Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Friday, November 11, 2011

Teh Kurma @ Air Kurma Epal

Salam, tengah buat apa tu  menonton tv sambil minum petang yer.. masa balik kerja tadi teringin buat air teh kurma nie bila terpandangkan ada Kurma Yusof Taiyobb dalam peti ais, ada  pulak buah epal so teringat masa bulan puasa selalu gak buat minuman Teh Kurma atau Air Kurma Epal yang diminum suam-suam, resepi minuman teh kurma ni akak ambil di My Resepi..empunya resepi nie x ingat pulak nama dia siapa..anyway terima kasih kerana sudi berkongsi resepi minuman yang mudah dibuat dan sedap pula rasanya..Ok jom kita semak resepi mudah ini.



Teh Kurma @ Air Kurma Epal
Sumber: MyResepi

Bahan2:
6 -8 biji kurma dibuang biji dan dipotong kasar
1 biji epal atau pear - kupas kulit dan dadu
5-6 sudu makan gula pasir
1.5 liter air.

Cara:
Rebuskan air sehingga mendidih, masukkan kurma dan epal yang telah didadu, masukkan gula
biarkan mendidih dalam 5 minit lagi. Boleh dihidangkan panas atau suam. Kalau nak letak ais pun
boleh tapi tambahkan gula utk lebih manis.

No comments:

Post a Comment