Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, May 31, 2012

Soto Ayam Tua...org demam mengidam...

Assalamualaikum..

Salam sejahtera dan salam satu malaysia buat semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi.  Hari ini saya tak ke pejabat kerana tak berapa sihat rasa macam orang demam urat jer tu menurut kata kawan saya Miss Nana..yer la dh penat berjalan saya tak bercuti jd urat2 nie pun pandai mintak di urut n di belai2 tp malangnyer bik minah yang selalu urut saya x pulang2 setelah kembali ke batam lebih 2 bulan dah..naper la agaknya tu xdpat pass untuk masuk ke sini semula agaknya..


Hari ini dalam pada x sehat tekak saya ini teringin sangat nak makan soto emm ada2 ajerkan mengalahkan orang mengidam..so apalagi saya pun mulakan operasi utk memasak soto nasib baek lah nak masak soto nie tak berapa susah cuma perlu ada bahan2 secukupnya rebuskan ayam dan sediakan bahan2 sampingan untuk di tabur atas soto nanti siap.  Jom la kita semak resepi soto ayam tua yang sedap juga la pada tekak saya yang tengah demam ini..tapi kata adik saya bedah n anak2 buah saya memang sedap so tak dinafikan la kesedapannyer muahahaha prasannya saya tapi xkisahlah kan...

Jom kita tengok resepi mudah di bawah ok...

Soto Ayam Tua..

Bahan-bahan:

Bahan utk kuah soto :
1 ekor ayam tua size besar - dipotong kecil dan basuh bersih serta toskan
60gram@1 paket rempah soto -  saya guna rempah soto jenama Sernan (sedap juga atau boleh guna apa brand, adabi ke idaman ke adami ke apa2 pun boleh)
4 biji bawang besar - dikisar halus
6 ulas bawang putih - dikisar halus
2 inci halia - dikisar halus
2 batang serai - dititik/memarkan
pangkal pohon daun bawang dan daun sup bersihkan buang ekornya
air secukupnya >< 4 liter (kalau nak lebih kuar lebihkan air)
garam dan gula secukupnya

Bahan-bahan lain :
Dua batang lontong @ secukupnya nasi himpit
Tauge dibuang ekor dan dibasuh secukupnya
Dua pokok daun sup dan daun bawang dibersihkan dan dihiris
Bawang goreng secukupnya
Sambal kicap cili padi secukupnya

Cara-cara:
1.  Ayam direbus bersama air,bawang dan halia yang dikisar halus bersama serai. Rebus sehingga ayam agak empuk.Kalau nak cepat empuk gunakan periuk tekanan tinggi.
2.  Setelah ayam empuk masukkan pula rempah soto yang dibancuh dengan sedikit air. Masakkan kuah soto dengan api yg sederhana masukkan pula sedikit garam dan gula serta rasa keseimbangan rasanya. Masukkan juga panggal@bahagian ekor pohon daun bawang dan daun sup. Masakkan sebentar hingga mendidih dan kuah sebati, padamkan api.
3.  Untuk menghidangkan soto letakkan beberapa potong lontong kedalam mangkuk atau pinggan. Siramkan kuah soto diatasnya bersama ayam yang disiat2@ketul kecil. Taburkan pula dengan sedikit taugeh, daun bawang dan daun sup yang dihiris serta bawang goreng. Letakkan juga sedikit sambal kicap cili padi jika suka.....kalau ada burgerdel pun sedap jugak. Cubalah.....seedaappp...

Bandung - episode 2

Salam sore buat semua teman2 yang mengenali diriku, juga buat pengunjung Zalekha Luvs Cooking.  Pada sore ini sekali lagi aku mau ceritakan dikit dari acara aku bermain di Bandung bersama teman2 kemarin...cewahhh bila dah cakap indon nie macam syok pulak tapi takut ada bahasa yang tersalah maafin gue bapak2 ibu2 aku ngak bisa terus ngomong kayak gitu lho..ijinkan aku guna bahasa yang sering aku tuturkan agar semua yang membaca ngerti cerita aku ini...

