Assalamualaikum,
Salam dan selamat tengah hari jumaat untuk semua, nampaknya semalam seharian saya tak menjengah ke blog saya pun kurang sehat kerana sakit perut saya nie belum pulih sepenuhnya..mungkin juga saya terkena keracunan makanan, sebab tu lah berlarutan hingga dh nak masuk 4 hari kan..tapi saya kuatkan juga diri sebab kalau tak dilawankan penyakit memang rasa nak melepak jer di katil..Oleh kerana mengenangkan kerja2 di pejabat yang banyak dan cuti rehat saya pun dah tinggal sedikit baik la saya bekerja.
Nak pergi ke klinik terasa malas pulak ntah lah agak nya bila jumpa ajer muka doktor dan dapat ubat beberapa jenis dan yang utamanya duit keluar tentu baik lah penyakit saya ini. Selalunya memang macamtu la selagi duit kita x keluar selagi tu la x baik2 lagi padahal saya dah makan penadol aktiv fast beberapa kali..saya pun bab2 ubat nie memang jarang bersungguh nak makan..amalan yang x patut diikuti oleh semua..hehe teruk betulkan.
Ok lah kita tinggalkan dulu cerita kurang sihat saya tu dan hari ini saya nak masukkan satu entry pencuci mulut yang saya buat tadi pagi sebelum ke pejabat..sempat pulak saya mengacau corn custard yang seakan puding tapi saya buat telembik sedikit. Walaupun terlembik rasanya tetap sedap bila di makan dengan sos strawberry yang masam2 tu..sebenarnya saya ada ternampak resepi custard yang macam nie di blog siapa yer tak ingat pula tp katanya diambil dari fotopage Pn. Hanalieza..teima kasih yer puan2 empunya resepi kerana saya cuba resepi anda tapi telah saya derhakakan sebab resepi asalnya pada atas custard yang diletak dalam gelas berkaki di lapiskan dengan jelly tapi oleh kerana saya buat jelly menggunakan gelatin serbuk yang halal x menjadi so saya ubah lah makan dengan sos strawberry pulak..kat resepi saya kurangkan sukatan air jadi ianya akan jadi cantik untuk dipotong tidak lah lembik mcam saya buat..Jom lah kita semak resepi di bawah.
Sweet Corn Custard Dengan Sos Strawberry
Oleh: Zalekha Luvs Cooking
Bahan2:
2 cawan tepung custard
1 cawan Jagung dalam tin (Cream Style)
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir (kalau nak kurangkan 3/4 pun boleh)
4 cawan air
Strawberry juice concentrate untuk drizle kan pada custard secukupnya.
Cara:
1. Masukkan tepung custard, gula, jagung, air dan susu dalam periuk, masakkan di atas api sederhana,
di kacau selalu sehingga masak.
2. Masukkan adunan custard sama ada dalam bekas acuan individu atau loyang besar biarkan sejuk dan
baru dimasukkan dalam peti ais.
3. Untuk menghidang keluarkan custard dari acuan atau potong jika mengunakan loyang, letak di dalam piring atau mangkuk puding dan bolehlah di drizle kan dengan sos strawberry hias mengikut kreativiti anda. Kalau tak ada strawberry juice concentrate boleh juga gunakan jem strawberry yang dicampurkan dengan sedikit air panas dan kacau sebentar di atas dapur untuk jadikan sos strawberry. Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment