Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Tuesday, November 8, 2011

Cekodok Kelapa dan Sambal Hijau Che Anis..

Assalamualaikum,

Selamat pagi selasa untuk semua, apa kabar di pagi ini diharapkan sehat dan sentiasa ceria disamping keluarga dan teman-teman tersayang.  Akak alhamdulillah sehat juga.. hari ini seperti biasa ke sekolah selepas 3 hari bercuti..bila dah lama2 bercuti ada liat sikit la kan, anak2 buah akak bila dah abis exam hujung tahun ada-ada aje alasannya bila tak nak ke sekolah.. tapi bagi yang bekerja jangan dibuat keje mana leh main nak ponteng gitu-gitu ajer..hehe teringat pulak di zaman sekolah dulu bila rasa malas melanda mula la cakap gan mak sakit perut la, pening kepala la..alasan untuk tak nak bersekolah. Bila dah bekerja malas tak malas kena pergi juga setiap hari.

Pagi ini akak ambil breakfast yang agak berat makan nasi dengan Tom Yam ayam di kantin tadi sebab dah tak ada makanan sarapan...tau ajer lah kantin kat sekolah akak nie pepagi lagi dah ada nasi dan segala macam lauk pauk, tapi kalau ikut tekak akak tak la berapa tapi boleh la sebab tak ada pilihan.  Gaya makan pepagi dengan makanan berat macam la orang nak ke sawah atau ladang yang nak guna tenaga kan..teruknya akak nie..hehehe..jadinya makan pagi akak tadi merangkap makan tengah hari sekali kalau nak makan lagi tunggu petang balik rumah..

Memandang kan dah lama sangat dapur akak tak berasap hari nie akak akan masukkan satu resepi mudah untuk sarapan pagi iaitu Cekodok Kelapa dan Sambal Che Hijau Che Anis..

Cekodok Kelapa:

Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1/2 cawan kelapa parut muda
Air secukupnya
1 labu bawang besar didadu
segemgam ikan bilis direnyah 
Garam secubit
Minyak untuk mengoreng

Cara:
Bancuhkan tepung bersama kelapa, bawang dadu, bilis renyah dan garam dengan air, bancuh seperti kita buat cekodok biasa tak pekat sangat dan x terlalu cair.
Panas kan minyak dan gorengkan cekodok sama ada gunakan sudu atau dengan tangan kalau nak nampak cantik dan bulat.. Balik-balikan cekodok biar masak rata dan bila dah kuning keemasan boleh diangkat dan toskan di atas paper towel. hidangkan panas bersama Sambal Hijau Che Anis

Sambal Hijau Che Anis

Bahan2:
Lada Hijau 10-15 batang,*
kalau nak pedas tambah 10 batang cili api*
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan *
bawang besar 1 labu dibelah dua dan hiris
segemgam ikan bilis
2 sudu makan gula pasir
1/3 cawan jus asam jawa
garam secukup rasa
minyak untuk menumis.

Cara:
Lada hijau dan cili padi di blender bersama semua bahan2 bertanda *, tumiskan bahan ini hingga agak garing dan terbit minyak, masukkan bawang besar yang dihiris masukkan jugak ikan bilis yang direnyah, gorengkan hingga agak garing dan masukkan gula, garam dan jus asam jawa, balik-balikkan dan siap untuk dihidang bersama cekodok kelapa..

No comments:

Post a Comment