Ok sekali lagi kita bertemu dalam episode 2 jalan2 ke Bandung dan pada kali ini saya ingin sambungkan cerita mengenai perjalanan saya di Bandung..pada hari ke 3 iaitu pada hari Jumaat 25hb Mei acara kami bermula seawal 9 pagi setelah breakfast di coffee house hotel kami menaiki kenderaan terus menuju ke Pasar Baru yang terletak di Bandung town. perjalanan kesana rasanya lebih kurang40 minit sahaja kot dan disana kami diberi masa selama 2 jam untuk membeli belah di shopping komplek 8 tingkat...memang x cukup masa dan apa yang dapat ajer kami grab...tu pun ada yang rasa nyesal bila dah balik sebab x membeli barang2 yang bukan sahaja cantik2 tetapi juga sangat2 murah..lain kali saya mesti kesini lagi...sebab asyik teringat2kan kain2 lace dan sulaman yang sangat cantik...huhu. Sebenarnya pada hari kedua balik dari acara makan2 di Kampung Daun kami juga dibawa singgah di Pasar Baru tapi hanya untuk sejam untuk meninjau2 dahulu tempatnya.  Nasib saya agak baik dalam tempoh sejam tu saya dan akak saya che nie dapat juga membeli buah tangan seperti telekung dan kain batik..jadinya kami dah tahu tempat yang dituju dan tambah apa2 yang hendak dibeli.

Semasa di Pasar Baru kami di nasihatkan untuk tidak ke Lantai Dasar 1 dan 2 atas sebab2 keselamatan maklumlah ditempat orang kena la ikut arahan dan sentiasa berwaspada tapi dalam pada tu sampai gak saya di kawasan luar komplek pasar baru ini sebabnya nak cari kacang bandung yang sangat garing dan enak..almaklum oleh kerana saya suka akan rasa kacang ini dan nak jadikan oleh2 untuk anak2 buah saya merasa beli 2 kg dan masa di hotel ada kawan pada ketua rombongan kami Kak May@Datin Sharifah iaitu ibu Nani ada bawak saya pun beli lagi sekilo kacang bandung berserta sekilo pisang salai yg ditipiskan dan digoreng bertepung walaupun kita tak pernah jumpa pisang salai sebegini di tempat kita tapi rasanya sedappp..

Selesai bershopping2 di Pasar baru kami dibawa ke tempat makan masakan padang sekali lagi tapi kali ini namanya Restoran Simpang Jaya..pada saya di tempat malam pertama kami makan lebih enak makanannya iaitu di Sederhana..anyway makan ajer lah apa yang ada asalkan perut kenyang kan..hehe.. selesai acara makan2 kami di bawa pula ke gedung jualan jeans ori iaitu di Toko 3..disini saya tak turun hanya duduk dalam van sebab xberhajat nak beli seluar jeans..opsss sebenarnya mana ada size utk saya kan..tp xkisah  la..rehat ajer lah sebentar sambil cuci2 mata melihat orang ramai yang lalu lalang dan kenderaan yang terus bertali arus.  Balik dari Toko 3 kami di bawa ke Rumah Mode sebuah gedung yang menjual  beranika pakaian untuk kanak2 hingga dewasa disini saya cuma belikan untuk anak buah saya yang cilik aina n sara sorang sehelai T-Shirt Angry Bird sebab anak buah saya aina memang suka sangat dengan apa2 juga yang ada angry bird..suka hati aina lah kan..tu pun 80.000 satu bunyinyer mak aiiii ribu seram seh...hehehe. Sebenarnya lupa nak cerita di episode pertama pada hari kedua iaitu malamnya kami ada dibawa ke satu tempat beli belah yang moden jugak menjual pakai2 rangy sesuai2 bagi remaja2 tempat ini iaitu di Bali Heaven. Pakaian yang dijual kebanyakan berjenama dan harganya berpatutan tapi saya tak tahu sama ada ianya original atau tidak. pada hari yang sama kami juga telah dibawa ke sebuah lagi gedung pakaian factory outlet namanya saya tak berapa cam lah tapi dengar macam Brandedshop...sebuah lagi gedung pakaian yang sesuai untuk anak2 dan remaja..

Pada malamnya pula kami telah dibawa ke restoran sunda@jawa Sineng Reret, disini tempatnya saya suka memang cantik dengan interior yang berkonsepkan jawa ukiran2 kayu dan cantik lah tempat ini selain makanan yang enak2.  Sebenarnya makam malam kami di sini di sponsor oleh Ibu Nani bersama rakan2nya iaitu Ibu Yuni, ada 2 orang lagi sahabat ibu Nani dan suami ibu Nani juga ada.  Ibu Nani seorang mantan pensyarah Universitas di Bandung merupakan kenalan pada kak May bila beliau membawa pelancong2 ke Bandung pasti akan berjumpa dengan ibu2 yang sangat baik hati malah anggun dan awet muda walaupun menginjak ke umur lebih separuh abad..ok udah penat menulis dan berceloteh kita layan gambar ajer yok...



