Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Wednesday, July 8, 2015

Pengat @ Bubur Jagung Bersagu..

Salam semua hari ni nak sharekan resepi yang mudah lagi ringkas iaitu pengat @ Bubur Jagung Bersagu..saya memang suka pengat atau bubur manis yang mudah begini kerana rasanya sedap selain itu saya menggunakan susu cair sahaja kalau ada yang suka gunakan santan bolehlah mengantikan santan ya.  Oleh kerana anak-anak buah saya memang gemar akan bubur manis seperti ini jadinya memang senang nak sediakan bahan2 nya tak banyak pun.. Ok jom kita tengok resepi ringkas di bawah..

Pengat @ Bubur Jagung Bersagu

Bahan-Bahan:

1 tin jagung cream style
1 tin susu cair
1 cawan sagu biji (yang putih)- cuci dan toskan
3/4 cawan gula - bergantung pada kemanisan yang dikehendaki boleh kurangkan kalau xnak manis
Air lebih kurang 2 1/2 liter
2 helai daun pandan - disimpul

Cara:

1. Panaskan air dalam periuk dan bila mendidih masukkan sagu biji masak hingga sagu agak jernih.
2. Masukkan daun pandan simpul, gula pasir, dan jagung cream style serta susu cair.
3. Masak sehingga mendidih dan sagu akan memekatkan sedikit pengat @ bubur ini, Padamkan api hidangkan panas atau sedap juga dimakan sejuk masukkan ke dalam fridge dulu.. Mudah ringkas dan sedap..cubalah.

No comments:

Post a Comment