Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Saturday, March 31, 2012

Kek Mentega Cheese...

Assalamualaikum...

Selamat pagi sabtu untuk semua..saya nak mohon maaf sebab dah janji semalam nak masukkan entry yang ini tetapi terpaksa ditangguhkan sebabnya petang semalam balik dari office saya temankan akak saya Hjh Siti Rashidah  ke clinic bawa suaminya yang sakit kencing manis..kaki dia dah bengkak n memang perlukan rawatan la...seriau bila nak cerita pasal orang sakit kencing manis ini..pagi ini pun dah kena ke Hospital admit ward..nak buat macam mana...so kita semua kena la sentiasa nak ingatkan diri sendiri untuk sentiasa menjaga kesihatan jangan makan atau minum yang manis, kurangkan kabohidrat, kurangkan lemak..kurangkan ambil makanan...boleh makan tapi dalam kuantiti yang diperlukan sahaja..dan yang penting amalkan gaya hidup sihat dan bersenam...pesanan ini di tujukan untuk diri saya sendiri dan teman2 dan anda semua yang saya kasihi...boleh ke saya ini mengikut peraturan seperti ini...saya memang memerlukan memotivasikan diri saya sendiri jika hendak sihat..

Ok tak boleh nak bercerita panjang2 lain kali kalau ada kesempatan saya menulis lagi sebab nanti akak saya mengajak  temankan dia ke hospital sekejap lagi...terus pada resepi yang nak saya kongsikan ini merupakan  kek yang dibuat oleh anak buah saya Iqin yang baru standard 5 tapi memang rajin bab2 nak menolong buat kueh atau kek dan selalunya dibawah seliaan ibunya Milah...kek ini sedap lembut moist n tak berapa manis tapi naper lah si iqin tompok2kan cream cheese dia atas kek ini tak dicampurkan ke dalam adunan kek...kek nie dibuat gara2 nak abiskan cream cheese phelidaphia yang kami beli banyak tak buat2 takut sampai expired pulak nanti...Jom kita semak resepi kek versi Iqin nie yer...

Kek Mentega Cheese Iqin Ten..

Bahan-Bahan:

250 gm menteta
200 gm gula castor
250 gm tepung gandum - diayak*
2 camca teh baking powder - diayak*
5 biji telur - size A
1 camca teh esen vanilla
125 gm cream cheese phelidaphia

Cara:

1. Pukul butter dengan castor sugar sampai lembut dan ringgan, masukkan telur satu persatu. Pukul hingga sebati dan berkrim.
2. Masukkan vanilla esen, di iikuti dengan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak bersama. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
3. Masukkan adunan kek ke dalam loyang berukuran 8" dan  yang macam ikin buat dia potong sahaja cream cheese tu dan taburkan di atas kek. tapi kalau nak buat version yang lebih sedap pukulkan cream cheese hingga lembut masukkan ke dalam adunan kek selang seli dengan tepung pun boleh atau setelah adunan di masukkan telur. Pukul sebati...lebih sedap macam tu..
4.  Adunan kek yang telah siap masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180'C selama lebih kurang 50 minit atau 1 jam bergantung pada oven masing2.   Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment