Salam semua, dah makan mlm ke belum, bagi sesetengah orang ada yang makan malam agak awal..sebenarnya jika kita makan malam lebih awal sekitar jam 6 petang ke 7 malam adalah lebih baek kerana penghadaman makanan dalam tubuh dapat beroperasi sekurang-kurangnya 5 hingga 6 jam sebelum kita tidur. Ciri-ciri makan malam yang kurang elok ialah dengan megambil makanan atau makan malam yang agak lewat dan terus tidur beberapa jam selepas makanan di ambil..dan perkara ini menyebabkan proses penghadaman tidak dapat dilakukan dengan teratur. Cara yang lebih sehat jika kita berasa lapar di waktu2 malam adalah dengan mengambil buah-buahan..atau bagi yang masih berasa lapar di waktu malam boleh juga mengambil minuman yang dicampur dengan bijirin berserat tinggi seperti nestum atau quarker oat sahaja. Sebenarnya peringatan atau amalan makan malam yang sihat ini untuk diri saya sendiri dan juga pada sesiapa yang ingin mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat..jangan la jadi seperti saya sebab bila dah besor @ gedebab mcm nie memang payah la nak menurunkan kalori2 yang ada di badan.
Bercerita mengenai makan malam pulak saya nie, xpelahkan sambil-sambil saya nak masukkan entri Yong Too Foo KL yang saya buat untuk makan malam pada hari ahad lepas tu. Kenapa ada nama KL atau Kuala Lumpur pula pada resepi ini adalah selalunya kalau di Johor Bahru YTF di makan bersama kuah sup dan ada pencicahnya, berlainan pula di tempat lain seperti di KL yang pernah saya makan YTF dengan kuah seakan kuah rojak yang disiram di atasnya dan ditaburkan dengan sedikit bijan goreng. Jom lah kita semak resepi mudah di bawah ini,
Yong Too Foo
By: Zaleha Luvs Cooking
Bahan2:
6 batang crabstick
6 batang sausage
6 biji bebola daging
8-10 biji fish ball
secekak kangkung
kalau nak ditambah bahan2 YTF yang lain pun boleh seperti tahu yang disumbat ikan, peria disumbat ikan,
fucuk atau tahu kering yang siap dijual berinti ikan dan lain jenis (boleh dibeli di pasar yg ada menjual bahan YTF)
Bahan di atas boleh dicelur di dalam air mendidih sebentar (tak payah lama angkat dan toskan )atau boleh juga dicelur di dalam sup yang dibuat seperti berikut, sup ini boleh dimakan bersama YTF juga.
Bahan2 Sup:
3 biji bawang putih dicincang
1 inci halia dicincang
1 kiub pati granule lembu knorr
1 1/2 liter air
1/2 camca teh lada sulah
1 sudu makan gula
garam secukup rasa
Cara: Bahan2 untuk sup semuanya dimasukkan dalam periuk didihkan dan boleh la mencelur bahan2 YTF.
Bahan2 Untuk Kuah YTF
10 batang cili kering, di goreng dengan api perlahan jgn sampai hangus pahit nanti kuahnya
4 sudu makan gula merah
2 sudu makan gula pasir
1/2 cawan jus asam jawa
1 1/2 cawan air
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan tepung jagung bancuh dengan sedikit air (untuk pemekat Kuah YTF)
sedikit bijan yang disangai
Cara:
Cili Kering, gula melaka dan gula pasir di blender dengan sedikit air, masukkan semua bahan kecuali bijan dan bancuhan tepung jagung dalam periuk didihkan kuah, bila dah didih masukkan bancuhan tepung pemekat kacau, rasa jika perlu tambahkan gula garamnya. Masukkan sedikit bijan sangai tadi dan tinggalkan sedikit untuk dibuat tabur.
Cara menghidang:
Potongkan bahan2 YTF seperti Crabstick, Sausage n Fishcake secara menyerong, Fish Ball, Meat Ball dan Sotong Ball ke di potong dua atau 3, Kangkung di potong sedang, bahan-bahan YTF boleh dihidangkan berasingan dan sediakan piring2 kecil untuk diambil serba sedikit kemudian siramkan dengan kuah YTF dan disprinkle dengan sedikit bijan. Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment