Apakabar khabar anda semua hari ini...dah nak hujung minggu sekejap ajer masa berlalu saya memang suka bila sampainya hari jumaat sebab hari Sabtu dan Ahad dapat bercuti...mengalahkan budak2 sekolah saya nie kan menunggu hari tak bekerja...hehe. Sebenarnya hari ini saya nak kongsikan resepi tertunggak yang saya buat seminggu ke 2 minggu lepas kot...lupa la pulak..Resepi Jelly Teh Lemon nie yang sesuai dimakan pada waktu2 panas terasa la nyaman sahaja bila lalu ke anak tekak kita dengan rasanya masam2 manis memang menyegarkan. Ok lah jom kita semak resepi ringkas di bawah:
Jemput minun teh lemon...oppss memang tertipu kalau orang tak perasan jelly nie kan..hehe |
Lemon Tea Jelly
Bahan-Bahan
1 peket serbuk agar 10 gm - saya guna serbuk agar2 jenama swallow
3/4 cawan gula
1500 ml air
1 uncang teh -apa2 jenis pun boleh lipton ke boh
1/2 cawan jus lemon
hirisan lemon untuk hiasan.
Cara:
1. Massakkan air ke dalam periuk sebanyak 1300 ml bersama uncang telah. Bila air sudah mendidih keluarkan uncang teh, masukkan gula biarkan hingga gula larut dan mendidih
2. Dalam bekas lain larutkan serbuk agar bersama 200ml air dan masukkan larutan agar2 ke dalam periuk masakkan dan dikacau hingga agar2 larut dan mendidih masukkan pula jus lemon dan boleh dipadamkan api.
3. Tuangkan jelly ke dalam mangkuk2 kecil atau cawan biarkan sebentar hingga jelly agak hilang panas letakkan hirisan lemon di atas jelly. Sejukkan dalam peti sejuk untuk beberapa jam sebelum di hidangkan. Rasa dia macam kita minum ice lemon tea..
No comments:
Post a Comment