Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Tuesday, October 14, 2014

Tempura Broccoli ..

Satu lagu entry ringkas yang sangat mudah dan cepat untuk memasaknya..bagi mereka yang suka masakan ala jepun iaitu tempura bolehlah cuba sayuran yang digoreng dicelupkan dengan bancuhan tepung.  Selain dari sayuran  seperti broccoli, cauliflower, terung, carrot, cendawan atau apa2 jua sayuran yang sesuai di goreng tempura makanan laut seperti udang, sotong juga sedap digoreng begini..makan pula waktu petang dicicah dengan sos cili atau apa2 sos yang anda gemari bersama secawan kopi panas..pehhhh sungguh indah minum petang yang saya imaginasikan ek..muahahaha..apa2 jer lah..yang pastinya tak ada apa2 untuk minum petang di opis waktu begini melainkan biskut kering..verangan sahajalah wahai cik leha..jom arr kita tengok bahan2 di bawah, buatnya masa 3 ke 4 hari lepas..

Tempura Broccoli

Bahan-Bahan:

2 kuntum broccoli - potong kecil flowerret
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan - tepung beras
sedikit garam
3/4 cawan air - dicampurkan beberapa ketul ais
minyak untuk mengoreng terendam
sos cili atau apa2 sos pilihan anda, mayonis, thousand island atau so lain.

Cara:
1. Potong broccoli dan basuh bersih serta direndam dalam air garam sebentar
2. Buat batter tempura dengan mencampurkan tepung gandum dan tepung beras kedalam
mangkuk beserta sedikit garam.  Masukkan air berais tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau
hingga rata, adunan batter jangan terlalu cair atau pekat macam nak buat goreng pisang.
3. Panaskan minyak dan gorengkan broccoli yang dicelupkan di dalam batter, goreng hingga warna
keperangan dan garing, angkat serta toskan. Hidangkan panas bersama sos cili atau sos kegemaran anda..cubalah sedap.

Ayam Masak Merah Tomato

Salam Selasa untuk semua...entry ringkas jer xder mukadimah2 hari ini nak kongsikan resepi yang sepatutnya saya masukkan semalam sebab semalam agak tak sempat so masukkan resepi Nasi Tomato aje hari ini kita tengok lauknya pulak ekk..Jomlah kita semak resepi di bawah..

Ayam Masak Merah Tomato

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam sederhana - dipotong kecil
1 cawan cili kering di rebus dan kisar halus
2 labu bawang besar - dikisar halus
4 ulas bawang putih - dikisar halus
1 1/2 inci halia - dikisar halus
2 batang serai dititik
200 gram tomato puree (saya guna jenama kimball)
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukupnya
minyak untuk mengoreng ayam dan menumis
Sedikit air dlm 3/4 cawan
sedikit tomato ceri sebagai hiasan

Cara:

1. Ayam yang telah dibersihkan dan dipotong kecil di gaul bersama sedikit garam dan serbuk kunyit dan di goreng embal angkat dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali tumiskan bahan2 yang dikisar halus sehingga naik minyak dan agak garing masukkan sekali serai. Masukkan juga gula dan tomato puree, balik2kan sehingga likat dan cantik bahan2 yang ditumis
3. Masukkan pula sedikit air bila tumisan dah mendidih masukkan pula ayam dan masaklah sehingga lauk ayam tomato agak pekat dan perisakan dengan sedikit garam kalau mahu masukkan perasa aji atau atau apa2 perisa pasti sedap pun boleh.  Hiaskan dengan sedikit tomato ceri kalau suka dan hidangkan bersama Nasi Tomato panas dan nasi2 lain yang bersesuaian.


nie lah nasi tomato yang digandingkan gan ayam masak merah tomato..



Monday, October 13, 2014

Nasi Tomato & Ayam Masak Tomato...

