalan nampak sayur-sayuran yg murah mula la kami nk beli serba sedikit..tp akak pun x bli bnyk cuma brocoli gan sawi kerinting, nana pun bli broc but with spinach n mkanan tuk kucing kesygan Leo n Kiki..yg laen2 tu biasa la akak nmpak roti loaf yg x dipotong lg mcm roti yg selalu ada kat kopitiam tu jd akak pun bli la sebantal boleh la wat mkn mlm cicah gan corn soup atau mushroom soup nnti..bila dh ke bahagian bakery nmpk pula donut so teringat pulak anak2 buah di rumah apalagi beli sedikit tuk mereka mmg budak2 suka klau donut yg cantik2 tu kan gan choc garnishing yg dibubuh mcm2..akak pun dh lama rasanya x mendonut..nnti la bila ada kesempatan nk juga mndonut nnti..
akak sedang memilih donut        
butter prawn but a bit sweet la hr nie..selalu x..

Sup sayur..ada mcm2 sayur..best..

nie la my late lunch td ada sambal blacan n ulam timun..
oh yer sebelum blik td akak singgah mkn tgh hr tp di waktu petang di Sayyam...sebabnyer akak mmg belum mkn lg nana dh mkn jd dia temankan akak ajer...so meh la kita layan gambar2 td yer..

DEEPAVALI vs cuti..n Resepi Roti Naek Gebuz

Assalamualaikum..

Selamat pg n salam sejahtera utk smua.  Sempena hari Deepavali hari ini akak nak mengucapkan Selamat Hari Deepavali bagi semua yg merayakannya..n selamat bercuti juga pada smua.. Pada hari cuti seperti ini tentu ramai yang ada perancangan sama ada utk berjalan2 membeli belah ke atau ke rumah sanak saudara. Akak rasanya x kemana2 kot belum ada perancangan lg nampaknya.

Pg2 td akak dh wat sarapan Roti Telur Berbawang yg dicicah gan cili sos..oleh kerana pernah masuk kan respi yg sgt mudah baru2 nie jd akak xlah ambil pic..lg pun sajer utk mengabiskan stok roti sebelum luput tarikh jd bersarapan rengkas ajer..akak berangan gak td pg nak membuat Roti Arab tp kemana lak buku resepi akak menyorok pepagi hr...so simpan la dulu yer hasrat nk meroti arab tu laen kali kita boleh buat.

InsyaAllah klau rajin sat2 lg akak mmg bercadang nk wat puding ke eclair ke tngok la mana2 yg kesampaian yer..hehe bleh mcm tu..ok la hr nie akak nak masukkan satu n3 Roti Naek Gebuzz yang akak dh bnyk kali buat n kali ini akak tepek resepi di sini pula yer..resepi ini akak pelajari sendri dari kawan akak Kak Sham semasa beliau kat SK Tmn Anggerik tp skrg kak Sham dh jd CC kat SK Tmn Perling...trima kasih kak sham kerana turunkan ilmu buat roti naek nie n ramai yg suka dr feedback yg akak dpt..jom kita semak resepi..

