Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, January 29, 2012

Sayur Kacang Sepat Manis Campur..

Satu lagi resepi yang nak saya kongsi bersama..Resepi sayuran yang rengkas tapi sedap dimakan bagi pengemar2 sayur macam saya...Jom kita tengok bahan2 yang diperlukan.


Sayur Kacang Sepat Manis Campur..

Bahan-bahannya:

2 peket sayur kacang sepat manis - di bersihkan buang kiri kanan sahaja xpayah potong
1 batang lobak merah - di hiris bentuk bunga atau menyerong sahaja
1/2 biji capsicum merah - dihiris
1/2 biji capsicum kuning - dihiris
6-7 batang putik jagung muda - dihiris (tak ada tak letak)
15 ekor udang - untuk rencah
6 ulas bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 sudu sos tiram
sedikit garam
sedikit air -  dalam 1/4 cawan
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1.Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris hingga layu dan berbau harum, masukkan udang.
2. Balik2kan dan masukkan oyster sos dan garam serta air. Masukkan lobak merah dan balik-balikan sehingga lobak agak lembut masukkan sayuran lain. Goreng sehingga sayuran masak dan hidangkan panas bersama nasi putih.

Siakap Stim Asam Boi...

Assalamualaikum...

Hari2 tak bekerja dapat lah masukkan 1 - 2 entry tp kalau hari bekerje memang lah tak dan sebab nak buat itu ini...nie pun saya nak masukkan resepi tertunggak yang dibuat oleh akak ipar saya kak zam semasa kami ke bukit kepong minggu lepas..

Saya kongsikan respi yang rengkas nie bagi sesiapa yang nak mencubanya sedap gak makan ikan siakap dimasak secara stim nie tak berlemak dan berminyak..jom semak resepi..


Siakap Stim Asam Boi...

Bahan-Bahan:

Seekor ikan siakap - sederhana besar dlm 600 gm - dibersihkan
6 ulas bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - di hiris halus (batang mancis)
3 tangkai jeruk sawi atau kobis - rendam sebentar dan hiris halus
5-6 biji asam boi - kalau ada asam paya yg masam tu lg sedap..
2 sudu jus lemon - optional kalau xnak masam xpayah bubuh
beberapa titis minyak bijan
sedikit garam
1/2 cawan air

Cara:

1. Panaskan pengukus,  ikan di masukkan ke dalam loyang atau pinggan bujur yang tahan di dalam kukus.
2. Lumurkan ikan dengan sedikit garam. Taburkan dengan bawang yang dihiris, halia, asam boi dan jeruk sawi yang dihiris.  Titiskan sedikit minyak bijan dan masukkan air di dalam loyang.
3. Kukuskan lebih kurang 25 - 30 minit atau sehingga ikan masak.
4. Hidangkan di dalam pinggan bujur hiaskan dengan hirisan lada dan daun bawang.

Pengat Sagu Biji Berjagung...

Assalamualaikum...

Selamat petang semua dah minum petang belum...mesti dahkan sebab dah dekat kul 6 ptg nak masuk waktu makan malam eks..ok lah hari nie saya merancang benda lain tapi jadinya yang lain, xperlah nanti bila ada masa akan ku cuba juga untuk membuat Lamingtons Square tu... Oleh kerana Lamingtons tak jadi yang jadi cuma pengat sagu biji berjagung..anak2 buah saya memang suka makan pengat camnie atau apa2 yang berasas sagu seperti puding sagu gula melaka tu..

Jom kita semak resepi rengkas di bawah :


Pengat Sagu Biji Berjagung

Bahan-Bahan:

1 cawan sagu biji  - di cuci dan terus toskan airnya.
1 cawan jagung ala krim dalam tin
200ml santan - saya guna santan dalam kotak aje
3/4 cawan gula pasir
6 cawan air
beberapa titis pewarna kuning - optional
1/4 camca teh garam

Cara:

1.  Masukkan air, santan, gula ke dalam periuk kacau hingga mendidih dan masukkan pula sagu biji dan jagung.
2.  Kacau selalu sehingga sagu biji berubah menjadi jernih, masukkan sedikit garam dan juga beberapa titis pewarna kuning, masakkan dengan mengacau selalu dengan api yang sederhana dan agak memekat sedikit.
Padamkan api dan hidangkan panas atau sejuk.


Caramel Custard again request by Aishah..

Assalamualaikum...

Selamat pagi Ahad untuk semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking, harap anda semua sehat sejahtera pada hari ini..apa rancangan anda hari ini...mesti ada yang bercadang untuk masak yang agak special kot sebab maklum pada hari minggu semua anak2 ada dirumah seronok dapat makan beramai2kan.  Saya pun tengah terfikir2 nak masak apa...mungkin yg simple ajer tapi adik saya bedah ada dia lagi pakar dalam masak-memasak nie... Rasa macam nak buat sedikit kueh tengok kat pantry n fridge macam2 bahan kueh ada tapi masya Allah bukan lah berapa nak rajinkan...hehehe tengoklah kalau menjadi nanti saya masukkan entry...lagi pun ada lagi resepi tertungguk yg nak saya masukkan di blog ini.. tungguuu yer kawan2 hehe..

Ok lah pagi ini saya sekali lagi nak kongsikan resepi puding Caramel Custard yang saya buat semalam yang ini request dari anak saudara saya Aishah..sedap bila makan puding nie sedang2 jer manis dia kalau nak makan dengan buah2 coctail atau pun pisang yang di goreng togel dengan sedikit butter pun sedap tau..nanti saya tunjukkan gambor pisang tu ok..jom kita semak resepi ulang tayang caramel custard nie ok..



Caramel Custard

Bahan-bahan:
1 tin susu cair - 400gm
5 biji telur -gred A
1/2 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung jagung - (kali nie saya guna tepung custard -hehe dh ada)
1/2 cawan air
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan gula pasir - untuk buat caramel

Cara:
1. Gula pasir yang 1/2 cawan dibuat caramel dengan cara masak atas api kecil biar sebentar bertukar warna keemasan dan gula mencair, jangan sampai dia hitam jika gula mencair kacau dengan senduk kayu dan terus padamkan api dan tuang ke dalam loyang.  Atau boleh juga buat macam saya masukkan 1/2 cawan gula di dalam loyang letakkan diatas api yang kecil dan kacau dengan senduk kayu bila gula mencair dan bertukar warna keemasan tutupkan api.  Biarkan ia mengeras dalam loyang.
2. Panaskan kukusan dahulu, dalam satu bekas masukkan gula dan telur pukul dengan whisk hingga gula hancur dan sebati masukkan, susu cair, air dan tepung custard yang dibancuh dengan sedikit air, masukkan juga esen vanilla dipukul sedikit cukup sekadar adunan rata.
3. Masukkan adunan yang telah dibancuh dalam loyong yang berisi caramel / gula yang diperangkan sedikit tadi. Kukus selama 1/2 jam.
4. Sejukkan dulu baru keluarkan dari loyang, potong dan hidangkan.  Lebih enak jika dimasukkan ke dalam peti sejuk terlebih dahulu..Selamat mencuba.

inilah pisang goreng togel dengan butter yg saya makan dengan caramel custard tu..sedap

Saturday, January 28, 2012

Stuff Tofu@Tahu Tulip@Tahu Teratai@Tahu Bersumbat Goreng...semua sama daa.....

Assalamualaikum...

