Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Wednesday, November 9, 2011

Bangkit @ Biskut Kacang..

Assalamualaikum,

Salam petang Rabu untuk semua, apakabar hari nie..diharapkan semuanya sihat2 hendaknya.  Hari ini sekali lagi akak lambat dapat update selain dari ada beberapa perkara yang perlu dilakukan line internet n pc kat opis akak pun buat hal gak...sabar jer lah.

Petang nie adik akak bedah ada buat kueh Som-som sejenis kueh yang lemak dibuat dari tepung beras yang dimasak bersama santan dan sedikit garam..agak lemak kueh nie sebab berasa santannya dan di makan dengan sirap gula melaka..wah citer pasal kueh som-som pulak akak nie..tp sebenarnya akak nak masukkan satu entry bangkit@biskut kacang yang selalu gak akak buat untuk makan2 sendiri atau bila ada permintaan dari rakan2..

Sebenarnya resepi mudah ini akak ambil dari blog Bisous A Toi, Pn.Rima Singapura yang sangat terkenal dengan kek2 Lapis Lengit yang sangat memikat hati dan Macaroon yang sungguh cantik teringin juga nak buat yang secantik Puan Rima buat tapi selalunya x brapa nak menjadi..tapi walaubagaimanapun resepi bangkit kacang yang akak ambil dari dapur Rima sangat sedap.. terima kasih Rima kerana akak selalu mengambil resepi awak dan ilmu yang bermanfaat nie akak kongsikan bersama rakan-rakan yang lain juga..

Ok la tanpa membuang masa jom kit semak resepi di bawah:

Bangkit@Biskut Kacang
Sumber: Bisous A Toi
By: Zalekha Luvs Cooking

Bahan2:
250 gm Kacang Tanah yang dikisar
250 gm Tepung
185 gm icing sugar (akak gunakan 170 gm sahaja)
150 ml vegetable oil (akak guna corn oil)
Secubit garam

Cara:
1.  Gaulkan kacang dengan icing sugar dan secubit garam hingga rata, masukkan minyak jagung ke dalam adunan kacang rupa adunan ini seakan pes
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan digaul rata
3. Cetak adunan dalam acuan yang sesuai dan kalau nak terap pun boleh.
4. Bakar pada 160C selama 30-35 minit atau biskut masak dan agak kering.




No comments:

Post a Comment