Assalamualaikum...
Salam petang untuk semua...dah minum petang ke tentu sudah kan sebab dah nak masuk waktu senja pun...saya petang tadi buat tempe goreng yang dimakan dengan sambal kicap untuk minum petang. Kalau sebut tempe nie memang sangat sinonim dengan penduduk johor yang ratanya orang jawa yang gemar memakan tempe..bukan sahaja orang jawa yang tak jawa seperti saya nie pun memang gemar makan tempe yang sangat kaya dengan kandungan protin kerana diperbuat dari kacang soya..cuma saya belum ada kesempatan nak belajar buat tempe sendiri sahaja. Kalau adik saya bedah yang kahwen dengan suaminya orang jawa Muar memang pandai rasanya buat tempe mungkin dia penah belajar dengan mertua atau sedara maranya...nantilah saya tanyakan sebab teringin gak nak buat tempe sendiri..hehehe berangan ajer saya kan...tapi kalau menjadi insyaAllah boleh saya kongsikan pula ilmu membuat tempe disini...
Oklah takmau bercerita lanjut sebab dah nak magribkan teruslah kita semak resepi tempe goreng garing ini bersama sambal kicap cili padi.
Tempe Goreng Garing..
Bahan-bahan:
10 bungkus size kecil tempe - dihiris agak tipis
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan majerin
2 ulas bawang putih - dicincang halus
sedikit serbuk kunyit
sedikit lada sulah serbuk
sedikit garam
air secukupnya - >< anggaran 3/4 cawan (jangan terlalu cair atau pekat)
Minyak secukupnya untuk mengoreng tempe
Cara:
1. Bancuhkan kedua2 jenis tepung bersama majerin, serbuk kunyit, lada sulah, garam dan bawang putih cincang dengan air, masukkan air sedikit2 dahulu untuk pastikan bancuhan tepung tidak terlalu cair. Kacau rata hingga sebati sehingga adunan bergaul rata dan tidak bergentel.
2. Panaskan minyak dalam kuali, bila minyak dah panas masukkan tempe yang telah dicelop dalam bancuhan tepung dan gorenglah dengan api sederhana sehingga warna keperangan dan garing. Gorenglah 6-7 keping sekali mengoreng jangan terlalu banyak untuk dapatkan gorengan tempe yang tidak melekat dan garing.
3. Angkat tempe yang telah digoreng tadi dan toskan, letak di atas paper towel. Hidangkan tempe bersama
sambal kicap cili padi:
Bahan-Bahan Sambal Kicap Cili Padi:
25-30 biji cili padi - di buang tangkai
4-5 ulas bawang putih
2 sudu makan gula pasir
2 sudu makan jus limau nipis
3/4 cawan kicap manis - saya guna kicap kipas udang
Cara:
1. Cili padi dan bawang putih di goreng sebentar dalam minyak kena hati2 masa mengoreng sebab cili padi senang meletop, angkat dan toskan dalam penapis.
2. Masukkan cili padi dan bawang putih yang digoreng tadi bersama kicap, gula dan jus limau nipis ke dalam blender dan kisar. Masukkan dalam mangkuk dan sedia untuk dihidangkan bersama tempe goreng, goreng pisang, cendawan goreng, cekodok bilis atau apa2 sahajalah yang sesuai di makan bersama sambal kicap cili padi yang sangat umpphhh nie..pedas tapi sedap..cubalah.
No comments:
Post a Comment