Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Zalekha Luvs Cooking
Saturday, November 5, 2011
Esok Raya...
Assalamualaikum..
Selamat pagi sabtu untuk semua, apa kabar pada pagi ini, diharapkan anda sihat sejahtera dan ceria selalu..Alhamdulillah pada pagi ini cuaca nampak cerah di luar tu, tentu ramai yang sedang bersiap sedia untuk ke pasar atau pasar tani bagi membeli bahan-bahan untuk dimasak untuk hidangan hari raya esok..Akak pun rasanya macam nak ikut bedah berbelanja sebentar nanti, saje la nak tengok kesibukan orang ramai berpusu2 membeli barang keperluan seperti ayam, daging, sayuran dan beraneka benda yang nak dimasak.. ada juga yang nak cari daun kelapa untuk di buat ketupat tapi akak terperlu bersusah payan sebab adik akak leman memang menjual ketupat yang telah dimasak setiap kali menjelangnya raya..
Kalau di negeri2 di sebelah Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang dan mungkin juga negeri2 sebelah utara perayaan Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban ini disambut dengan penuh meriah, kerana selain menjalankan ibadah korban mereka juga akan memasak daging yang dikorban sama ada Kerbau, Lembu atau Kambing untuk di buat kenduri, manakala kalau di Johor nie kebanyakan dari kita jarang masak2 untuk kenduri di Hari Raya Korban sekadar mengagih-agihkan kepada golongan kurang upaya atau fakir miskin tapi kalau banyak yang berkorban di sesebuah kawasan tu kita pun akan dapat juga merasai daging korban. Teringgat akak semasa arwah abah ada kami ada juga balik ke Kg di Chenor Pahang pada Hari Raya Korban dan melaksanakan ibadah Korban, selalunya di kampung akak tu orang sana memang kebanyakkannya korban kerbau sebab menurut mereka daging kerbau lebih sedap dan halus dari daging lembu. Sekarang hanya tinggal kenangan saat-saat manis berhari raya di kampung..ibu saudara akak yang amat disayangi Mak Teh, adik pada arwah abah juga telah kembali ke Rahmatullah pada bulan September lepasl. Al-Fatihah buat mereka yang telah kembali dijemput Ilahi..semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan disyurga Al-Jannah.. Yang tinggal di kampung sekarang hanyalah bapa-bapa saudara kami dan saudara mara sahaja disana, insyaAllah jika ada kesempatan dan rezeki memang hendak balik ke kampung tu nanti.
Ok la rasanyer dah agak panjang akak bercerita pada pagi nie..dah nak bersiap sedia ke pasar sebentar nanti..kalau ada masa petang ke tengah hari ke akak akan update lagi..Salam semua mintak diri dulu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment