Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, November 10, 2011

Apam Beras...

Salam, selamat petang untuk semua..tengah buat apa tu mesti ada yang sedang menikmati juadah minum petang agaknya..akak hari ini nak kongsikan satu resepi Apam Beras yang dibuat oleh kak maria kawan opis akak..apam nie sangat sesuai untuk sarapan atau minum petang..kalau asyik makan goreng pisang ajer mesti dah jemukan..

Jom kita semak resepi mudah dibawah ini.

Apam Beras:
Oleh: Kak Maria

Bahan2:
2 cawan nasi yang telah disejukkan
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
1 cawan brown sugar (klau xnak manis kurangkan 3/4 cawan)
3/4 cawan gula pasir (klau xnak manis kurangkan 1/2 cawan)
2 camca teh yis kering
beberapa titis esen pewarna yang disukai 
Secukup Kelapa Parut Putih yang di gaul bersama garam untuk salut apam.

Cara:
1.  Blendkan nasi bersama air sedikit demi sedikit, kemudian masukkan pula kedua-dua jenis gula, blender hingga sebati  dan halus.
2.  Adunkan kedua-dua jenis tepung dalam besen, masukkan yis kering dan gaul rata, masukkan adunan nasi yang diblender dan digaul hingga rata dan sebati. Perapkan selama 3 jam.
3.  Setelah 3 jam, ambil senduk dan gaulkan adunan dengan sedikit dengan pewarna yang dikehendaki, biarkan sebentar selama 10-15 minit. Panaskan dulu acuan lompang kecil dalam kukusan.  Bila acuan dah panas baru masukkan adunan hingga 3/4penuh. 
4.  Kukus selama 10-15 minit, sejukkan sebentar sebelum dicungkil dari acuan. Hidangkan apam bersama kelapa parut putih yang telah di gaul dengan sedikit garam.  Kalau nak lebih tahan kelapa untuk digaul bersama apam kukuskan sekejap..

Apam Beras yang cantik merekah

Tak berapa manis sedap..

Nie semasa belum dikukus..

Baru lepas masak..berasap lagi tu..

No comments:

Post a Comment