Assalamualaikum..salam Isnin untuk semua kawan2 dan pengunjung ZLC..apakabar kawan2 semua diharapkan sihat2 belaka, semalam macam2 peristiwa berlakukan akibat hujan yang agak lebat dan ribut kencang walaupun hanya setengah jam telah mengakibatkan banyak pokok2 yang tumbang di sana sini, bumbung2 melayang berterbangan dan yang agak menyedihkan ada runtuhan jejantas pejalan kaki di Jalan Skudai berdepan Taman Kobena, JB.  Bila tengok keadaan runtuhnya bumbung jejantas yang menghempap beberapa kenderaan yang sedang lalu lalang di situ kesiannya..Oklah kita tinggalkan dulu cerita ribut dan angin kencang semalam sebab hari ini saya nak kongsikan dengan kawan2 resepi Nasi Tomato berserta lauknyer nan satu aje sebab saya padankan dengan ayam masak tomato aje makan lah dengan acar buah jeruk madu, timun dan tomato segar serta popadum jadilah kan yang nak makan pun orang bujangkan dan diagih2kan mana yang patut,,, so xderlah kari2 bagai n dalca cukuplah apa yang ada..sebenarnya nak masak pada hari raya haji lepas tapi di postpone ke seminggu berikutnya jumaat lepas..jom kita semak resepi mudah di bawah ini ek..

Nasi Tomato 

Bahan-Bahan:

4 cawan Beras Basmathi - (saya guna Moghul Faeza - direndam 30 minit)
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 labu bawang besar - dihiris nipis
6 ulas bawang putih - dihirs
2 inci halia - di hiris halus batang mancis
200 gm tomato puree
2 biji tomato segar - didadu
2 batang kecil kayu manis
5 biji cengkih
4 biji buah pelaga
2 bunga lawang
100 gram butter (boleh juga guna minyak sapi)
1/2 cawan minyak masak
setengah cawan daun ketumbar - dihiris (saya tak ada gantikan daun pudina)
2 helai daun pandan - disimpul
secukupnya garam.

Cara:

1. Panaskan periuk nasi rice cooker di atas dapur gas, masukkan minyak masak bersama butter, bila butter dah mencair masukkan bahan2 penumis,kayu manis, cengkih, buah pelaga, bunga lawang tumis sehingga berbau harum. Masukkan pula bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris halus.
2. Tumiskan sehingga bawang2 semua agak layu dan berbau harum. Masukkan pula tomato puree dan diikuti tomato segar yang didadu.  Setelah semua bahan tumisan naik minyak masukkan air dan daun pandan, biarkan sehingga mendidih.
3. Bila dah mendidih masukkan susu cair dan seterusnya masukkan beras. setelah masukkan beras biarkan mendidih sebentar dan masukkan pula daun ketumbar dan bila nak mengering boleh alihkan periuk nasi ke dalam rice cooker tekankan butang cook dan biarkan nasi tanak seperti biasa. Bila dah bertukar ke keep warm bolehlah buka periuk nasi dan kacau sedikit.
4. Biarkan nasi tanak seketika dalam 10 minit lagi dan bila siap bolehlah dihidangkan bersama lauk2 yang bersesuaian.  saya cuma hidangkan bersama ayam masak tomato dan acar buah jeruk madu. Kalau ada dalca pun sedap jugak.. Selamat mencuba..

Ayam Masak Tomato..


Sunday, October 12, 2014

Ku cari damai di hati..Damai ler jugakk..

Salam..kawan2 ni entry tertunggak @tertonggeng sebab dh lama nak masukkan entry x masuk2 macam x cukup waktu jer konon2nyer lah.sebenarnya saya ke Damai Beach Resort Desaru pada cuti hari  Hari Malaysia bulan september lepas..saje bawak anak2 buah saya jalan2 sebab memang dah lama nak bawa mereka.. Kebetulan pula cuti sekolah jadi dapat lah Yeyed yang tinggal di Asrama ikut sama..Aina n Sara dan ibu mereka.  Ikin pun ikut juga.. bila pergi beramai2 memang seronok sambil2 tengok anak2 mandi kolam dapat juga ke tepi pantai..untuk sesiapa yang nak cari destinasi bajet yang tak berapa mahal dan tempatnya boleh tahan menarik bolehlah datang ke sini.. Jomlah tengok gambar2 yang sempat saya snap ekk..banyak yang boleh di ceritakan tapi..tengok gambar jerlah ek..lain kali mungkin nak buat family day di sini jugak..









