Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, December 22, 2014

Tahu Goreng Celup Tepung & Cekodok Kelapa Bilis memang ngam with Sambal Kicap Cili Api..

Assalamualaikum...Salam petang Isnin buat semua..dah minum petang lum..petang2 macam nie sambil duduk atas pangkin atau ambin tepi rumah menghirup udara segar angin sepoi2 bahasa dengan pemandangan sawah padi yang menghijau saujana mata memandang...memang menyeronokkan. Lebih2 lagi dapat menghirup secawan kopi 'O' panas sambil makan cekodok kelapa bilis dan tahu goreng celup dicicah pula dengan sambal kicap cili api yang kaw...ohhh heaven...makkk aiiiiii verangan nyerrrr cik leha duduk di tepi bendang yer...hentikanlah anganan mu itu wahai ahkak montel.  Sebab sekarang tengah mengadap pc dan timbunan file2 dan kertas yang perlu di prints n ada gak kerja2 untuk menjilid buku pengurusan ....muahahaha. So cerita imaginasi suasana nyaman di tepi rumah yang ada bendang di atas kena dihentikan sementara nak merehatkan minda dan jari jemariku ini..moh ler kita tengok resepi yang mudah dan ringkas sesuai untuk minum petang atau sarapan pagi.  Ada juga yang pelik kerana saya sempat bersarapan cekodok di pejabat..jawapannya hari2 cuti sekolah kantin tutup so buatlah sarapan yang ringkas tapi mengenyangkan ek kawan2..resepi mudah ini untuk adik2 yang nak belajar buat cekodok kelapa tu sangat sesuai tapi untuk akak2 atau yang lebih senior tentu lebih expert dari saya..kannn,,jom layannn..

Tahu Goreng Celup Tepung

Bahan-Bahan

4 keping - tahu lembut dipotong 5 setiap satu
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
secubit lada sulah serbuk
secubit serbuk kunyit
sedikit garam
Air secukupnya - untuk membacuh adunan tepung.
Sesudu makan minyak panas  (untuk masukkan ke dalam adunan tepung goreng
Minyak masak untuk menggoreng tahu.

Cara:

1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, garam, lada sulah dan serbuk kunyit dalam mangkuk masukkan air agak2 sikit dahulu supaya adunan tidak terlalu cair. Adun rata dan tidak bergentel. Bila dah buat bancuhan tepung yang tidak terlalu pekat atau cair macam adunan goreng pisang, masukkan sesudu minyak masak yang panas, gaul rata - tujuan masukkan minyak masak panas supaya gorengan tahu kita jadi garing,
2. Panaskan minyak untuk goreng terendam tahu, celupkan tahu yang dipotong ke dalam adunan tepung, gorengkan tahu sehingga keperangan dan toskan. Angkat dan sedia untuk dihidang bersama sambal kicap cili api atau sos pilihan anda.


Cekodok Kelapa Ikan Bilis

Bahan-Bahan

2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan kelapa parut putih
1 labu bawang besar  - dipotong dadu
segemgam ikan bilis - tumbuk halus
sedikit garam
2 cawang air (secukupnya adunan jangan cair sangat ok)
Minyak masak untuk menggoreng

Cara:

1. Masukkan tepung dan kelapa parut putih dalam mangkuk bersama bawang yang di dadu, bilik tumbuk dan sedikit garam. Bancuhkan dengan air sehingga rata dan tidak bergentil..
2. Panaskan minyak masak dalam kuali, masukkan sesudu adunan cekodok sekali mengoreng jangan banyak2 cukup sekadar 8-10 keping. Gorengkan cekodok sehingga kuning keemasan dan toskan bila dah masak.  Hidangkan bersama sambal kicap cili api atau sos pilihan anda...best..cubalahhh..