Nie roti yg perlu direhatkan 1/2 jam sebelum di bakar

Roti yg siap dibakar brushkan butter diatasnya

Satu adunan nie dpt dlm 3 loyang 9x9..bnyk tu..klau loyang kecil dpt 4

ROTI  NAEK GEBUZ
Sumber : Hjh Shamsiah Salihin
Oleh; Zalekha Luvs Cooking

Bahan2
1 Kg tepung gandum
1 paket mauripan yis (11gram)
3/4 tin susu pekat mnis
1 1/2 mug air suam
1 cawan gula pasir
2 sd besor butter
garam secubit
few drop yellow colouring..
Cara:
Buat bancuhan yis dulu dalam mangkuk kecil (Campurkan 3 sudu bsar tpg gandum, 1 pket yis n 1sudu gula gan 3/4 cwn air suam gaul rata biar tp dia naik dlm 10 -15minit)
Dalam besen bsor masukkan tpung gandum, gula, butter garam n bancuhan yis td..
Air suam yg 1 1/2 mug td campurkan gan susu pekat n yellow colour kcau..
Step seterusnya bahan2 kering bersama air susu suam mcm org wat jemput2 sehingga rata..setelah siap diadun..letakkan 1/2 cawan minyak masak di atas
adunan roti..biar kan dlm stgh jam or 45 minit dia akan naik sekali ganda..
griskan loyang yg sesuai akak guna loyang empat segi 8"x8 tu leh dpt 4 loyang gan
butter..bila adunan dh naek bleh bulat2kan adunan mcm org buat fish ball n susun
dlm loyang rapat2...rehat kan adunan yg dibentuk td dlm 1/2 jam sbb dia akan naik
lg..hehe asik naek jer kan..baru lah di bakar dlm oven 200 dgree api atas bwah
selama 40 - 45 minit..bila dh msak atas dia warna kuning cntik kluarkan dr oven
n teruslah brush gan butter atas roti..selamat mencuba..

Tuesday, October 25, 2011

Good Night,,,

Good Night tuk smua semoga mimpi yang indah..insyaAllah esok jika diberikan keizinan n kesempatan kita bersua lg di alam maya...

Sejuknyer..Ujan..

Salam n selamat petang semua.. dh minum petang ke lum mesti ada yang sedang menikmati secawan kopi panas berserta sepiring kueh x pun goreng pisang.. akak pun td dh minum teh o nipis, kebetulan pula ofis mate akak buat cekodok pisang dpt 2 -3 ketul yg comel2 mmg sdap..

Berbalik pada citer ujan kat luar sana tu sedang mencurah2 lebatnyer berserta guruh di langit jd akak x boleh nk lama2 di tenet nie..so nk logout dulu yer..nnti mlm bila ada kesempatan akak akan update lg k..babaiiii semua..

Kek Alunan Kasih...ada aku kesah..

Assalamualaikum

Selamat pg selasa utk semua, smoga hari nie semua ceria secerah cuaca pada hari ini..akak hari nie agak moody ntah la..org pompn kan sebulan sekali pasti akan ada hari2 yg rasa mcm serba x kena apa yg dibuat..tp naseb baek la akak dpt nk control rasa amarah klau x pasti ada yg nak kena penangan percuma..hehe teruk kan harap2 x lah sampai camtu..

Hr nie agak lewat sikit dpt on9 n mnjengah ke blog..biasa la line tenet kat opis akak nie agak meragam sikit klau x bwak broadband sndri xdpt la on9..nie pun belum menjengah ke fb apa agaknyer citer kengkawan akak pada pg nie..tp sebenarnya semalam akak rasa mcm ketat sikit...cewah mcm org muda la sbut ketat2 nie ekk..tu lum lg apa sentap..hehe.. nie pun gara2 komen2 spontan di fb..ada gak yg kata akak nie asik nk masak2 yg sedap smpai terliur kan ke menjejeskan air liur org..tp akak rasa biasa2 ajer xder la istimewa mana..tu pun akak masih x brapa nak amek port..cuma agak mnyentuh ht n sanubari ada gak yg sangka agak dh masak asik la mkn smpai x henggat dunia smpai perut sakit....lg pun akak nie sakit org pompn bila bulan mengambang bukan la sbb terlbih mkn...ohh please...akak mmg suka masak tp x lah smpai suka sgt mkn hingga memudaratkan kesihatan akak..no..no..no it's not me..sebab kalau akak masak2 pun ada tukang mkn kat umah anak2 buah akak yg rmai..Lg pun nie kan blog masak2 apa yg kita masak n buat kita letak lahhh..so ada aku kesah..muahahaha siapa yg terasa ht mcm akak nie mintak maap jer la yer..
sebab akak nie pun manusia biasa bukan malaikat..

Ok lah mesti dh penat korang baca citer akak so meh la kita layan kek yang akak buat semalam yg akak amik resepinya dr blog Yummylicous akak mintak izin copypaste resepi kat sini pula yer....walaupun
alunan ombak dia x brapa cntik..mcm ombak tsunami kot..tp rasa dia sesdap rasa xbrapa mnis ngam la tu..jom semak resepi:

Kek Alunan Kasih - beralun syg..hehe

Nie dh macam ombak pntai lido..