Garlic Butter Spread ~~buat sendiri..

Assalamualaikum..salam ahad untuk semua pengunjung2 ZLC yang saya kasihi..selamat berhari minggu kawan2 seronoknya bagi yang dapat bersantai di rumah atau berjalan2 hari ini kan..oklah x boleh nak jeles2 sangat sebab bekerja.. ada time terluang dapat gak jengah2 ke lelaman sesawang yang tidak diharamkan oleh bigbosskpm dah cukup baik..so hari nie akak nak kongsikan dengan sape2 yang suka makan garlic bread ala2 pizza hut atau domino pizza tu resepi nak buat garlic butter yang sangat mudah..kalau nak beli sapuan mentega berbawang putih (opps bahasa melayunya dh kuar) di pasaran agak mahalkan so jom kita buat sendiri dapat banyak jugak dan sedappp uolls x caya cer buat.. sapu atas roti perancis bakar dalam oven atau non stick pan..baunya semerbak serumah..wallahhhh.  Selalunya garlic bread digandingkan dengan mushroom soup kan tapi kalau kita makan dengan sup ke stew atau cicah kari pun sodappp tau kawan2 jom kita tengok bahan2 berikut:

Garlic Butter Spread

Bahan-Bahan:

150 gram - butter
4 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak zaiton @olive oil
Fresh Parsley - cincang
(saya x der daun parsley so gantikan dengan 1/2 camca teh dry oregano)
Sedikit garam (jika guna unsalted butter)

Cara:

Panaskan olive oil dalam non stick pan, masukkan bawang putih cincang dan balik2kan sehigga bawang putih berbau harum dan layu tak perlu sampai garing.
Masukkan butter dalam mangkuk dan kacaukan dengan sudu hingga lembut masukkan bawang putih yang di layukan tadi bersama olive oil, masukkan juga dry oregano dan garam sedikit, kacau rata. tujuan masukkan olive oil ke dalam garlic butter kerana ianya tidak mudah mengeras bila masukkan dalam fridge, simpan dalam fridge boleh tahan sehigga 2 minggu, bila nak buat garlic bread sapukan sahaja di atas roti dan bakar. Atau bila nak makan steak letakkan garlic butter atas steak, kalau nak letak pada sayuran yang di kukus atau rebus pun boleh..pehhh banyak pulak idea. Try tau kawan2.


nie ler rupa daun parsley yg saya x ada tu..

Thursday, October 9, 2014

Sambal Cili Padi Ikan Bilis dan Petai..

Salam..selamat petang kawan2 semua sekali lagi saya bersiaran di hari khamis ini.. kali ini nak kongsikan dengan kawan2 resepi mudah yang sedap di makan bersama nasi putih panas2 atau ubi rebus..huhuhu mana nak cari ubi rebus time2 gini..sedapkan dapat makan ubi rebus gan sambal cili padi ikan bilis..petai sebagai penyedapnya..pehhh petai lagi selagi stok petai ada..hihihi..Jom tengok resepi di bawah:

Sambal Cili Padi Ikan Bilis dan Petai

Bahan-Bahan:

Cili padi hijau - 1/2 mangkuk tafufa (lebih lurang 35 - 40 btg) kalau nak pedas boleh campur dengan cili padi kampung *
1 labu bawang besar*
1 inci belacan *
2 labu bawang besar di hiris nipis
1 cawan ikan bilis
1 piring petai (dalam 3 papan gitu)
1 keping asam gelugor
1 1/2 sudu makan gula
sedikit garam
dan sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Mula2 gorengkan ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
2. Bahan2 yang bertanda * cili padi, bawang dan belacan di tumbuk kasar (saya guna blender tapi tekan butang pulse so tekan sekejap2 supaya cili api tak berapa halus. (air guna sikit sahaja utk blender kasar seperti ini)
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bahan2 yang telah diblender kasar tadi tumiskan sehingga agak garing dan naik minyak. Masukkan pula bawang besar, balik2kan sehingga cili dan bawang menjadi agak garing dan keperangan. Masukkan pula asam keping, dan petai.
4. Setelah di balik2kan sebentar masukkan pula gula pasir dan perisakan pula dengan sedikit garam.
Akhir sekali masukkan ikan bilis yang di goreng garing tadi, tinggalkan sedikit untuk hiasan di atas diatas sambal bila menghidang. Siap untuk di nikmati bersama nasi putih panas atau dengan ubi rebus.

* Bila ada sambal macam nie dah tak pandang lauk lain lagi saya...sedapp cuba tau kawan2..

lawan sambal cilipadi nie gan ikan terubok asin goreng bawang bercili..pehhh terbaikkk


menikmati nasi panas gan sambal cili api bilis petai..

Acar Buah Jeruk Madu...sedappp

Salam semua...apa kabar kawan2 hari nie..semoga sihat hendaknya ya.. hari ini saya nak berkongsi dengan kawan2 sejenis resepi warisan yang dikenali sebagai acar yang seringkali digandingkan dengan nasi minyak atau nasi bertumis lainnya seperti nasi briyani, nasi tomato, nasi arab atau  makan dengan nasi putih panas2 pun sedap... resepi acar ada bermacam2 versi ada yang mengunakan buah2 jeruk yang kering tapi ada juga yang menggunakan jeruk buah yang basah..macam yang saya buat kali ini..saya gunakan jeruk madu jenama Pak Ali dari Pulau Pinang.. jeruk Pak Ali memang terkenal sebab ianya sedap dan tak batuk kalau makan...ada sesetengah buah jeruk kalau makan terbatuk2 kita dibuatnya..tapi yang ini memang kompem sedap tau kawan2 sebab tu saya berani nak buat acar..Jom lah kita tengok bahan2 yang diperlukan seperti di bawah:

Acar Buah Jeruk Madu

Bahan-Bahan:

1 kg - buah2an campuran Jeruk Madu - (Kalau terdalat buah mangga yang agak panjang boleh di potong 2)
1  1/2 cawan - cili kisar (cili kering yang direbus dan dikisar halus)
30 biji bawang merah - kalau agak besar belah 2
20 ulas bawang putih
4 inci halia muda - dihiris batang mancis halus
20 batang cili padi merah & hijau (saya tak ada gantikan cili merah hidup 8- 10 batang)
1 cawan buah kurma - di buang biji  dan belah 2
3 sudu makan biji selasih - di sangai sebentar dan kisar kering
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan cuka masakan (saya guna jenama jalen)
1/2 - 3/4 cawan air dari jeruk madu (jangan dibuang boleh dimasukkan sekali)
Untuk bahan tumis
2 labu bawang besar - dihirs halus
8 ulas bawang putih  - dihiris halus
minyak masak untuk menumis - lebih kurang 1 1/2 cawan
dan sedikit garam (jangan takut termasin pula nanti)

Cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk, bila minyak dah panas tumiskan bawang besar hiris dan bawang putih hiris hingga agak kekuningan dan berbau harum, masukkan pula cili kisar, tumis sehingga pecah minyak, masukkan 3 sudu makan biji sawi yang diblender kering dan masukkan juga gula pasir.
2. Bila bahan2 yang ditumis dah agak berwarna merah pekat dan likat masukkan cuka dan air jeruk madu tadi. Kacau2 sehingga mendidih masukkan pula halia hiris halus diikuti buah2an jeruk.
3. Last sekali baru di masukkan bawang merah dan bawang putih dan juga cili api.  Saya tak ada so masukkan cili merah hidup.  Masak dengan api yang kecil dan balik2kan angaran 20 minit. Sejukkan dahulu baru boleh disimpan di dalam bekas kedap udara botol atau tupperware.  acar ini tahan sangat lama 2 - 3 bulan  jika gunakan sudu yang kering. dan kalau masuk dalam fridge boleh tahan setahun.. cubalah memang sedap... (kalau acar buah kering pula tahan lagi lama bertahun rasanya.)
yang ini acar buah jeruk

yang ini pula acar buah kering

Wednesday, October 8, 2014

Cekodok@Jemput2 Kelapa..