Sambal Kicap Cili Padi

Bahan-Bahan

Semangkuk cili api hijau (kalau nak pedas boleh campur dengan yang cili api kg n merah)
(mangkuk tafufa)
4-5 ulas bawang putih
gula secukup rasa (+- 5 sudu makan) kalau suka pedas kurangkan
kicap lemak manis (secukupnya 3/4 cawan pun boleh)
minyak untuk goreng cili api dan bawang.

Cara:

Cili padi/api di goreng bersama bawang putih hingga layu aje tak payah sampai meletop2..(haha bahaya masa goreng hati2 tau) angkat dan toskan.
Masukkan cili api dan bawang bersama kicap dan gula dalam blender, kisar tapi jangan sampai halus sangat gunakan pulse tekan kejap2 supaya tak berapa halus..kasar sikit. Cili api nie tahan disimpan lama dalam peti sejuk. sebab tak guna air pun. Kalau orang yang suka rasa masam2 sikit bila nak makan boleh campur kan dengan sedikit perahan limau kasturi. Sesuai untuk makan goreng pisang, keledek, cekodok, tahu, tempe dan sebagainya..peberet orang Johor..wongjowo punya resepi...best..lebih pedas lebih terangkat..hihi.

(gambor sambal kicap cili api lupa nak snap okeh..)

berangan minum tepi sawah tapi ada muffin pulak ek..hahaha

Sunday, December 21, 2014

Ketam Masala Telur Masin..

Assalamualaikum..Salam Ahad untuk semua sahabat dan pengunjung ZLC yang saya sayangi, apa khabar kawan2 semua..semoga sihat dan ceria selalu disamping keluarga tersayang..seperti biasa di hari cuti2 sekolah dan cuti hujung minggu tentu ibu2 di rumah ingin menyediakan juadah istimewa dan digemari oleh anak2kan.  Kalau ada yang suka makan ketam dan ingin menikmati ketam yang dimasak sendiri bolehlah mencuba resepi yang akan saya kongsikan ini.  Sebenarnya saya masak ketam ni semalam..maklumlah dah lama tak makan ketam kalau sesekali nak makan di seafood restoran pun agak mahalkan.. harga ketam sekarang pun dah naik melambung rm20++ tak der yang belas2 sekarang ini.. sebenarnyakan ada nak story sikit kat kawan2, saya pada asalnya nak masak ketam sambal telur masin,,tapi disebab cili kering xder dalam stok so saya pun memandai ajer tukar kepada ketam masala  telur asin yang pada pengamatan saya agak sesuai dan sedap bagi mereka yang gemar masakan ala2 india kerana penggunaan kari yang agak pedas serta campuran rempah garam masala di tumis agak kering tidak berkuah ini..memang sedap..so berjaya kot RND saya pada masakan ketam kali ini..hihihi memandai ajer ahkak kannn..ok tanpa melengahkan masa membaca coretan saya jom ler kita tengok resepi berikut..

Ketam Masala Telur Masin..

Bahan-Bahan
2-3 ekor ketam dibersihkan dan di potong 2 (kalau nak beli ketam cari yg girl ek so bnyk isinya)
1 labu bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudu makan serbuk kari ikan/udang babas } di campurkan sedikit air jadikan pes
1 sudu makan serbuk garam masala } di campur dengan rempah kari - jadi pes
1 labu bawang besar - dihiris
1 batang serai di titik
1 biji telur masin yang siap direbus - dilecek
2 tangkai daun kari - (saya x letak x ada stok)
1 sudu makan gula
garam sedikit (dah ada telur masin garam x perlu banyak)
1/2 cawan air
sedikit minyak masak untuk menumis
2 biji tomato segar sebagai hiasan

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bawang besar yang dihiris hingga berbau harum dan layu masukkan pula serai yang dititik bersama bawang dan halia yang dikisar. Bila dah naik minyak masukkan rempah kari dan garam masala yang telah dijadikan pes tadi. Masakkan hingga naik minyak.
2. Masukkan telur asin yang di lecek serta air, masukkan pula ketam dan balik2 kan perasakan dengan sedikit gula dan sedikit garam..jangan letak garam lebih sebab dah ada telur masin. Dengan api yang kecik tutupkan kuali dengan penudung kukus atau apa2 penutup supaya ketam masak rata lebih kurang 5-8 minit. Masukkan daun kari dan balik2kan.
3.  Lauk ini agak kering siapa suka agak berkuah boleh tambahkan sedikit lagi air. Padamkan api bila isi ketam masak dan hiaskan dengan tomato segar, hidangkan bersama nasi putih atau sedap juga diratah begitu sahaja.. cuba la kawan2 sedap uolls..