Tuesday, May 29, 2012

Yee Mee Hailam...

Assalamualaikum...


Selamat petang semua hari ini saya nk kongsikan resepi tertunggak lama dah buatnya semasa di rumah kakak saya Che Ni semasa saya dan adik saya bedah ikut Along dan kak Zam ke Bukit Kepong, agak2 dah lebih dari 2 bulan kot tp xperlah saya tuliskan juga resepinya yang agak ringkas dan mudah dan bagi sesiapa yang suka makan mee hailam boleh lah mencuba mee ini..

Jom kita terus semak resepi dan bahan2 yang diperlukan seperti berikut:


Yee Mee Hailam

Bahan-Bahan:

1 Bungkung Yee Mee kering (dlm pek ada 5-6 keping)
200 gm isi ayam - dihiris nipis
200 gm bebola daging - dihiris dua atau nipis
2 keping fish cake - dihiris nipis
(kalau suka boleh tambah udang dan sotong - xder stok xletak pun)
2 pohon sawi - dipotong2
1 batang karet - dihiris serong
1 mangkuk kecil - kobis bunga yang dipotong bunga
3 biji tomato segar - di potong baji
10 ulas bawang merah ditumbuk kasar
4 ulas bawang putih ditumbuk- cincang
1 - 2 kiub pati ayam knorr
air secukupnya anggaran 5-5  cawan (ikut banyak kuah yang kita nak)
1/2 cawan kicap - jika suka hitam kuahnya tambahkan lagi
4 sudu makam sos tiram
2 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air sebagai pemekat
1/2-1 sudu makan serbuk lada hitam kalau xnak pedas kurangkan
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Untuk tabur di atas mee
sedikit bawang goreng 
cili padi hijau- dihiris dan rendam dalam sedikit air panas campurkan dengan sedikit gula, garam dan cuka

 Cara:
1. Mula2 rendam sebentar yee mee dalam 10-15 minit, kemudian celur dalam air panas mendidih bila nampak agak lembut terus padamkan api dan toskan.
2. Untuk membuat Kuah Mee Hailam, panaskan sedikit  minyak dalam kuali atau periuk, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumuk atau diblend halus tadi, tumiskan sehigga berbau harum lepas itu masukkah pula rencah ayam hiris balik2kan sebentar dan masukkan air.
3. Masukkan sekali fishcake dan bebola daging yang dihiris, diikuti dengan kicap, sos tiram, kiub ayam lada sulah serbuk dan masak sehingga kuah mendidih. Masukkan pula karet dan batang sawi yang telah dipotong.
4. Masak sehingga bahan2 sayuran keras agak empuk baru masukkan kubis bunga dan sayur sawi, masukkan sekali tepung jagung yang telah dibancuh rasa kuah sama ada perlu ditambah sedikit garam atau tidak sebab dah gunakan kicap dan sos tiram dan juga kiub ayam kalau dah berasa masinnya tak perlu letak garam, kacau hingga kuah mendidih dan agak memekat. sebelum tutup api masukkan tomato yang dipotong baji.
5. Hidangkan Yee Mee yang telah dicelur tadi bersama kuahnya dan bila hendak makan taburkan sedikit bawang goreng dan makan bersama cili jeruk...sedappp cuba lah...


Monday, May 28, 2012

Bandung - Episode 1

Assalamualaikum...

Salam sejahtera untuk semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya kasihi...bertemu kita sekali lagi di hari ini...setelah 5 hari tidak berblog kerana bercuti ke Bandung..saya ingin kongsikan dengan kawan2 semua sedikit dari gambar2 dan coretan sepanjang percutian saya ke Jakarta dan Bandung.


Perjalan kami bermula pada subuh 23hb, berkumpul di stesyen minyak berhadapan City Square Johor Bahru untuk di bawa ke Changi Airport Singapura..pagi2 lagi dah kena keluar sebab takut jem nanti lambat pula sampai di airport jadinya seawal 3.30 pagi kami dah berada di tempat yang dijanjikan. dan sebelum 6 subuh dah tiba di changi airport untuk menaiki Tiger Air..alhamdulillah perjalanan semua lancar dan jam 8 lebih cuma delay sekejap jugak kapal terbang tu kerana jem di udara hujan masa tu.