Assalamualaikum...

Salam Rabu untuk kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi...apakabar? semoga kalian semuanya sihat dan ceria hari ini, kalau ada yang tak berapa sihat tu jangan lupa makan ubat tau..cewah saya nie mengingatkan kawan2 pulak ada kalanya saya sendiri pun kurang sihat almaklumlah bila umur dah meningkat remaja nie kan..huhuhu...remaja lah sangat kannn... hari ini pagi lagi tekak saya nie teringin nak makan jemput2 kelapa sebab dah lama x makan jemput2 @ cekodok air tangan sendiri kan..jadi kugagahi juga la untuk membuat jemput2 kelapa..tapi kalau nak dimakan begitu sahaja kurang bestkan so saya juga buatkan sambal tumis bilis yang saya indahkan sedikit dengan petai..eksotic gitukan makan petai di pagi hari..siaplah baunya...tapi yang penting harus beringat jangan dimakan banyak2..pesanan untuk diri saya sendiri tau..bukan untuk sape2..
Jom lah  kita semak resepi sarapan orang melayu dolu2 nie ekk rasanya yang lemak2 memang sedap tau kawan2,,

Cekodok @ Jemput-Jemput Kelapa

Bahan-Bahan:

2 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa parut muda putih
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
1 3/4 cawan air
minyak masak untuk goreng terendam

Cara:

1. Masukkan tepung gandum, kelapa parut putih dalam mangkuk masukkan juga baking powder dan garam, kacau rata masaukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan sebati dan adunan jemput2 ini haruslah tidak terlalu cair atau pekat.
2. Biarkan sebentar adunan dalam 10 minit, panaskan minyak masak dalam kuali masukkan adunan jemput2 menggunakan sudu atau boleh juga dijemputkan dengan jari dan gorenglah anggaran 7-8 biji sekali mengoreng. Balik-balikan sehingga jemput agak garing berwarna kuning keemasan. Angkat dan toskan.  Bolehlah dihidangkan panas bersama sos pilihan anda atau sambal tumis, makan dengan acar buah jeruk macam yang saya suka pun sedapp..cubalah..




Tuesday, October 7, 2014

Udang dan Sayuran "Pan Grill" & Salad Kentang...



Salam Selasa dan salam ceria buat anda semua...hari ini nak masukkan entry ringkas masakan ala2 omputih ler konon2nya..apa kata orang membirukan mata hitamku...sebenor2nya semalam pagi saya buatlah potato salad ada request dari sahabat selepas hari raya korban..ingatkan nak padankan salad kentang ala2 omputih  tu dengan kambing bakar yang sahabat saya nak bawak tapi ternyata tipah tertipu u..hu alohhh hihihi tapi tak menjadi hal sebab saya pun bukannya boleh makan daging kambing sangat cuma kalau dah jumpa tidak menolak..huhuhu ayat versi lidah org x sedor diri..   muahahaha... jadinya kemenjadiannya semalam saya buatlah udang yang dimasak @balik2kan dalam non stick pan berserta sayur-sayuran segar juga di pan grill kan gaya ala2 polos dengan minyak zaitun..so agak sihat jugaklah walaupun ternampak minyak2 tapi tak menyeramkan sebab minyak zaitun @ olive oil tu memang bagus kalau di makan atau dimasukkan dalam masakan.. agak panjang jugak ekk saya merapu hari ini...harap maafkan yer kawan2...jom kita lihat resepi mudah di bawah..