Kek Alunan Kasih  

Sumber : Jun@Yummylicious

Bahan:                                                         
250gm butter
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..guna 1 1/2 cwn jer)
5 biji telur
1 sdt ovalette (opt)
2 1/2 cwn tepung gandum
2 sdt baking powder
1/2 cwn susu cair
1 sdt esen vanilla
serbuk koko secukupnya
pewarna (contoh pewarna pink n hijau)
tapis yg halus untuk ayak serbuk koko

Pukul butter n gula hingga kembang. masukkan ovalette skali, pukul lagi. masukkan telur satu persatu n pukul lagi hingga kembang. masukkan esen vanilla, susu cair, gaul hingga sebati. masukkan tepung sedikit demi sedikit. bahagi dua n letakkan pewarna pink n hijau.
Griskan loyang n tabur sedikit tepung. masukkan adunan pink n ratakan. ayak serbuk koko menutupi lapisan pertama. kemudian masukkan lapisan kedua warna hijau, ratakan perlahan (jgn sampai serbuk koko di lapisan pertama tadi terangkat. ayak serbuk koko atas lapisan kedua n ulang langkah sama sehingga habis adunan. bakar pada 160'c selama 45min

Monday, October 24, 2011

Oreo Cup Cake...Home Alone???

Assalamualaikum..

Salam n selamat malam semua..nampaknyer malam ini akak tinggal berseorangan di umah sebab semua anak2 saudara blik ke kg. maklum la cuti sekolah..sunyi juga bila rumah nie xder org kalau x tentu riuh rendah dengan telatah aina, sara, iqin, yeyet x terkecuali gak yg besar2 tu adam, hawa n aishah..sebab klau smua2nyer ada di rumah kalau x mereka bermain bergurau senda n ada kala nyer berkelahi jugak.  Tp mmg itu lah lumrah budak2 nak buat mcm mana.. Oleh kerana akak dh lali dengan perangai n kerenah anak2 nie jd x brapa kisah..bila dah xder nie yg rasa sunyi sepi..

Balik dari opis td setelah membuat apa yg patut akak terfikir utk wat satu projek membaking sebab hasil dr blogwalking kat blog masakan Yummylicous x silap n yg sebelum nie pun bnyk gak blogger2 masakan yg telah cuba wat Kek Alunan Kasih yg mata akak nmpak sgt menarik..so apalagi akak pun mulakan projek..n alhamdullilah pantas ajer akak siapkan jam 7.20 dh masuk dlm oven pun..InsyaAllah bila menjd nnti akak masukan entry kek tu..esok2 yer..

Malam nie sebenarnya akak nak masukkan satu Resepi Oreo Cup Cake yang sering akak buat resepi nie akak amik dari rumah Che Mat Gebu DTS tu..dan kata CM resepi asalnyer dari Pn Rima Singapura..terima kasih pada kedua2nyer kerana memberi resepi yg sgt ringkas tp sedap..untuk teman2 n adik2 di fb yg selalu mintak akak tuliskan respi nie akak ulangtayang kan diblog pula yer..Jom kita semak resepi..
Oreo Cup Cake with Choc Ganache n Strawberry..


OREO CUP CAKE..
Sumber : Che Mat Gebu DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
2. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias atau dihidang begitu sahaja....





Akak buat 2 adunan tu pun x cukup..

Anak2 xtahan bila nmpak strawberry tu semua nk pilih yg bsor..


Cuti Sekolah Bermula..n sarapn Roti Telur Berbawang..

Assalamualaikum..

Selamat pagi, apakabar semua harap2 semua sehat sejahtera di pg Isnin yang berbahagia ini..Hari nie dah bermula cuti sekolah selama seminggu jd keadaan di sekolah pada pg nie sunyi sepi ajer..tp baek la ada
Wafi yg comel anak pd Che Mamat si parang tumpul technician di sekolah ini ada dtg sekejap jd riuh
rendah lah sekejap pejabat ini..

