Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Saturday, November 12, 2011

Epok-Epok Mackerel

Assalamualaikum,

Salam petang sabtu untuk semua dan selamat berhujung minggu.  Agak lewat hari ini saya dapat update kerana pagi tadi line internet tak dapat digunakan gara2 kecuaian diri saya sendiri yang terlewat mmbayar bil broadband memang betul pun sepertimana telahan saya semalam mesti antara semalam dan hari ini line akan dipotong..hehe teruk betul rasanya tapi apa nak buat kena bersabar ajer lah hehe..sebenarnya dari pagi tadi saya dah nak masukkan entri epok-epok mackerel yang saya buat tadi pagi tp xder line terpaksa la ditangguhkan.  Nasib baek lah kawan anak buah saya adam datang ke rumah dapatlah saya minta tolong untuk bayarkan bil bb tu..terima koki...

Sebenarnya pepagi lagi saya dah menguli kulit epok-epok yang memang saya teringin sangat nak buat bila ternampak kat dapur Pn. Azlita  di blog masam manis tu..epok-epok nyer yang sangat rapuh mengiurkan dan sejak dari tu saya dah berangan nak buat epok2 tu. Alhamdulillah dah menjadi dan resepi yang saya cuba memang sedap dan epok2 tu masih rapuh n garing hingga ke petang..terima kasih yer Pn. Azlita kerana kongsikan resepi yang sedap nie dan izin saya untuk kongsikan bersama kawan2 yang lain pula..Resepi epok-epok mackerel nie kenapa saya nama begitu kerana  memang saya menggunakan Mackerel dalam tin kalau nak guna kan sadin pun boleh, perbezaan sardin ikannya agak kecil2 manakala makeral pula bersaiz besar, Jom kita semak resepi di bawah:
Epok-epok yang dah digoreng

bentukkan doh atau pastry epok2 senang nak gelek nnti..

inti mackerel pedas

baru siap dikelim tepinya

memang sedap dan rapuh..


Epok-Epok Mackerel
Sumber: Pn Azlita Aziz - Masam Manis
By : Zalekha Luvs Cooking

Bahan2:
Untuk Kulit Doh Epok2:
400 gm tepung gandum
1/2 cawan minyak masak - di panaskan
2sudu makan majerin - di panaskan
1/2 cawan air di campurkan dengan sedikit garam
dan 2 - 3 ketul ice cube atau boleh guna air sejuk dari peti ais.

Cara:
Panaskan minyak masak dengan majerin bila dah panas matikan api, masukkan minyak yang panas tadi ke dalam tepung gandum kacau menggunakan sudu bila dah bergaul boleh la mengunakan tangan pula dia akan jadi macam kita wat adunan breadcrumb method, masukkan air sejuk sikit demi sedikit dan diuli hingga menjadi doh..rehat kan doh selama  30 -45 minit. sementara rehatkan doh boleh sediakan inti epok2.

Bahan untuk Inti Mackerel Pedas.
1 tin besar Mackerel dalam sos tomato - buangkan sos dan lecek ikan mackerel (kalau gunakan sardin pun boleh)
3 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia - dicincang
2 sudu makan cili kering blender
1 sudu jus limau nipis
garam secubit
minyak untuk menumis

Cara:
Tumiskan cili blender hinga agak garing masukkan bawang putih dan halia, dan bawang besar dadu, balik2kan hingga bawang agak layu, masukkan mackerel yang dilecek, dan akhir sekali masukkan gan dan jus limau nipis untuk hilangkan hanyir mackerel, balik-balikan dan matikan api.

Cara untuk membuat epok2:
Doh epok-epok yang telah di simpan dalam setengah jam tadi dijadikan bebola kecil seperti fish ball yang sedang, kemudian ambil seketul kecil doh tadi torak akan jadi bentuk leper bulat dan isikan dengan inti kapit dua dan kelim di tepi epok-epok yang dibentuk seperti bulan sabit. kalau ada mesin mee atau mesin meleper kan doh pun lagi mudah..saya xder sebab tu kena buat secara manual satu2..buat sehingga habis dan goreng dengan minyak api kena la sederhana sahaja kerana kalau api terlalu besar dan minyak terlalu panas epok-epok akan jadi masak gelap di luar kulit mentah di dalam. 
Selamat  mencuba.

No comments:

Post a Comment