Semasa balik dari pejabat tadi saya terus membancuh adunan Apam Beras yang saya belajar dari Kak Marie officemate saya..tapi kali ini versi apam beras saya berwarna warni ada warna pink, purple n yellow memang meriah gitu..anak2 buah kat rumah nie pun kemain suka sebab colour2 apam nie beraneka jadi si sara x sabar nak tunggu apam tu masak tadi..ingat x pada cerita mengenai chef sara anak buah saya yang berusia 5 tahun yang pernah saya masukkan sebelum nie..kalau boleh memang dia nak menolongsemuanya , kalau sampai ke besar sikap rajin anak2 nie memang bagus jangan lah bila dah besar jadi pemalas pulak.
Oklah berbbalik pada citer apam beras yang saya bancuh pada jam 6 petang tadi, jam 9 mlm baru lah boleh dikukus,3 jam tu tunggu diperap kalau orang x sabar jenuh nak menunggu. Resepinya masih mengekalkan resepi yang pernah saya buat dan masukkan di blog sedikit waktu dulu..nak letak resepi ke tak yer...takpe lah saya copy n paste sekali lagi disini bagi saper2 yang nak mencuba..tapi kali ini x sempat nak di balutkan dengan kelapa putih sebab tak ada...tapi masih sedap juga bila dimakan gitu ajer..anak2 buah saya suka..jom lah kita semak resepi di bawah.
Apam Beras II
Bahan2:
2 cawan nasi yang telah disejukkan
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
1 cawan brown sugar (klau xnak manis kurangkan 3/4 cawan)
3/4 cawan gula pasir (klau xnak manis kurangkan 1/2 cawan)
2 camca teh yis kering
beberapa titis esen pewarna yang disukai
Secukup Kelapa Parut Putih yang di gaul bersama garam untuk salut apam.
Cara:
1. Blendkan nasi bersama air sedikit demi sedikit, kemudian masukkan pula kedua-dua jenis gula, blender hingga sebati dan halus.
2. Adunkan kedua-dua jenis tepung dalam besen, masukkan yis kering dan gaul rata, masukkan adunan nasi yang diblender dan digaul hingga rata dan sebati. Perapkan selama 3 jam.
3. Setelah 3 jam, ambil senduk dan gaulkan adunan dengan sedikit dengan pewarna yang dikehendaki, biarkan sebentar selama 10-15 minit. Panaskan dulu acuan lompang kecil dalam kukusan. Bila acuan dah panas baru masukkan adunan hingga 3/4penuh.
4. Kukus selama 10-15 minit, sejukkan sebentar sebelum dicungkil dari acuan. Hidangkan apam bersama kelapa parut putih yang telah di gaul dengan sedikit garam. Kalau nak lebih tahan kelapa untuk digaul bersama apam kukuskan sekejap..
No comments:
Post a Comment