Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, June 10, 2013

Rendang Ayam Kelantan Ala Kak Jee...

Assalamualaikum..

Salam Isnin 10 Jun untuk semua kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya rindui...lama betul nampaknya saya x ke udara di alam maya...mohon maaf yer kawan2..memang bz bebenar selepas minggu bercuti kerana ada kerja2 urgent yang perlu di bereskan..tapi alhamdulillah dah dapat dibereskan...senang rasa hatikan..

Walaupun dah agak lama dapur ZLC tak berasap saya hari ini nak kongsikan gan kawan2 sejenis masakan rendang ayam yang saya celok dari dapur seorang penulis dan blogger terkenal iaitu Fauziah Samad atau lebih mesra di panggil Kak Jee saya memang peminat setia kak Jee so selalu gak tengok resepi2 kak Jee yang sangat mengoda jiwa dan kalbu ku untuk mencubanya...so bila ada kelapangan, masa tak bekerja hari ahad semalam saya pun apa lagi menyinsing lengan..cewahhh macam orang nak bersilat pulak siap menyinsing lengan..saya pun pepagi hari lagi dah mulakan operasi merendang ayam nan seekor...muahahaha macam lerrr nak memasak seekor lembu kecohnya rupanya nak merendang seekor ayam ajer...bila dah merendang tu tekak nie terasa2 pulak nak makan nasi impit@lontong gan serunding kelapa udang kering so buatlah dua2nya supaya x kempunan pulak nanti yer...hehehe..jadinya dua kali breakfast di rumah saya semalam pepagi hari saya dah buat cekodok pisang dan jamuan pra-raya lontong berserta rendang ayam dan serunding kelapa udang kering pada jam 10 pagi merangkap makan tengah hari gak..berangan ajer belum mula bulan puasa dah nak pra raya..tapi ada ah-kak kesah...hehehe..

Ok kawan2 jom lah kita semak resepi yang sedap nie...rugi kalau x cuba tau sebab rendang ini bahan2 yg digunakan pun x remeh xyah letak rempah2 semua tetap sedapppp u...kepedasannya terpulang pada cita rasa masing2 ok...tapi memang sedap dan berbaloiiii di cuba resepi kak Jee nie tau... tqvm untuk tuan punya resepi k.jee...kalau u all nak tengok d original version kena la ke blog kak Jee di sini  ok...selamat memasak untuk semua..

Rendang Ayam Kelantan

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam >< 1.5 kg di potong kecil ikut suka cuci dan toskan
5 biji bawang besar - dikisar halus*
5 ulas bawang putih - dikisar halus*
5 batang cili merah hidup - dikisar halus* (kak jee guna 10 batang)
20 batang cili padi - di kisar halus* (saya lebih kan)
1 1/2 inci halia - dikisar halus*
3 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit - dimayang halus
3-4 helai daun limau purut
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor@asam keping - rendam sebentar(resepi asal x letak)
gula pasir >< 3 sudu makan
garam secukup rasa
sedikit minyak masak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan minyak masak dalam kuali,  Tumiskan bahan2 yang dikisar halus yang bertanda* dan serai yang dititik hingga agak garing dan naik minyak. 
2.  Masukkan ayam dan balik2kan dengan bahan yang ditumis sehingga air ayam keluar dan ayam mengecut sedikit. masukkan pula santan, kacau selalu masukkan juga gula, asam keping dan daun limau purut, masak hingga ayam empuk dan kuah rendang agak mengering.
3. Kalau nak rendang yang agak berkuah tak perlu biar sampai agak kering. Masukkan garam dan rasakan kesesuaian rasanya. Padamkan api dan hidangkan bersama nasi impit atau nasi putih biasa.  Sedappp..cubalah.

2 comments:

  1. Terima Kasih sudi mencuba.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih gak utk kak jee sebab kongsikan resepi yang mudah tapi sedap nie...lepas nie saya nak terus gunakan resepi ini aje bila masak rendang senang..

    ReplyDelete