Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Tuesday, August 27, 2013

Pulut Serunding@Pulut Cawan..

Bertemu sekali lagi hari selasa ni..saya nak kongsi dengan kawan2 semua resepi kueh yang berasas pulut iaitu Pulut Serunding@Pulut Cawan...saya sememangnya pengemar pulut tak kiralah makan dengan serunding macam yang saya buat ini atau pulut panggang ke kueh serimuka pulut yang lemak2 manis tu pun saya suka...pulut inti ke yang ada intinya di atas dibungkus dengan daun pisang comel2..atau pulut yang dimakan dengan kelapa parut digaul sedikit bersama gula dan garam..atau pulut tanak makan dengan ikan kering pun sedap tau, tak lupa juga ada lemang, lemang pulut periuk kera, ketupat pulut, pulut dakap, pulut palas, pulut mangga..muahahaha pasal pulut semuanya berlegar2 di fikiran saya...teringat pula masa ke rantau panjang, kelantan ada orang siam yang menjual pulut dengan ayam goreng yang agak berempah..sedappp...wahhh dah teringat nie pulut dengan ayam berempah bila agaknya saya nak ke rantau panjang/golok boleh ler menikmati pulut yang sedap tu kan...hehehe sabor jer lah saya nie...

Ok asik bercerita pasal masakan berasal pulut mana pulak resepi nie ekk..ohhh lupa ada gak yg suka pulut kuning yang dimakan dengan kari ayam atau rendang jugakan bersama sambal tumis udang..hari tu masa besday saya minggu lepas yg ke..opss dh tua malu nk sebut sebab dah 4 siries u...ada gak saya bawa utk kawan2 di pejabat..pulut kuning berserta rendang ayam..tp x sempat nak berposing so xder ler nak di uploadkan gambornya atau resepi next time bila masak lg saya amik gambor yer..jom kita tengok resepi yang dah 2..ke 3 kali gak saya sharekan di blog..tp tak per ekk saya tempelkan lagi di sini..buat utk bekpes tadi pg..serundingnya semalam punya masak utk pot luck pejabat ada baki so hari nie jadi pulut serunding lak..senangkan 2 dlm 1...keje orang rajin ler tu..

Pulut Serunding

Bahan-Bahan:
Untuk Pulut:
2 cawan beras pulut - basuh dan rendam selama 1/2 jam
2 cawan santan - sederhana pekat (kali ini saya guna air sahaja xmo santan)

- lebihkan sedikit sahaja dlam 1/4 cawan
- 1 sudu makan minyak jagung
Sedikit garam

Cara:
1. Kukuskan pulut bersama santan yang digaul dengan sedikit garam lebih kurang 20-30 minit dalam loyang.
2. Bukakan penutup kukus dan adukkan pulut yang dikukus tadi dengan senduk. Kukuskan semula lebih kurang 10 minit atau hingga pulut masal cantik. Padamkan api dan gaul rata sekali lagi dan biarkan sejuk sebentar.
3. Pulut dibentuk gunakan acuan plastik atau acuan apam yang kecil, masukkan pulut dan tekan hingga padat keluarkan dan susun dalam bekas.
4. Untuk menghidang gaulkan pulut bersama serunding atau taburkan sahaja serunding di atas pulut mana2 pun boleh.  Sedia untuk dihidangkan.


Versi pulut tanak - yang saya buat hari ini - Masukkan beras pulut dalam periuk bersama air, sesudu minyak jagung dan sedikit garam, tanak dengan api sederhana, bila agak mengering kacau sedikit dan kecilkan api, masak sehingga pulut tanak dan balik2kan serta padamkan api.
 
Serunding Kelapa Udang Kering   
Bahan2:
Kelapa parut 1 biji - di sangai sikit jgn la smpai nk kerisik jd ala2 perang sedikit jer ..
udang kering - 1/2 cawan di rendam sekejap n tumbuk
Lada kering blender dlm spuluh btg bersama
6 ulas bawang merah, 3 ulas bwang putih
seinci kunyi idup klau xder buh je kunyi serbuk 1/2 cmca teh
serai 2 btg, ketumbar biji 2 sudu besar dan jintan halus 1/2 sudu
blend bahan2 nie smua..
gula pasir dlm 3 sudu mkn
garam 1 camca teh, klau ada daun limau purut 2 helai, 1 keping asam keping yang kecil - direndam sebentar
sedikit minyak masak utk mnumis

Cara:
Panaskan minyak tumiskan lada kering yg di blender dengan bahan2 lain td hingga garing n pecah minyak, masuk kan gula dan garam klau suku buh la perasa sdap rasa ke apa2 yg disukai pak aji ke..masukkan sekali asam keping,
dah cantik sambal tu warna keperangan2 masuk kan kelapa yg dh disangai td pastu balik2 kan nk tahan lama kena la masak blik2kan lama sikit tau..
pastu siap n sdap tuk dimkn bersama lontong, nasi impit, nasi ambang n bleh gak di wat pulut cawan..makn gan pulut pun sodappp try la..
 

No comments:

Post a Comment