Wednesday, December 17, 2014

Sotong "Rex" - Goreng Tumis Bawang

Assalamualaikum...bertemu sekali lagi di teratak ZLC yang sering kali ku tinggalkan ini..kalau pangantin baru atau sang isteri yang di tinggalkan pasti merajukkan...tapi apakan daya memang x dapat nak selalu ke laman nie..sebab sedang berkejar2ran dengan tugasan harian yang perlu di bereskan..minggu lepas saya dah berjanji dengan pengunjung ZLC untuk update mana2 yang patut tapi nampaknya memang tak dan n xberkesempatan.  Jadinya saya masukkan satu entry ringkas lauk yang amat mudah di masak sebab gunakan bahan asas makanan dalam tin iaitu sotong jenama "rex" sotong nie sedap kalau dimasak goreng tumis bawang yang macam saya buat ni ataupun di buat sambal tumis..kalau dulu harga setin sotong ni dalam 5 - 6 hinggit tapi sekarang dah jadi 11 hinggit..mahalkan kawan2 mengalahkan harga sardin..tapi oleh kerana suka punya pasal n sedap di tekak saya dan mereka yang sewaktu dengannya so x mengapalah walaupun mahal sedikit..kalau berkira sangat pun x baik kan nanti kempunan meleleh air liur...hihihi..melampauuu lak saya ek..ok stop dulu omelan saya di petang ini opps mengomel jadi omelan sedap gakkan bunyinyer..  jom kita lihat resepi yang sempoi dan mudah di bawah ini..


Sotong Rex Goreng Tumis Bawang..

Bahan-Bahan

1 tin - sotong dalam tin (jenama Rex) di potong sederhana sebab dia besar2
2 labu bawang besar - di belah dua dan hiris agak kasar
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 inci halia - dihiris halus batang mancis
2 biji lada merah hidup - dihiris serong
6-7 batang cili padi hijau - untuk campak dalam lauk
1 keping kecil asam gelugor / direndam sebentar
sedikit garam
1/4 cawan air + air sotong dalam tin juga boleh masukkan separuh
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih hiris, bawang besar hiris dan halia hingga berbau harum dan layu. Masukkan juga cili merah hiris dan cili padi.
2. Masukkan sotong yang telah dihiris kecil dan balikkan. masukkan air diikuti asam keping dan masukkan juga sedikit garam. Bila dah masak sebati angkat dan hidangkan bersama nasi panas..serta lauk lain yang bersesuaian..sedap dan mudah..cubalah..

gambar ehsan che google..ini lah rupa sotong tin

Tuesday, December 9, 2014

Sambal Tempe Bilis...pedas manis manja gitu...