Udang & Sayuran Pan Grill

Bahan-Bahan

8 ekor udang - sederhana dibersihkan potongkan sedikit hujungnya dan ekor yang tajam
perap sebentar bersama secubit garam dan sedikit lada sulah
1 labu bawang besar - dihiris kasar
1/2 batang timun jepun - dipotong kasar 4 cm
1/2 batang karet - dipotong kasar 4 cm
1/2 lada capsicum kuning dan hijau - di dadu kasar
1 biji tomato segar di potong baji @wadges
1 sudu makan sos tiram
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam (kisar kasar)
sedikit serbuk pati ayam
minyak zaitun secukupnya

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam non stick pan, bila minyak zaitun dah panas masukkan bawang besar yang di hiris kasar balik2kan sehingga layu (caramelize ) kalau tak suka bawang xpayah letak.. ketepikan masukkan pula udang yang telah diperap sebentar bersama sedikit garam dan lada sulah tadi, balikkan dan masakkan sehingga udang bertukar warna masukkan pula sesudu makan sos tiram, Alihkan ke dalam pinggan udang dan bawang besar.
2. Dalam kuali yang sama masukkan kesemua sayur2an. balik2 kan x perlu sampai sayuran layu, taburkan dengan sedikit serbuk pati ayam dan lada hitam yang dikisar kasar berserta sedikit sahaja garam. tomato di masuk akhir sekali, balik2kan sebentar dan padam api.
3. Untuk menghidang letakkan bawang sebelah sudut pinggan diatasnya diaturkan dengan udang 4 ekor dan setengah dari sayuran tadi.  Hidangkan bersama salad kentang mayonis.. sedap tau kawan2 cubalah.. dapat dua hidangan.

Salad Kentang

Bahan-Bahan:

5 biji kentang sederhana besar - cuci bersih di potong 2 dan rebus hingga empuk
4 sudu makan  besar mayonis - saya guna jenama kimball
1 camca teh serbuk pati ayam
1/2 camca teh serbuk lada hitam kisar kasar
sedikit garam dan gula untuk perisa.

Cara:

1. Kentang yang direbus empuk di siatkan kulit dan di potong kiub sederhana
2. Masukkan kentang dalam mangkuk bersama mayonis, serbuk pati ayam, lada hitam kisar kasar
garam dan gula secukup rasa, semua bahan di gaul rata. Boleh sejukkan dahulu salad kentang dalam peti sejuk atau boleh di makan tanpa disejukkan.  Hidangkan bersama udang dan sayur pan grill atau ayam panggang atau makan begitu sahaja.  sedapppp..lebih sejuk lebih sedap salad nie kawan2..hihihi.


Monday, October 6, 2014

Apam Balik Inti Kelapa & Jagung ~ Lembut dan Sedap...

Assalamualaikum...

Salam Isnin 6 Oktober 2014 bersamaan 12 Zulhijah 1435H.  Selamat Hari Raya Haji pada semua pengunjung ZLC yang saya kasihi...hari ini dah masuk hari kedua Hari Raya Haji.. ada yang masih bercuti yer kawan2..dan macam saya pula dah naik bekerja..almaklumlah cuti hari raya haji nie sehari sahaja..mood nak beraya tu masih ada lagi tapi apakan daya...keje tetap kena keje..semangat2 cik leha jangan nak malas2..hihihi... Camner kawan2 semua dapat banyak daging korban ke..kalau ada daging korban sedapnya boleh masak macam2 ekk buat sup sedang, buat rendang sedap, goreng lada hitam ke goreng kunyit pun sedap, masak stew atau masak merah pun sedap, buat asam pedas atau masak ala2 minang atau gulai kawah pun ok..opsss sungguh panjang citer pasal daging korban nie..kita stop dulu disini ok..sebab saya nak kongsi dengan kawan2 semua resepi apam balik yang amat2 sedap dan lembut..yang berintikan kelapa parut muda lemak2 manis masin dan juga jagung krim..jom kita tengok resepi mudah di bawah ini...sebelum ni saya ada buat apam balik Disini dan sini . Kali nie buat atas permintaan si kenit Aina Arissa yang nak apam balik.. tapi bukan aina jer yang suka mak j dan yang lain-lain pun suka gak..

