Assalamualaikum...
Salam tengah hari Sabtu untuk semua...sedang buat apa tu ada yang sedang menikmati juadah tengah hari yer.. saya mungkin makan lambat sikit kot..sebab baru balik dari grocery shopping gan adik saya bedah..tadi dah breakfast roti dengan corned beef agak kenyang jugak lagi..kalau saya rajin sedikit petang nanti nak buat shepherd's pie..mudah2an rajin la kan hehehe.
Ok lah hari ini saya nak kongsikan resepi sarapan saya tadi pagi yang sangat mudah..jom la kita semak bahan2 di bawah.
Corned Beef Dengan Cili Padi...
Bahan-Bahan:
1 tin corned beef dalam tin - banyak dijual di supermarket
3 labu bawang besar - di belah 4 kemudian hiris nipis
2 batang cili merah - dihiris/cincang
5-6 batang cili padi - dihiris /cincang
sedikit minyak untuk menumis
Bahan sampingkan:
Roti - diner roll atau roti putih pun boleh
Sayur-sayuran seperti salad, timun, tomato - saya ada tomato sahaja
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang dihiris bersama cili merah dan cili padi, balik2kan sehingga bawang layu dan berbau harum.
2. Masukkan corned beef dan balik2kan sebentar dan boleh terus ditutupkan api. Corned beef dah siap diproses tak payah masak makan terus pun boleh dan tak perlu letak garam sebab dah bergaram.
3. Hidangkan corned beef dengan roti makan bersama roti atau dengan meletakkan kedalam belahan roti roll bersama salad dan timun. saya hanya ada tomato hari ini so makan dengan tomato sahaja. Sedappp..cubalah..
No comments:
Post a Comment