Assalamualaikum...apa kabar kawan2 pengunjung ZLC yang saya sayangi setelah sekian lama menyepi hari nie baru nak buat comeback..cewah comeback sangat lerrr bunyinya kan...almaklum lagi bz di hujung2 tahun nie mana nak buat kerja2 closing end year yang perlu di bereskan..jenjalan ke Pekan Pahang sambil pi rumah perantin saudara di sana dan ke rumah bapa saudara..pastu awal bulan ni ada bengkel Hrmis la pulak so panjang bebenor ler kononnya ke-busy-an saya pada November lepas dan dah nak masuk setengah bulan Disember nie pulak bff saya cikgu su akan naik pelamin..alhamdulillah tahniahlah adinda ku cayang ahkak juga yang masih kekal memegang tahta bertahan ke usia kertu nie..takper2 tiada apa2 yang perlu dikecohkan jika sudah termaktub pada ketentuan Allah tiada siapa yang dapat menduganya..jodoh pertemuan ajal maut semuanya rahsia Allah..in sha Allah aminn..nnti kalau ada kesempatan saya buat entry utk majlis hari bahagia sahabat baik merangkap adik angkat saya tu ekk..ok lah dah panjang sangat berceloteh di intro yang jarang2 muncul so macam tak boleh berhentilah pulak..petang ni saya nak pi tolonnnn mana yang patut di rumah pegantin..so saya tinggalkan dulu resepi mudah lagi sempoi yang pernah saya buat entah bila x ingat lama sesangat ler tu..bagi yang suka masakan tempe..orang jowo memang peberet yang x jowo mcm saya nie pun memang suka masakan macam ini boleh dimakan dengan nasi putih atau di ratah begitu sahaja..jom tengok recipe..

Sambal Tempe dengan Ikan Bilis

Bahan-Bahan

2 peket tempe (dlm plastik sepeket RM1) - di potong kecil dan nipis
2 gemgam bilis - bersihkan buang kepala dan tulang
4 sudu makan cili blender
3 sudu makan gula pasir
1 keping asam keping/gelugor - direndam sebentar
sedikit garam
Minyak masak untuk mengoreng tempe dan bilis juga untuk menumis..

Cara:

1. Panaskan minyak, gorengkan tempe hingga garing angkat dan toskan dalam penapis
2. Ikan bilis juga di goreng garing dan toskan
3. Minyak yang digunakan untuk mengoreng tempe dan bilis tadi dikeluarkan dan tinggalkan anggaran setengah cawan sahaja dalam kuali, Tumiskan Cili blender hingga agak garing masakkan macam nie x perlu letak bawang merah kalau nak boleh masukkan 2 ulas bawang putih)
4. Masukkan pula gula, bila tumisan cili dah berwarna merah gelap dan gula seperti likat masukkan asam keping dan sedikit sahaja garam. Padamkan api..baru masukkan tempe dan bilis goreng balik2an sehingga rata.
5. Lauk begini boleh tahan agak garing jika simpan dalam bekas kedap udara..makan dengan nasi panas atau di ratah begitu sahaja..

Tuesday, November 25, 2014

I Miss U...

Assalamualaikum...salam selasa yang ceria buat semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya rindui...lama betul saya x bersiaran dan dah berhabuk2 n bersawang nampaknya blog saya nie..agak ke-busy-an..so nantilah bila dah free sikit saya akan jengah ke blog lagi bersama kawan2 semua ek..dengan entry yang ringkas wokey...sorry kawan2..muaaahhh..dan salam sayang dari saya..Zalekha Ismail..


Wednesday, November 5, 2014

Sambal Cili Padi Bilis Goreng...

Assalamualaikum dan salam rabu untuk semua pengunjung ZLC yang saya sayangi, nampaknya mood untuk mengupdate blog agak merundum dan kelaut..tapi xperlah saya gagahi juga sebabnya yang ada pun cuma resepi yang mudah ringkas dan senang untuk dibuat, untuk mereka2 atau adik2 yang baru belajar nak berjinak2 di dapur tu memang sesuai sangatlah menjengah ke blog saya nie...ek.. Oklah xyah lah kita bersembang panjang2 hr nie...moh ler kita tengok bahan2 yang diperlukan untuk buat sambal cili padi bilis goreng yang sangat sesuai dimakan dengan nasi panas dan kuah2 gulai cair atau sayur2 bening aje..sedappp tau kawan2 sambal nie walaupun pedas..


Sambal Cili Padi Bilis Goreng.

