Assalamualaikum...
Apakabar semua dan salam hari ahad untuk semua...petang2 ahad ini memang enak bila dapat berehat2 sambil menikmati hidangan minum petang dengan secawan nescafe atau teh 'o'...saya sebenarnya memang pengemar teh o walaupun ada orang kata tak berapa bagus minum teh o yang banyak angin tp saya masih menyukai teh o dan boleh minum teh o setiap hari, tapi kadang2 tu boleh la berubah ke nescafe atau milo tp x selalu jarang2.
Petang tadi saya baru mencuba resepi scones yang saya ambil dari laman Joyofbaking.com memang dah lama nak try buat scones yang semangnya sangat simple n easy to make...rasanya sedap boleh buat lagi macam nie..sangat lembut di dalam dan crispy di luar makan panas2 bersama butter n jem or peanut butter memang la terangkat weiii... ok lah jom kita terus semak resepi mudah scones yang biasa di jual di coffeehouse di luar negara atau kalau pi tempat ala2 inggeris macam kat cafe yang ada jual scones mahalkan harganya buat sendiri puas makan u..
Coffeehouse Scones
Sumber: Joyofbaking.com
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula castor
1 camca teh baking powder
1 camca teh baking soda
1/4 camca teh garam
1/2 cawan butter -unsalted
3/4 cawan buttermilk - saya subtitute buat buttermilk sendiri 3/4 cwan susu segar campur 1 sudu makan jus lemon dan biarkan dalam 10-15 minit
1 camca teh esen vanila
Cara:
1. Tepung gandum diayak bersama baking powder dan baking soda, campurkan gula dan masukkan butter yang disejukkan dan di dadu kecil..gaul anggar rata dan sebati dengan tangan tak perlu jadi breadcrumb sekadar bergaul sahaja cukup.
2. Buttermilk atau susu yang dicampur dengan jus lemon tadi campurkan dengan esen vanila, masukkan dalam adunan tepung, gaul agar menjadi sebuku doh tak perlu diuli kuat2 cuma pastikan adunan atau dohnya bersatu dan sebati. Jika agak melekit di tangan boleh la tambah anggaran 1 hingga 2 sudu makan tepung gandum.
3. Taburkan sedikit tepung pada permukaan meja untuk menorak scones torak agak tebal dalam 1/2 inci dan potong gunakan cutter bulat. Letak atas dulang yang ditabur sedikit tepung dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150'C selama 25-30 minit
4. Hidangkan panas2 bersama butter, jem, peanutnutter, nuttella, whipcream atau apa2 filling yang kita suka makan gitu cicah gan kopi pun sedap...hehe mcm org kampung saya nie kan..
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment