Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, March 1, 2012

Cekodok Pisang Comel vs Cendol Durian...

Assalamualaikum...

Selamat petang khamis untuk semua...hari ini saya nak berkongsi resepi cekodok pisang comel...tapi naper pulak ada versus gan cendok durian tu eks...sebenarnya cendol durian tu saya gan adik angkat saya teacher su pi minum semalam petang...rasanya sangatlahhhh sedappp dalam portion yang agak besar mangkuk dia tu..cendolnya tak lah begitu rasa santan sangat saya rasa macam ada campuran susu cair pada ice yang diblend halus tu dengan syrup gula melaka dan yang sangat mengancam sekali kat hidangan cendol tu adalah paste durian yang dibuat sendiri oleh tuan punya gerai tu kot...terasa duriannya..dia frozen kan ala2 ice cream then bila dah disiapkan cendol tu di letakkan paste durian yang discoop dua jalur...kalau ada saper nak try pi la  gerai makan kat hutan bandar Johor Bahru yer..berhadapan dengan sekolah SAB...harga dia agak mahal sikit RM5 satu mangkuk tapi berbaloi la...rasa saya kalau musim durian mesti kat cendol tu di letak gan durian fresh lagi la terangkat kan...hehehe asik cerita cendol durian saya eks..jom kita semak resepi cekodok pisang comel...

Cekodok Pisang Comel...

Bahan-Bahan:

1 mangkuk pisang embun atau pisang lemak manis atau apa2 jenis pisang yang sesuai di buat cekodok (dilecek halus)
1/2 cawan gula pasir
tepung anggaran 3/4 cawan - tengok jangan banyak sangat tepung nanti keras adunannya..
1 sudu makan majerin
sedikit garam
minyak untuk mengoreng

Cara:
1. Gaulkan pisang yang telah dilecek bersama gula, majerin dan garam gaul hingga rata, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tengok pada adunan pisang tadi tak perlu terlalu banyak tepung nanti akan jadi keras.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali, jemputkan gunakan jari untuk dapatkan cekodok yang bersize sederhana comel dan bulat. Balik2kan sehingga masak dan warnanya sedikit kehitaman.
3. Angkat dan toskan letak atas paper towel..hidangkan panas2.



No comments:

Post a Comment