Bahan-Bahan:

20 tangkai cili padi hijau
10 tangkai cili padi merah thai - (yang ini pedas)
segemgam ikan bilis (gemgam tangan saya nie besar so agak banyaklah)
1 labu bawang besar - dihiris
1 inci belacan
sedikit minyak untuk mengoreng

Cara:

1. Ikan bilis yang siap dibuang kepala dan tulang - dicuci bersih toskan. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing ketepikan masukkan cili padi hijau dan merah serta bawang besar hiris serta belacan. Gorengkan sebentar hingga cili padi dan bawang agak layu dan berbau harum. Angkat dan toskan minyaknya,
2. Tumbukkan kesemua bahan agak kasar tak perlu sampai halus, siap dan sedia untuk di hidang bersama nasi panas dan lauk pauk lain, Tak perlu letak garam sebab ikan bilis dan belacan dah masin..selamat mencuba sambal cili padi bilis goreng yang meletup nie ok


Monday, November 3, 2014

Ikan Bawal Goreng Kuah Asam Limau..

Assalamualaikum...apakabar semua lama betul saya berehat dari bersiaran kan emmm macam busy sangat la konon ekk..tp sebenarnya memang pun busy gan acara2 rasmi dan tak rasmi, Macam pertengahan bulan oktober saya ke KL menghadiri majlis perkahwinan saudara, sambil2 tu bercuti2 Msia juga..almaklum bila dah berjalan agak jauh rugi jugak kalau tak ambil peluang untuk meluaskan pemandangan di tempat orang walaupun bukan di luar negara ek.. Pada hujung bulan pula saya agak busy menguruskan hal2 sendiri juga tugasan seperti biasa..dan ada berita yang agak menyedihkan juga berlaku di penghujung bulan oktober iaitu pada 28hb abang ipar saya kembali keRamahtullah..sesungguhnya semuanya adalah perencanaan Allah setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya..Al-Fatihah sahaja yang mampu disedekahkan.. Ok lah panjang juga saya bercerita di intro 3 November ini..harap2 tiada yang jemu membaca celoteh dan coretan saya ek..so berbalik pada tajuk entry kali ini saya nak berkongsikan resepi yang agak senang nak sediakan dan rasanya boleh tahan sedap pada tekak saya yang suka rasa masam2 manis.. pada asalnya saya bercadang nak Ikan Goreng Berkuah Cuka macam yang selalu dimasak oleh blogger famous Che Mat Gebu tu..tapi cuka pulak tak der, so saya bantai jer gantikan dengan jus limau kasturi..sedap juga uolls kemenjadiannya..so the credit goes to CMG ek utk resepi kali ini..tqsm,,jom kita tengok bahan2 yang diperlukan.

Ikan Bawal Goreng Kuah Asam Limau

Bahan-Bahan:

1 ekor bawal hitam sederhana - di cuci bersih dan potong 2
3 labu bawang besar - dihiris kasar
3 ulas bawang putih - dihiris
1 1/2 inci halia - dihiris halus
1/2 biji Cili Capsikum Hijau dan Kuning - didadu
5-6 batang Cili Padi Merah - (sukahati nak letak yang merah atau kuning)
4 sudu makan jus limau kasturi (saya beli dalam botol - kalau nak perah pun boleh)
sedikit gula (dalam 2 sudu aje)
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
1/2 cawan air - secukupnya kalau nak banyk sikit kuah tambahlah.
Minyak untuk mengoreng ikan dan sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Mula-mula lumurkan sedikit garam dan kunyit pada ikan, gorengkan ikan angkat dan ketepikan.
2. Masukkan sedikit minyak kedalam kuali untuk menumis dan tumiskian bawang putih hiris, bersama bawang besar dan halia, tumis hingga bawang2 agak layu dan berbau harum.  Masukkan pula sedikit air dan jus limau kasturi, masukkan sedikit serbuk kunyit untuk cantikkan warna masakan.
3. Bila kuah asam limau dah mendidih masukkan ikan dan cili2 tadi. masukkan juga sedikit garam dan gula. Rasakan kesesuain  masam manisnya dan bolehlah di hidangkan panas bersama nasi putih.


makan tengahari yang sangat simple..tapi sedappp cewahhh puji sendiri..hihihi..