Assalamualaikum...
Selamat hari jumaat untuk semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking...hari ini saya sempat membuat sejenis kueh apam menggunakan pisang untuk sarapan pagi tadi...Kebetulan pula kat opis saya ada buat pot luck jadi saya sambil buat sayur goreng tahu tempe tu godek2 sekejap apam pisang yang saya agak2 ajer resepinya tapi alhamdulillah menjadi lembut dan sedap..
Jom kita semak resepi dibawah:
Apam Pisang...Lembut
Bahan-Bahan
4 biji pisang embun*
3 biji telur*
3/4 cawan gula*
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak*
1 cawan air*
1/2 c.teh bicarbonate of soda*
1 c.teh baking powder*
2 cawan tepung gandum
sedikit majerin/minyak untuk oles pada acuan apam
Cara:
1. Semua bahan yang bertanda* di blender hingga halus dan sebati. Tuangkan adunan yang diblender tadi dalam mangkuk masuk tepung dan di gaul atau pukul rata dengan mengunakan whisk
2. Panaskan kukusan terlebih dahulu, oleskan acuam apam sama ada acuan yang kecil atau loyang pun boleh dengan sedikit majerin atau minyak. Masukkan 3/4 adunan dan kukus selama 1/2 jam. Keluarkan dari acuan dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment