Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, March 30, 2015

Pulut Serunding

Assalamualaikum...salam Isnin untuk semua..hari ini nak sharekan satu resepi yang sangat sesuai untuk dimakan pada waktu sarapan atau minum atau boleh juga dimakan bila2 masa ajer.. kueh melayu berasaskan pulut..yang di makan bersama serunding kelapa udang kering..sebenarnya kuih ini kegemaran saya so bila tekak nie teragak pagi2 bangun menyempatkan lah diri untuk buat..dapatlah dibawa sedikit ke pejabat. Oklah x boleh sembang lama sebab ada keje nak buat..Jom tengok resepi yang dah banyak kali juga saya masukkan di sini saya  copy paste aje dari yang lama ok..

Pulut Serunding
Bahan-Bahan: 
Untuk Pulut:
2 cawan beras pulut - basuh dan rendam selama 1/2 jam
2 cawan santan - sederhana pekat 

1 sudu makan minyak masak
Sedikit garam
 
Cara:
1. Kukuskan pulut bersama santan yang digaul dengan sedikit garam lebih kurang 20 minit dalam loyang.
2. Bukakan penutup kukus dan adukkan pulut yang dikukus tadi dengan senduk. Kukuskan semula lebih kurang 10 minit atau hingga pulut masal cantik. Padamkan api dan gaul rata sekali lagi dan biarkan sejuk sebentar.
3. Pulut dibentuk gunakan acuan plastik atau acuan apam yang kecil, masukkan pulut dan tekan hingga padat keluarkan dan susun dalam bekas.
4. Untuk menghidang gaulkan pulut bersama serunding atau taburkan sahaja serunding di atas pulut mana2 pun boleh.  atau boleh juga masukkan sedikit serunding dalam acuan lompang dan masukkan pula pulut serta tekan sehingga padat.  Sedia untuk dihidangkan.
 

Versi pulut tanak - yang saya buat hari ini - Masukkan beras pulut dalam periuk bersama air, sesudu minyak masak dan sedikit garam, tanak dengan api sederhana, bila agak mengering kacau sedikit dan kecilkan api, masak sehingga pulut tanak dan balik2kan serta padamkan api. 

 Bahan2 Untuk Serunding Kelapa Udang Kering:
1 biji kelapa parut - yang putih dan muda (di sangai sedikit cukup sekadar agak kering dan ringan)
1/2 cawan udang kering* - direndam sekejap dan diblender 
1/2 senduk nasi cili kering yang diblender*
1 batang serai - dihiris dan diblender*
6 ulas bawang merah - diblender *
3 ulas bawang putih - diblender*
1 inci kunyit hidup - diblender*
Gula pasir secukupnya - saya guna dlm 4 sudu makan (saya guna gula merah@gula timbang)
Garam Secukupnya 
minyak untuk menumis
Cara: 1. Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bahan2 yang diblender yang bertanda* hingga naik minyak dan agak mengaring, masukkan pula gula dan garam, balik2kan lagi hingga perencah masak elok dan naik minyak.   Masukkan pula kelapa parut yang telah disangai kering.  Balik2kan sehingga semua bahan bergaul rata dan kacau selalu hingga serunding masak cantik dan gorenglah agak lama sedikit atau hilang lembabnya jika hendak simpan lama.





No comments:

Post a Comment