Apam Balik Inti Kelapa & Jagung

Bahan-Bahan:
3 cawan tepung gandum
1 sudu makan rata baking powder
1/2 sudu makan rata bicarbonate of soda
2 sudu teh gula
2 sudu makan butter
4 sudu makan susu tepung
1 biji telur di pukul sedikit
3 cawan air
secubit garam
secukupnya butter utk sapu di atas apam balik

Bahan Inti
2 1/2 cawan kelapa parut putih (kalau dapat kelapa muda lagi sedap)
4 sudu makan penuh gula pasir
sedikit garam
jagung ala krim dalam tin sekucupnya

Cara:
1. Mula-mula sediakan bahan inti kukuskan sebentar kelapa parut,keluarkan dan sejukkan sebentar baru digaulkan dengan gula pasir serta sedikit garam,
2. Untuk menyedikan adunan apam balik, masukkan tepung ke dalam mangkuk bersama baking powder, bicarbonate of soda, butter, gula pasir, telur  dan secubit garam, masukkan air sedikit demi sedikit dan digaul rata, boleh kacau adunan gunakan whisker hingga rata dan tidak bergentel.  Biarkan adunan sebentar dalam 15 minit.
3. Panaskan non stick pan, lenserkan dengan sedikit butter untuk keping yang pertama seterusnya tak perlu lenser butter pada pan, masukkan dalam anggaran 1/2 cawan adunan apam balik dan biarkan dengan api yang perlahan sehingga permukaannya berlubang2 dan bila agak mengering terus taburkan dengan kelapa muda kukus tadi yang telah digaul bersama gula dan garam, dan taburkan juga dengan jagung dalam tin gunakan hujung sudu setompok2 ikut banyak mana yang kita suka.
4. Lihat bahagian bawah apam balik bila dah berwarna coklat cantik lipat kan dua, alihkan ke atas pinggan dan terus di sapu permukaan apam balik dengan butter. Buatlah sehingga habis ukuran apam balik yang saya buat ini dalam 5 inci, bila hendak menghidang boleh dipotong 2 atau 3. makan panas sedap tapi bila dah sejuk pun masih lembut lagi...cuba lah..

Wednesday, October 1, 2014

Tortilla Daging Burger n Salad

Assalamualaikum...

Salam Rabu untuk kawan2 dan pengunjung ZLC, hari ini saya nak masukkan satu entry masakan ringkas..yang boleh dibuat breakfast ke minum petang atau makan malam ke atau bila2 masa boleh.. resepi ala-ala omputih nie memang agak mengenyangkan sebab kulit tortilla tu ala2 roti capati nipis diletakkan pula inti yang digemari daging ke, ayam ke tuna ke bersama sayuran di bungkus n dingap..kenyang sampai tengah hari.  Ok lah kerana resepinya mudah sahaja jomlah kita tengok bahan2 yang diperlukan.

Tortilla Wrap With Beef n Salad

Bahan-Bahan:

Tortilla Wrap secukupnya - saya guna Potato Tortilla wrap 2 keping
Daging Burger Ramly - 2 keping
1 labu bawang besar - di hiris bulat
Daun Salad -secukupnya
Hirisan Timun - secukupnya
Hirisan Tomato - secukupnya
Sedikit butter
Secukupnya mayonis
Secukupnya sos cili

Cara:

1. Mula-mula untuk sediakan inti panaskan sedikit butter dalam non stick pan masukkan bawang besar yang dihiris, balik2kan sehingga bawang agak layu dan angkat. Baki butter dalam pan tadi masukkan daging burger, masak hingga daging burger masak rata di kedua2 belah dan dipotong 2.
2. Tortilla wrap di panaskan sebentar menggunakan non stick pan yang bersih, dan diangkat.
3. Untuk penyediaan tortilla wrap ambil sekeping tortilla wrap dan di potong dua, susunkan sayuran2
di atas tortilla daun salad, hirisan tomato, hirisan timun, daging burger dan sedikit bawang besar yang digoreng layu tadi, drizzle kan sedikit mayonis dan sos cili. gulungkan dan hidangkan.  Boleh dapat 4 gulung tortilla wrap ini..sedap cubalah yer kawan2..