Setibanya di Jakarta kumpulan romongan kami seramai 17 orang di sambut oleh pemandu pelancong dari Galeri Permata Guest House iaitu Alan dan seorang lagi Miftah menaiki 2 kenderaan. Waktu Indonesia yang lewat 1 jam dari waktu kita jadinya tiba di Soekarno Hatta Airport Jakarta lebih kurang dalam jam 8 lebih juga..dan pada hari pertama jadual kami adalah lawatan ke Tanah Abang tapi oleh sebab Jakarta sangat macet - jem dan sesak giler jalanrayanya maka terpaksa lah dibatalkan dan kami hanya ke Manga 2 untuk makan tengah hari dan menjengah ke kedai2 di sana yang diperuntukkan masa lebih kurang sejam.. Kat sini saya tak membeli apa2 pun sebabnya memang dah bercadang untuk berbelanja di Bandung sahaja. Setelah melihat dan meninjau2 beberapa kedai di Manga 2 kami bertolak ke Bandung lebih kurang  2.45 petang perjalanan yang dijangkakan mengambil masa 2 jam atau 2 1/2 jam nampaknya lebih dari 4 jam..jenuh jugak dalam perjalanan yang sangat sesak dengan kereta..macam mana agaknya penduduk di kota Jakarta dan Daerah2 sekitarnya boleh tahan dengan keadaan begini.


Di Bandung kami singgah untuk makan malam di Restoran Nasi Padang di Sederhana dan menikmati juadah makan malam setelah penat berjalan nasib baik makan di sini sedap..terima kasih pada abg2 di group rombongan kami yang belanja makan malam..mudah2an dimurahkan rezeki dan boleh belanja lagi..hehe. Sesampai di Hotel Marciella untuk check in kami menunggu kunci kamar masing2 dan bagi yang ada pasangan semuanya dapat bilik bersama pasangan masing2..saya yang solo nie terpaksa berseorangan.
Setelah siap mandi semua saya pun konon nk menonton tv akhirnya tv yg menonton saya sebab penat dlm perjalanan seharian suntuk.

Berakhir sudah episode hari pertama dan di hari kedua pula kami dibawa ke kawasan Gunung Tangkuban Perahu untuk melawati kawasan peranginan gunung berapi Kawah Ratu di kawasan pergunungan yang sangat nyaman udaranya sejuk..dan pemandangan kawah gunung berapi ini yang terakhirnya meledak lebih kurang 43 tahun dahulu masih berasap dan kelihatan kawah lumpur yang sangat besar berwarna kelabu- sulfur atau belerang lumpur semamangnya ada kegunaannya iaitu boleh menyembuhkan penyakit2 kulit seperti gatal2 atau panau ada juga dijual, saya ada juga membeli dalam peket kecil serbuk belerang di sana tapi katanya bahan2 yang sebegini tidak dibenarkan di bawa so saya tinggalkan sahaja. nasib beli yang kecil berharga 10,000 rupiah sahaja kalau tidak memang rugi.


Sepanjang kawasan  gunung banyak gerai2 yang menjual beraneka barangan untuk cenderamata seperti pakaian dan macam2 lagi la..oleh kerana kami dinasihatkan untuk tidak berbelanja banyak di sini sebab harganya dilipatkali gandakan so saya pun tak juga membeli disini. Cuma beli strawberry yang sangat manis..rupanya disini juga ramai yang tertipu sebab  rasa strawberrynya sangat manis kerana dicelup dengan ibu gula sebelum di pek..macam2 cara mereka nak melariskan jualan.  Apa yang saya perhatikan di tempat peranginan atau dimana2 jua di Bandung sungguh banyak orang2 yang berjualan dan datang pada pelancong2 dengan kata2 yang cukup manis..mohon pecah telur katanya untuk buka rejeki mereka..walaupun hari dah hampir malam...ada2 ajer diorang niekan. Kalau ada barang yang kita berhajat nak beli dengan peniaga seperti ini kita kena pandai menawar barulah dapat harga yang berpatutan.