Kalau cuti sekolah kantin pun tak ada jd kena la bawak bekal atau ke gerai yang berhampiran..kalau nak buat sarapan pun kena la yg ringkas ajer maklumlah waktu bekerja kan..hari nie akak hanya sempat buat sarapan ringkas Roti Telur  Dengan Bawang cukup la sekadar utk mengalas perut..Jom la kita semak Resepi yang sangat ringkas ini..

Roti Telur Berbawang.

Bahan2:
6 keping roti - akak guna roti daily - dikerat 2
2 biji telur ayam size besor
2 biji bawang besar -sedang dipotong dadu
1 pohon daun bawang - hiris halus (akak x letak xder stok)
1 biji cili merah cincang (kalau suka pedas)
2 sudu makan tepung gandum
3 sudu mkn air
secubit lada sulah
secubit garam
Sedikit minyak untuk mengoreng

Cara: Pukul telur bersama garam, lada sulah, masukkan tepung dan air gaul rata dan tidak bergentel, masukkan bawang, daun bawang dan cili gaul.  Panaskan sedikit minyak dalam 3 sudu sahaja utk mengoreng 3 hingga 4 potong roti..celupkan setiap keping dengan bancuhan telur dan goreng dengan api sederhana,
goreng hingga keperangan, angkat dan tos letak di atas paper towel untuk serap kan minyak..Hidangkan panas bersama sos cili atay mayonis..
Roti Telur Berbawang

Ada gak Nasi Lemak td yg dibeli..sambal bnyak n ada paru goreng..

Sunday, October 23, 2011

Window Shopping...n JJCM With Miss Nanna,,

Assalamualaikum...

Tengah wat apa tu ada yg nak memasak utk mkn malam yer..hr nie akak gantung sudip n senduk sebb seharian td berjalan di hujung minggu...sekejap sahaja rasanyer masa berlalu n esok kita akan mulakan minggu yang baru iaitu hari Isnin..dr jam 11 pg td akak keluar bersama sahabat baek akak Miss Nanna, kami sebenarnya telah berkawan sejak sekolah rendah darjah 1 lg hingga la sekarang..

Akak nk ucapkan trima kasih pada Nanna sbb sering ajak akak pi jalan2 almaklumlah Nanna tu org nyer sgt
slim manakala akak nie pulak adoyaiii faham2 ajer lah d xtrasss montel@tembam jd jln pun agak x laju mcm
orang yg comel2 blaka..hehe tp kawan akak nie ttap sbar berjln gan akak..kami berdua2 nie mmg suka window shopping n klau ada barang2 yg berkenan di hati baru lah membeli..Nampaknyar dah 2 kali gak akak ke Jusco bersama Nanna yg kemarin tu di Jusco Tebrau City n pada kali nie pula di Jusco Bkt Indah..mmg seronok bila berjalan smbil berbual tu yg x prasan sampai dkat kul 3 baru teringat lum lunch lg..

Dah penat2 berjalan baru la kita pi JJCM pula di dlm Jusco juga..pada rancangan asalnya akak nk ke Malay Village di Taman Bkt Indah..tp oleh kerana x pasti tempat nie beroperasi x di sebelah siang jd kami b2 makan di Sizzling Stonegrill ajer..wah pnjg tul akak citer pasal sesi window shopping n JJCM nie yer takut ada yg boring baca nnti..ok la kita layan pic yg diambil td..minta maaf sbb td pg akak janji nk masuk n3 masakan tp 
Nie Chicken Kebab atas stonegrill tu masa dia hntar mentah..tunggu masak

masih lum boleh dimkn tunggu ayam betul2 masak..

Tom Yam Behoon Seafood..akak rsa msk sndri lg sdp kot..

saper ekk makcik yg comel nie ops montel..mcm pnah nmpk jer kan..


inilah Miss Nanna @ Rossana Idros bff akak..
oleh kerana kepenatan berjalan akak tangguhkan dulu yer...maafkan kami..maafkan kami..ehh mcm citer p.ramlee plak..