Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, January 27, 2013

Stir Fry Leek with Oyster Sauce..


Hai...sambung terus ajer kalau tadi saya baru masukkan resepi ubi rebus sarapan pagi tadi...kali ini pula sejenis masakan sayuran yang digemari oleh orang2 cina iaitu sayur daun bawang cina atau Leek..sayur nie memang jarang2 di masak oleh orang2 Melayu mungkin tak berapa suka kot gan rasa sayur bawang nie tapi saya dan bedah suka sayur nie...anak2 tak berapa nak pandai makan sayur begini... Jom kita tengok resepi mudah sayur ini yang senang didapati bila musim2 raya cina..

Stir Fry Leek with Oyster Sauce

Bahan-Bahan:

3 pohon Leek - Daun bawang cina - dipotong dalam 1 inci bersihkan akarnya di buang, basuh bersih rendam sebentar dengan garam dan toskan
4 ulas bawang merah - hiris nipis
4 ulas bawang putih -di hiris nipis
sedikit udang hidup - untuk rencah
3 sudu makan oyster sos (x perlu letak garam sebab oyster sos dah masin)
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bawang2 yang dihiris, tumiskan sehingga bawang berbau harum dan layu masukkan pula udang, diikuti dengan sos tiram dan sedikit sahaja air.
2. Masukkan sayur dan balik2kan rebah bangun sahaja untuk mengekalkan rasa manis sayur leek ini... Hidangkan panas bersama nasi putih, sedap cubalah..

3 comments:

  1. Siti, sy suka sayur ni. .sdp dan utama nya dia bnyak bagus untk bdn kita. Tk. . sy msti cu be :-) rspi ni.

    ReplyDelete
  2. tq...coz drop by blog i ni Chen..mmg sedap sayur Leek ini manis kan rasa dia..

    ReplyDelete
  3. betul..manis dan juga berkhasiat!

    ReplyDelete