Balik dari lawatan ke kawasan peranginan Tangkuban Perahu ini kami dibawa pula untuk makan tengah hari di Kampung Daun. tempat atau kawasan kampung Daun ini sangat cantik dengan pokok2 yang tumbuh segar dan dijaga rapi menghijau sejuk mata memandang di kawasan ini juga ada Air Terjun, mungkin air terjun buatan sebab memang molek ajer kedudukannya di antara laluan tengah yang agak berbukit..penat juga nak berjalan kaki sebab tempat makan kami tu di saung 27..tapi oleh kerana pemandangan yang sungguh indah hijau di kiri kanannya tidak lah terasa penat hingga ke tempat yang dituju..ok lah dah jadi berapa kajang nampaknya karangan saya ini macam nak buat karangan untuk exam spm ajerkan...sorry yer kawan2 kalau penat membacanya..tapi kalau ingin saya menulis atau nak tahu cerita2 di hari ke 3 dan ke 4 bagi tahu lah yer nanti saya mengarang lagi..hehehe...ok sambil2 tu silalah menjamu mata dengan beberapa gambar yang sempat saya ambil disana..






Tuesday, May 22, 2012

Ke Bandung mencari Sirap dan Mee Bandung???

Assalamualaikum...


Salam Selasa buat semua teman2 dan pengunjung2 Zalekha Luvs Cooking yang saya kasihi...nampaknya ini lah peluang terakhir...untuk saya berblog maksud saya untuk minggu ini jika ada kesempatan  di minggu hadapan kita akan berjumpa lagi kerana saya akan bercuti mulai esok pagi rabu 23 Mei saya telah berada di Jakarta insyaAllah. Subuh nanti saya akan terbang menaiki Tiger Air penerbangan dari Singapura...sesekali nak berjalan mudah2an saya akan sihat sepanjang percutian di sana sekadar nak melihat2 tempat orang..insyaAllah saya akan snap picture bila disana nanti yer..

Oleh kerana baru nak menjejakkan kaki ke bumi Jakarta dan Bandung sebab sebelum ini saya hanya ke Medan Lake Toba dan juga ke Bukit Tinggi di Sumatera Barat jadi sedikit keterujaan bila mendengar cerita dari kawan2 saya seperti Miss Nana yang saban tahun ke sana kerana banyak tempat2 membeli belah yang pastinya menjadi tumpuan pelancong bila ke sana..Nampaknya esok saya akan jadi jutawan.tapi jutawan rupiah saje dehhh...muahahaha x kisah la kan asal dapat title jutawan tu walau hanya untuk beberapa hari...habis duit nanti xlah jadi jutawan lagi..hehehe kalau nak terus jadi jutawan kena pulak cari bapak2 koperat yang billioner di sana lho untuk jadi pacar gue...bisa ngak...hahaha berangan..berangan dan berangan la seterusnya cik leha...macam mak jenin ajer kan..hehehe untuk kawan2 ku miss Nafida bte Hassan n miss Rossana binti Idros nak tak i cari kan u all cowok yg ganteng2 disana hehehe..jangan marah yer kawan2..

Macam dah panjang pulak cerita saya hari ini yer..nanti ada yang boring membacanya so nantikan kepulangan saya ok.. akan saya ceritakan sedikit pengalaman disana nanti...permisi dulu bapak2 ibu2...hingga ketemu lagi..salam sayang dari ku..muahhhhh..



Monday, May 21, 2012

Pulut Manga...

Assalamualaikum...

Salam dan selamat pagi semua sekali lagi kita bertemu di hari Isnin yang baru semoga minggu ini memberikan kita semangat baru untuk bekerja atau melakukan apa2 jua perkara dengan lebih bersemangat dan sesempurna mungkin..kalau ada saki baki rasa kemalasan sebab baru bercuti hujung minggu selama 2 hari buangkan jauh2 dan tarik nafas sedalamnya mulakan hari ini dengan nafas yang lebih segar dan ceria...cewahhh begitu panjang nampaknya intro motivasi saya pagi ini yer...sedangkan saya sendiri hari ini tidak bekerja dan mengambil cuti..tapi ada sebab-sebabnya mengapa saya perlu bercuti hari ini..ada perkara2 yang saya perlu bereskan saya perlu ke bandar ke pejabat peguam, ke bank dan macam2 lagi lah..sebelum saya bercuti tak berapa nak panjang 4 hari sahaja mulai rabu ini untuk ke Indonesia..

Saya sebenarnya agak rasa kemalasan untuk mengupdate blog semalam sepatutnya dah saya masukkan 2 entry tangguh punya tangguh satu benda pun tak menjadi...so pagi2 ini sebelum mulakan aktiviti lain saya luangkan juga sedikit waktu untuk update blog, dan pada kali ini saya akan berkongsi dengan kawan2 semua resepi Pulut Manga yang terkenal di sebelah utara tanahair dan saya rasa resepi asalnya berasal dari Thailand.. Pulut Manga ini memang menjadi kegemaran anak2 buah saya terutamanya Iqin dan Aina...mak j nya pun suka maklumlah apa2 sahaja yang berasaskan pulut memang saya suka...bila buat pulut manga seperti ini teringat pulak pada arwah mak yang sangat suka bila saya buat pulut manga dulu2 Al-Fatihah untuk mak..tapi ada tapinya mak saya lebih suka pulut manga yang dimakan bersama susu cair dan gula melaka..Iqin juga suka versi Pulut Manga yang itu..boleh semak di

Ok lah tak sempat nak berceloteh panjang kita terus pada resepi yer..terima kasih pada semua yang sudi singgah di ZLC ini sekali lagi...

Pulut Manga

Bahan-Bahan

Bahan Untuk Pulut:
2 1/2 cawan beras pulut - cuci dan rendam sekurang2nya 2-3 jam
1 cawan santan pekat
1 cawan air
secubit garam

Bahan Untuk Santan - dressing
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair @ air pun boleh
2 sudu makan gula pasir
1/4 camca teh garam
1 sudu makan tepung beras/jagung
1 helai daun pandan - disimpul

Beberapa biji manga yang masak ranum - didadu/dipotong ikut suka

Cara:

1. Mula2 sediakan pulut dengan cara masukkan pulut di dalam loyang campurkan santan pekat dan air bancuhkan bersama sedikit garam dan curahkan diatas pulut. Santan perlulah separas pulut sahaja tak perlu lebih. Kukus lebih kurang 20-30 minit atau hingga santan sejat.
2. Bila santan mengering dan pulut hampir masak, balik2kan dan kukuskan sebentar lagi dalam 10 minit.
3. Sementara nak tunggu pulut masak boleh sediakan santan untuk dressing dengan masukkan santan pekat bersama santan cair atau air ke dalam periuk kecil, masukkan sekali gula, garam dan daun pandan yang disimpul. Tepung jagung/beras dicampur dengan sedikit air dan masukkan ke dalam santan. Masakkan kesemua bahan ini di atas api yang sederhana kecil sehingga mendidih dan tutupkan api.
4. Cara menghidangkan ambil pulut sama ada dibentuk dengan sebarang acuan atau ceduk sahaja letak dalam mangkuk atau piring letakkan sedikit mangga yang didadu dan curahkan santan yang dimasak tadi di atasnya.  Selamat mencuba..

Sunday, May 20, 2012

Roti Arab...

Assalamualaikum...

Salam sejahtera dan salam satu dunia buat semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi...,pada pagi Ahad yang cukup indah dan ceria ini saya nak berkongsi dengan anda sejenis roti yang begitu mudah dibuat iaitu Roti Arab.  Sebenarnya sebelum ini saya pernah juga buat roti arab iniDISINI  dan bila dah lama tak membuatnya maka saya menyempatkan diri buat roti ini pada pagi semalam yang digandingkan bersama Kari Ayam Raja yang sangat pedas meletups dimasak oleh adik saya Bedah yang merupakan inhouse chef yang tidak asing lagi...memang sesuai dan sangat sedap makan roti arab bersama kuah kari tapi jika ada yang nak cicah bersama kuah2 lain seperti asam pedas ke, lemak cili api ke, rendang or even sambal tumis juga boleh.

Saya rasa roti arab ini yang akan mengelembung bila di goreng dan sangat lembut rasanya walaupun telah lama digoreng juga boleh dibagaikan untuk kita buat seperti roti poket samakan sebab dalamnya beronga kalau dipotong dua gunakan gunting dan terbentuk poket dan bolehlah disumbatkan dengan inti2 seperti inti kebab atau sebagainya..dah ada idea macam nie pasti saya akan buatnya nanti..insyaAllah..

