Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, November 13, 2011

Banana Cupcakes Yang Mmg Gebuz n Sedap...

Salam, n selamat malam untuk semua, saya hari ini nampaknya merathon memasak sebab petang tadi sajer dah buat 2 jenis masakan satu saya buat Banana Cupcakes yang dari petang tadi saya dah war-warkan bukan perang-perangkan eks..maksudnya saya beritahu semasa meng update pada petang tadi berkenaan nak cari resepi Banana Cupcakes di rumah CMG, semua bahan dah memang sedia ada cuma poppy seed saja xder jadi saya skip bahan yang ini dan saya buat dua adunan maklumlah kat umah saya ini umat nyer ramai..hehe..dan lagi satu saya buat sejenis makanan yang banyak dijual di warung2 atau foodcourt iaitu Yong Tau Foo tapi Yong Tau Foo versi Kl sebab x dimakan dengan kuah tapi makan dengan kuah pencicah...resepi yang ini akan saya masukkan entry esok2 pulak yer.

Bila datang mood nak memasak bertalu2 jenis benda yang nak dibuat tapi kalau mood malas tu melanda memang tak boleh nak buat apa la kan..ok la tukan kiranya hari ini mood rajin dan amat energetik hehehe prasan la pulak saya nie ekk..ok la xmo citer pnjang saya nak mintak keizinan dari CMG untuk copy paste resepi beliau yang saya buat tadi petang boleh kan CM..cewah saya menjawab sendri boleh kakak....thanks CM memang sedap sgt banana cupcakes tu n sgt gebuz macam kita2 nie...opss akak la tu..hehe..Jom kita semak resepi..


 BANANA CUPCAKES
Sumber: Che Mat Gebu - DTS
oleh: Zalekha Luvs Cooking


BAHAN-BAHANNYA :-)
45 gram mentega, cair dan sejukkan
2 biji telur gred A (berat 60 gram sebiji)
50 gram soft brown sugar @ gula peerang
60 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*
1/4 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan, gaul rata dan ayak)
1/2 camca teh ovallate
70 gram pisang, dilecek
3/4 camca besar kas-kas (poppy seeds)- .akak xletak sebab x ada
2-3 titik esen pisang atau esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Sedia paper cup secukupnya. Samada dialas dalam bekas2 kecil atau gunakan cup jenis keras. Ketepikan..
  2. Putar gula perang dengan ovallate, hingga sebati. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingg adunan pekat dan gebu macam adunan baulu. Perlahankan kelajuan, masukkan pisang dan tepung sedikit demi sedikit, hingga habis, putar rata.
  3. Masukkan esen pisang @ esen vanilla dan biji kaskas tadi. Gaul rata. Isi dalam acuan 3/4 penuh, buat hingga siap. Bakar 25 minit hingga kuning keemasan. Keluar dan sejukkan sebelum dihidang untuk minum petang.



2 comments:

  1. terpengsannnn>__<...terima kasih sudi mencuba.

    ReplyDelete
  2. opss ada comment kat sini rupa nyer maaf sebb lmbat reply.. akak jrg bukak gmail nie slalu YM jer...anyway tq sifuku CMG..hehe

    ReplyDelete