Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Friday, July 12, 2013

Ayam Masak Sos Tiram..

Assalamualaikum...salam pagi Jumaat penghulu segala hari bagi semua pengunjung alam maya yang dikasihi..semoga dihari Jumaat bersamaan 3 Ramadhan ini kita dapat menjalani ibadah puasa dan amalan2 sunat yang lain di bulan mulia ini dengan lebih ketakwaan dan segala urusan kita dipermudah Allah hendaknya. 

Pagi ini saya cuma nak menyambung entry malam tadi kerana Nasi Ayam Hainan tak sah kalau tak ada ayamnya so ayam yang saya gandingkan bersama nasi kali ini agak berlainan sedikit sebab saya masak dengan sos tiram..sesuai untuk nasi ayam jom lah kita tengok bahan2 di bawah ok..

Ayam Masak Sos Tiram

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam - sederhana besar di potong kecil
2 labu bawang besar - dibelah dua dan hiris agak kasar
5 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris batang mancis
3 biji cili hijau - di potong serong kasar
6 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
minyak masak untuk mengoreng ayam dan menumis.

Cara:

1.  Ayam di cuci bersih dan toskan, gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Gorengkan sehingga ayam masak tapi tak perlu sehingga garing, embal sahaja. Angkat dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia di hiris. Tumiskan sehingga layu dan berbau harum, masukkan lada hijau dan sos tiram berserta air.
3. Masukkan ayam balik2kan sebentar, kalau perlu masakkan sedikit sahaja garam sebab sos tiram dah masin dan ayam pun dah digoreng dengan garam kunyit. Lauk ini agak kering, dah balik2kan padam api.  Hidangkan bersama Nasi Ayam Hainan atau Nasi putih. sedap..

No comments:

Post a Comment