Ok kita terus sahaja semak resepi seperti berikut di bawah dan saya nak ucapkan terima kasih pada teman2 dan sesiapa sajer yang sudi mengunjungi blog saya yang tak seberapa ini...terima kasih sekali lagi dan kalau sudi jadilah follower anda cuma perlu clik di Join this site sahaja..

Roti Arab..

Bahan-Bahan:

500gm tepung gandum - diayak
6 gm yis kering
2 sudu makan butter
2 sudu makan minyak -saya guna minyak sunflower
2 sudu makan gula
300ml air suam.

Cara:
1. Mula2 masukkan tepung di dalam mangkuk bersama yis kering, mentega, minyak dan gula. gaul kan.
2. Curahkan air suam sedikit demi sedikit sambil menguli lembut2 manja roti ini (tak perlu diuli keras2 macam buat roti canai tu..hehe) sehingga terbentuk adunan yang agak2 sekepal besar dan kenyal.  Jika anda rasa adunan roti ini agak keras boleh ditambah 1 sudu butter dan teruskan uli sedikit lagi supaya dia menjadi rata.
3. Biarkan adunan roti selama 1 jam atau naik sekali ganda dalam bekas sama ada menutupnya dengan plastik atau juga apa2 penutup.
4. Bila adunan roti dah naik gebu sekali ganda bahagikan adunan roti kepada beberapa bebola kecil anggaran sebesar bola golf dan leperkan dalam 0.4 cm. Jangan lupa taburkan sedikit tebung untuk kita mudah nak meleperkan adunan roti  lebih kurang akan jd bulat seperti piring cawan.  Tapi kalau anda nak buat size yang lebih besar pun boleh cuma besarkan size yang adunan yang dibahagikan.  Kalau buat agak kecil boleh dapat sehingga 20-22 keping roti.
5. Seterusnya panaskan sedikit minyak anggaran 1 cawan untuk menggoreng roti, goreng sekeping2 dan balik2kan roti sehingga mengelembung dan bertukar warna kuning keemasan. api biar kecil sahaja sebab roti akan cepat hangus. Angkat dan toskan serta diletak atas paper towel.Hidangkan roti bersama lauk kari atau apa2 bahan pencicah yang anda suka.  Selamat mencuba...


Saturday, May 19, 2012

Sweetests Moment with Sharifah Aini...

Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku...


Assalamualaikum...salam sejahtera dan selamat berhujung minggu untuk semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi...lirik lagu di atas adalah salah satu lagu yang disampaikan oleh Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan kak pah di majlis Celebrate Mother's Day at Persada Johor Bahru yang menampilkan Kak Pah pada petang  tadi 19 Mei 2012..

Saya berserta adik2 saya Bedah dan Nora telah menghadiri acara ini yang bagi kami amat meriah, happening, fantastic dan menyeronokkan bukan sahaja kami dihiburkan dengan suara kak pah yang lemak merdu, germersik, sangat lantang bukan sahaja pada bait2 kata dalam setiap lirik lagu tetapi juga semasa berinteraksi bersama penonton yang begitu segar dan pada saya sangat beraura...memang sukar nak cari penyanyi yg sangat dekat di hati peminat2 yang rata2nya memang meminati kak pah semenjak kemunculan beliau di persada seni tanah air sejak 43 tahun yang lalu, itu lah juga yang sempat saya luahkan pada kak pah bahawa saya lahir semasa beliau mula menyanyi dan kak pah menjawab rupanya anak umi...terharukan...

Sangat seronok bukan sahaja kami dihiburkan oleh nyanyian kak pah malahan rata2 yang menghadiri acara ini sangat sporting sama ada diajak menari, menyanyi dan  terhibur melihat gelagat peminat kak pah yang berbagai gaya dan ragam..pastinya bila ada lagi show yang ada kak pah nanti saya akan hadir jika berkesempatan.. Jadinya memang tak rugilah membeli tiket berharga RM150 kerana selain dihidangkan dengan berbagai hidangan yang lazat kami terhibur dan have fun dan yang paling tak disangka saya menyanyi sedikit dari lagu kak pah bersama beliau di tepi pentas walaupun liriknya saya tak hafal excited punya pasal kak pah ada di pentas betul2 depan saya box hitam di sebelah yang sedang scroll lirik saya xprasan...xkisah la sebab suka punya pasalkan...hehehe..

Ok jom la kita layan pic2 yang sempat saya snap sepanjang majlis diaadakan sebelum, sedang dan sesudah...