Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Wednesday, March 21, 2012

Cheesy Trifle with Chunky Oreo...


Salam petang untuk semua sekali lagi saya bersiaran untuk hari ini dan sebagaimana yang dijanjikan tadi saya nak masukkan entry yang saya buat tadi pagi..sebenarnya tak mengikut resepi mana2 cuma agak2 dan godek2 maka terhasil pencuci mulut ala inggeris yang tak berapa nk menjadi nie tapi rasanya tetap maintain sedapppp weiiii cuma laen kali kalau buat lagi saya nak kurangkan kemanisannya...ok tak mau bercerita panjang2 jom kita semak resepi ringkas ini yang mudah disediakan dan enak dimakan....

Cheesy Trifle with Chunky Oreo...

Bahan-Bahan:

250 gm cream cheese - saya guna cream cheese philidephia
1 1/2 cawan whipping cream
3/4 cawan gula castor - (lain kali saya nak kurangkan 1/2 cawan sahaja supaya  xberapa manis)
1 camca teh esen  vanilla
1 swiss roll cake/apa2 jenis buttter or sponge cake  pun boleh - saya  guna swiss roll yang dibeli  saja
11/2 pack biskut oreo - 5-6 keping ditepikan untuk hiasan - selebihnya dipatah2kan kecil atau sedang

Cara:

1.  Pukulkan Cream Cheese sehingga ringan dan masukkan gula, pukul lagi hingga sebati dan masukkan esen vanila gaul sebati dan ketepikan.  Dalam mangkuk lain pukulkan whipping cream sehingga ringan dan gebu. Masukkan whipping cream ke dalam adunan cheese balik dan kaup dengan spatula dan ketepikan dahulu.
2. Potongkan swiss roll atau kek menggunakan cutter bulat yang bersesuai size untuk dimasukkan pada dasar gelas, jika gunakan mangkuk caserole atau mangkuk yang lebih besar potong seperti biasa dan susunkan sekeliling mangkuk.
3. Setelah masukkan swiss roll dalam gelas sudukan adunan cream cheese lebih kurang 2-3 sudu, taburkan pula chunky oreo, small chunk or big chunk tak kisah. Letakkan selapis lagi swiss roll dan repeat proses letak adunan cheese dan chunk oreo dan di atas sekali lapiskan dengan adunan cheese cream. letakkan oreo yang dipatah dua untuk hiasan atau boleh juga nak hiaskan dengan crush oreo atau cheery ke lebih cantik.
4.  Sejukkan dalam peti ais sekurang2nya 4-5 jam semalaman pun boleh.

 Saya buat agak sememeh rupa dia tapi tetap sedappp...selamat mencuba...





No comments:

Post a Comment