Selamat malam semua, malam minggu nie mungkin ada yang berjalan tengok wayang atau ke pusat membeli belahkan.  Saya jarang2 berjalan di sebelah malam selalu kalau nak ke mana2 sebelah siang ajer tu pun ikut mood juga kalau rajin.  Sama lah jugak macam menulis diblog nie kalau rajin tulis kalau tak rajin..buat donno jer..hehehe boleh eks macam tu..sebelum saya terus merapu baek lah saya menulis resepi yang penah juga saya masukkan sebelumnya kira ulang tayanglah tapi yang kali ini saya buat tadi siang..biasalah sesuatu makanan yang kita atau warga umah kita suka jadi berulang la buat yang pentingnya sedap dianak tekak kita kan so tak kisahlah berapa kali nak buat....

Jom kita tengok resepi di bawah:



Stuff Tofu @ Tahu Tulip

Bahan-Bahan:
40 keping tahu pok - di belah atas cross (silang) guna gunting dan korek isinya serta terbalikkan
(isinya disimpan untuk campur dengan inti)
Bahan untun Inti:
5 keping tahu lembut - dilecek
semangkuk isi udang - didadu
2 biji bawang besar di dadu halus
5 ulas bawang putih - dicincang/tumbuk
1 camca teh minyak bijan
1 camca teh serbuk lada putih
sedikit garam
2 pokok daun bawang dan sup - dihiris halus
sedikit minyak untuk menumis rencah sahaja.

Cara:

1. Sediakan inti dengan cara panaskan 2 sudu makan minyak masak tumiskan bawang dadu dan bawang putih sehingga wangi dan layu, masukkan isi udang yang dicincang, lada sulah, minyak bijan dan sedikit garam, tak perlu masukkan air. Balik2kan rendah sehingga udang masak dan terus padamkan api.
2. Tahu lembik yang dilecek boleh ditapiskan dengan penapis santan atau bakul penapis sehingga air lebihan tahu habis (sebab tahu lembik banyak air dan perlu di buang airnya)
3. Dalam mangkuk adunkan tahu yang dilecek bersama bahan rencah yang di tumis tadi dengan daun bawang/sup yang dihiris halus,dan isi tahu pok yang dikorek tadi jangan lupa masukkan.  Letakkan sedikit sahaja garam, takut masin. gaul rata.
4. Ambil sebiji tahu yang telah siap diterbalikkan isikan dengan inti dan padatkan sedikit buat sehingga habis.
5. Gorengkan tahu dalam minyak sederhana panas sehingga keperangan dan agak garing, angkat dan tos diatas paper towel. Hidangkan panas bersama sos pilihan anda.
Tahu Tulip ini juga boleh dikukus jika tak mahu digoreng.  Kukuskan selama 10-15 minit.
Selamat mencuba.
Ini lah rupa tahu pok

Tahu yang siap di korek isi dan terbalikkan

nie yang dah siap digoreng..

Fried Spiral Pasta Cabonara With Asparagus...

Assalamualaikum...

Selamat hari sabtu dan berhujung minggu untuk semua, hari ini saya tak kemana2 seharian di rumah jadi dapatlah menjalankan aktiviti masak2 di dapur.  Sebenarnya hari ini merupakan ulangtahun perkahwinan kakak saya Hjh Siti Rashidah dan suaminya jadi kakak saya yang dipanggil Aiti oleh semua anak2 buah saya buat makan2 sikit di rumah petang tadi.  Saya dapat tugasan khas untuk mengoreng Pasta Spiral Cabonara yang saya gandingkan dengan Asparagus, Cendawan Tiram dan juga hirisan ayam sebagai perencah.  Oleh kerana sos canabora yang digunakan berasa lemak dan tidak pedas sesuailah untuk anak2 yang tak boleh makan pedas.

Di samping mengoreng Pasta Cabonara saya ada juga buat tahu tulip dan juga caramel custard yang nie atas permintaan anak buah saya Aishah.. anak2 buah saya semuanya memang suka makan caramel custard nie..macam tak jemu pulak mereka dengan makanan manis.  Disamping itu akak saya Aiti bawak ayam goreng, wantan goreng (yang nie x sedap) kalau saya buat mesti lagi sedap..hehe perasan la pulak saya, ada juga kentang putar dengan brown sauce (sedap) nanti saya sharekan resepinya kalau ingat, coleslaw dan juga fish ball yang digoreng dicucuk pada lidi dengan timun, adik saya bedah pulak masak Makaroni goreng pedas, yang ini untuk orang dewasa sebab pasta cabonara tu tak pedas, dan pisang goreng togel dengan butter yang dimakan dengan susu cair. Macam2 betul makanan yang ada makan sedikit sahaja dah terasa kenyangnya.

Ok lah asik bercerita tentang makanan ajer mesti anda semua boring nanti, jom kita semak resepi Pasta Cabonara Goreng yang mudah ini nama dia xtau nak letak apa jadi saya letak jer nama omputih dia...hehe...


Fried Spiral Pasta Carbonara With Asparagus

Bahan-bahan:
400 gram Pasta Spiral - direbus hingga masak dan toskan airnya
1 tin sosCabonara
semangkuk dada ayam - dihiris
1 cawan asparagus - dihiris 1 inci
1 cawan cendawan butang - di hiris (saya gantikan cendawan tiram)
12 ulas bawang merah - dihiris
6 ulas bawang putih - dihiris
1/2 camca teh serbuk lada putih
secukup garam
1 1/2 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang  merah dan bawang putih yang dihiris hingga layu dan berbau harum, bila agak keperangan masukkan ayam balik2kan. Masukkan air,
2. Biarkan sehingga  ayam agak empuk dan kuah mendidih. Masukkan pula asparagus dan cendawan, gorengkan sebentar dan masukkan pula garam dan serbuk lada sulah serta pasta.
3. Gorengkan sehingga pasta dan kuah sebati, ia akan jadi kering sedikit tapi tak mengapa sebab memang buat pasta goreng bukan jenis yang berkuah.
4. Rasakan kesesuaian rasa dan padamkan api.  Hidangkan.
Antara hidangan yang disediakan

yang nie utk budak2 kenit

sedap kentang putar nie macam kat mcdonald punya..

coleslaw buat sendiri mmg lg lemak berkrim..hehe

Pisang Goreng Togel gan Butter makan gan susu cair sedap..
dah kebawah lak pic yg nie..

Friday, January 27, 2012

Gulai Ikan Santan Berlada...

Selamat sejahtera semua...

Pagi tadi saya dah masukkan entry Nasi Dagang Berlainan Sedikit tapi makan Nasi Dagang kena la ada laukknyakan.  Saya ganduingkan Nasi Dagang saya bersama Gulai Ikan Santan Berlada  gulai ni sesuai untuk dimakan bersama Nasi Dagang atau pun Nasi Putih.

Jom kita semak resepi di bawah:


Gulai Ikan Santan Berlada

Bahan-Bahannya:

8-10 keping (potong) ikan kegemaran anda saya gunakan ikan bawal dan juga ikan tongkol putih
Perap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng embal
1 cawan cili kering - di rendam dan dikisar halus
10 ulas bawang merah - dikisar  halus
4 ulas bawang putih - dikisar halus
2 batang serai dikisar halus
1/2 inci kunyit hidup dikisar halus
1 inci halia dikisar halus
2 keping asam gelugor
500ml santan pekat (dari sebiji kelapa)
500ml santan cair
sedikit garam

Cara:
1. Masukkan bahan-bahan yang dikisar halus ke dalam periuk bersama santan cair, kacau sehingga mendidih.
2. Masukkan santan pekat, kacau selalu lauk gulai supaya tidak pecah santan, masukkan pula asam gelugor. Masukkan ikan dan perisakan dengan garam masakkan sehingga agak pekat sedikit. Kalau suka boleh juga dimasukkan beberapa biji cili api dalam lauk gulai ini. Sesuai untuk dihidangkan bersama Nasi Dagang atau Nasi Putih.

Selamat Mencuba..