Assalamualaikum...
Salam hari isnin untuk semua...permulaan hari yang agak memenatkan sebab dah dua hari bercuti di hujung minggu sampaikan hari ini saya tak perasan waktu rehat berlalu tengah hari tadi kerana kusyuk membuat kerja sedar2 dah nak jam 2 petang...muahahaha macam la rajin ajer bunyinya tu tapi rajin ke tak rajin bila ada keje perlulah dibereskan. Tapi bila dah masuk waktu petang banyak kerja2 yang dapat dibereskan rasa senang hati..dan tunggu pula rutin kerja pada hari esok...itulah tanggungjawab yang harus kita laksanakan..insyaAllah semoga semuanya dipermudahkan. Wahhh emo pasal kerja pulak saya hari ini??? apa celop...ehehehe nie semua gara2 pengaruh tv...dengan dailog budak2 zaman sekarang ini...ok kita tinggalkan segala citer2 di opis tu hari ini saya nak kongsikan resepi mudah yang sesuai untuk buat sarapan pagi atau juga minum petang, nak buat bekal anak2 ke sekolah pun boleh...jom kita tengok resepi di bawah...
Roti Goreng Apa Celop...
Bahan-Bahan:
6 keping roti putih - dipotong 4 secara silang untuk dapatkan bentuk 3 segi
1 labu bawang besar - di belah 4 dan hiris nipis
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
air lebih kurang 3/4 cawan - bergantung pada bancuhan jgn telalu pekat atau cair
1/4 camca teh serbuk kunyit
1/4 camca teh lada sulah/lada hitam serbuk
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
Cara:
1. Gaulkan tepung gandum, telur, bawang hiris, serbuk kunyit, lada sulah dan garam bersama air dalam mangkuk, adun rata agar adunan sebati dan tidak bergentel. Bancuhan tepung jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
2. Panaskan minyak dalam periuk, ambil beberapa keping roti celopkan dalam bancuhan tepung berserta bawang2 sekali dan gorengkan dengan api yang sederhana. Jangan mengoreng terlalu banyak dalam satu masa cukup sekadar 5-6 keping sekali mengoreng.
3. Balik2kan roti sehingga kuning keemasan, angkat toskan dan letak diatas paper towel. Hidangkan panas bersama apa2 sos kegemaran anda sos cili ke mayonis ke atau dengan sambal kicap cili api pun sedap.
No comments:
Post a Comment