Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..
Monday, December 31, 2012
Selamat Tahun Baru 2013..
Assalamualaikum...
Salam Isnin bersamaan 31 Disember 2012 hari terakhir bagi tahun 2012...dah 365 hari kita lalui begitu banyak peristawa2 dan kenangan suka duka yang kita lalui sepanjang tahun 2012 ini, untuk kawan2 dan juga semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang sudi menjengah ke blog saya yang tak seberapa ini yang kekadangnya ada dimuatkan dengan entry2 masakan, catatan biasa, catatan perjalanan dan sebagainya saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan ingin juga memohon berbanyak kemaafan sebab banyak kali juga saya tak dapat bersiaran memandangkan pada kesempatan yang ada sahaja barulah saya dapat menulis di alam maya ini.
Semoga dengan sedikit sebanyak perkongsian ilmu, bukan ilmu apa pun saya pun cuma suka2 mencuba masakan sama ada yang baru atau yang lama dapat kita manfaatkan bersama. Begitu juga pada tuan-puan punya blog2 yang lain yang tersohor diucapkan terima kasih kerana saya sering meninjau untuk mengambil resepi2 melihat juga persembahan masakan yang bukan sahaja sangat menarik malah ada kalanya sungguh superb dan menjadikan aspirasi pada saya yang sering kali teruja dan ingin mencubanya juga walaupun apa yang saya hasilkan tidak sehebat atau segah yang di hasilkan oleh sifu2 blogger...terima kasih yang tak terhingga diucapkan kerana mengongsikan ilmu2 masakan di alam maya ini.
Akhir kata dalam menyambut kedatangan tahun baru 2013 ini diharapkan kita semua dapat melakukan yang terbaik dan meningkatkan prestasi diri serta menjaga kesihatan agar dapat terus menangani segala cabaran yang mendatang..Salam sayang dari saya Zalekha Ismail..semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan...cewahhhh macam lama sangat nak pi tahun hadapankan cuma tinggal beberapa jam sahaja lagi... ceria2 selalu..Wassalam..
Wednesday, December 26, 2012
Burger Jawa 'n' Donut ~ untuk Aina..
Assalamualaikum...
Selamat ptg semua, apakabar kawan2 dan pengunjung ZLC yang disayangi semoga anda semua sehat dan ceria2 selalau disamping keluarga tercinta..dah 26 haribulan hari ini cuma tinggal 5 hari sahaja lagi kita akan menyambut tahun baru 2012...cepat sungguh masa berlalukan..macam2 perasaan ada gembira nak menyambut tahun baru..pastu teringat ada kerja yang perlu di bereskan sebelum tahun baru harap2 semuanya berjalan lancarkan...saya pun dalam pada sibuk kesana kemari ada juga buat beberapa projek mengookies dengan adik saya Bedah semalam..kebetulan cuti christmas jadinya buat lah projek buat choc chip@ famous amos cookies sebab Bedah bercadang nak bagi goodies untuk majlis Tahlil pada hari Sabtu nanti..dah nak 40 hari arwah Jemain suami Bedah meninggal.. Al-Fatihah..
Ok sebenarnya saya hari ini nak kongsikan dengan kawan2 semua satu resepi Pau Sambal a.k.a Burger Jawa n Donut yang saya buat sebelum subuh tadi sebabnya saya dah beberapa kali teringin nak buat pau sambal nie bila tengok adik2 kat fb tu siarkan gambar pau sambal..nie gara2 termegidam tengok pau Zarrithsufiah la nie..Sofia akak dh buat tp versi batu belah batu bertangkup punya pau...masih x konfiden nk masuk sambal kat dalam pau takut bila goreng dia meleleh kuar...kena menuntut ilmu gan sofia nie nanti ek..hehehe.
Jom kita tengok resepi Burger Jawa@Pau Sambal dan merangkap Donut..2 in 1... u sekali buat dapat 2 jenis yang tak pedas Donut manis untuk si kenit2 Aina n Sara dan yang bersambal tu untuk yang tua2..dua2 lembut dan sedap sebab adunan yang saya buat nie sangat lembut..k kita tengok resepi mudah di bawah ini ok...untuk yang bertanya nak uli teruk ke adunan donut nie...sebenarnya tak teruk n tak perlu diuli kuat2 cukup sekadar uli2 manja n adunan bersatu dan bulat licin..hehhehe cuba buat baru tau ok..ana..
Burger Jawa@ Pau Sambal n Donut
Bahan-Bahan:
500 gm tepung gandum - diayak
1 peket yis kering (11gm) - saya guna jenama kijang
4 sudu makan butter/majerin
4 sudu makan gula pasir
2 sudu makan susu tepung
1/4 camca teh garam
1 1/2 cawan air suam
Minyak untuk mengoreng
Sambal tumis secukupnya - bagi pau sambal
Gula kastor secukupnya - bagi salut donut
Cara:
1. Masukkan tepung yang diayak ke dalam mangkuk pengadun, bersama yis kering, butter, gula pasir dan garam, gaul adunan dengan hujung jari sehingga menjadi breadcrumb dan kesemua bahan bergaul rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan sehingga menjadi sebuku doh yang besar dan agak licin..tak perlu uli kuat2 cukup sekadar uli2 manja..kalau tenaga banyak bolehlah menguli kuat2 hehehe..
3. Rehatkan doh selama 1 jam atau naik 2 kali ganda. Bila doh dah naik pukulkan sedikit untuk membuang angin dalam adunan doh tadi. Sediakan dulang yang ditabur dengan sedikit tepung, bentukkan doh sebesar bola ping-pong untuk pau sambal dan untuk donut bentukkan bulat dan lubangkan ditengahnya. susunkan dengan jarak sedikit supaya tidak melekat antara doh..
4. Rehatkan sebentar adunan dalam 15 minit atau 1/2 jam sehingga naik semula setelah dibentuk tadi. Panaskan minyak dalam kuali untuk mengoreng terendam. Gorengkan dengan api yang sederhana agar pau sambal dan donut tidak hangus, balik2kan sehingga kuning keemasan, angkat dan toskan dahulu.
5. Salutkan donut dengan gula kastor dan bagi pau sambal potongkan tengah pau dan isikan dengan sambal tumis, bagi yang suka makan dengan timun atau daun salad boleh dibubuh sama. saya makan gitu ajer...sedapp dan sangat lembut cubalah..
Monday, December 24, 2012
Merry Christmas..
To all, my dearest friends n family who celebrating Christmas..Merry Christmas n Happy New Year..may this christmas bring joy and happiness..luvs from ZLC..xoxo..
Bercuti Tapi...
Assalamualaikum...
Apa khabar kawan2 semua, semoga kawan2 yang saya sayangi semuanya dalam rahmat dan lindungan Allah hendaknya..rasa dah lama juga saya tak menjengah ke blog nie macam busy la sangat kononnya tapi busy la juga dengan kerja2 rasmi dan tak rasmi selama 5 hari bercuti ada ajer aktiviti2 yang saya jalani..berjalan jauh dan dekat.
Perjalanan yang tak berapa jauh pada hari rabu hari pertama cuti, saya ke Bandaraya Johor Bahru, untuk urusan hal ehwal rumah..yang tak bertangga termasuk lah pi bayar api...air...angin..opss apa lak bayar angin..keluar angin adalah..hehehe(sorry eks harap2 kawan2 tak terbau disana) sebelum di potong dan terus naik melambung2 baik ler diuruskan dahulu, kemudian ke tempat yang agak jauh sedikit melepasi sempadan daerah Johor Bahru iaitu ke Kulaijaya..ke pusat membeli belah Cowboy yang baru..sebenarnya dah lama saya yang baru pertama kali pergi ke..kat sini ada berbagai anika barangan yang dijual besar Mall Cowboy nie ada 3 tingkat dan barang2 atau susun atur barangannya memang ala2 cowboy lintang pukang (kedarak) opss minta maaf sekali lagi dan bagi pelajar yang menduduki peperiksaan sila abaikan perkataan yang ini sebab tak terdapat dalam kamus dewan pun..tapi seronok bila membeli belah di cowboy ini macam2 ada dan harganya berpatutan...cuma kuda, red indian, shariff n cowboy sajer yang anda tak akan jumpa disini lain2 semua ada dari periuk belanga yang 12 gantang nak masak kuda seekor pun ada..bayangkan betapa besarnya barangan yang ada di mall ini mesti tukang2 masak majlis perkawinan suka ke tempat ini..hehehe memandai jer saya nie.
Hari ke 2 pulak saya ke Pasar Lambak Pagi Sungai Tiram...yang terletak di Sungai Tiram berdepan dengan SK Sungai Tiram..punya la ramai orang di sini mungkin kebetulan di negeri Johor cuti Hari Hol jadinya ramai yang mengambil peluang untuk ke Pasar Lambak nie..barang2nya beranika juga dan kalau nak cari tudung2 design2 terbaru dengan harga yang lebih murah dari harga di tempat2 lain pun ada, kain2 ela, baju siap, telekung, kain batik, pakaian, kasut, beg2 tangan, makanan, sayur memang macam2 la ada ianya dibuka seawal lepas subuh rasa saya hingga ke 11 atau 12 tengah hari tak silapnya... memang jenuh nak pusing di tempat ini dan bila berkenaan kena la terus beli sebabnya kalau nak berpatah balik dah tak berapa nak perasan lorong orang yang berjualan tu semua hampir sama dan sangat la banyaknya..kat sini saya cuma beli 2 pasang alas katil bujang, gebar@selimut, kain batik, tuala..tudung sangat rambang mata jadi saya x pandai nak memilih bila dah banyak sangat di sini..dah selesai bershoping2 disini nak balik ketempat kereta ajer kena jalan sejauh 1.5 km bayangkan jauhnya nak parking kan..kurus kejap saya hari khamis lepas...muahaha temberang la pulak bila cakap kurus sebab balik dari SgTiram tu kami singgah ke rumah Angah di Taman Suria makan tengah hari Nasi Tumis Bhuhari@ arab sayuran yang dilawankan dengan daging masak kicap...kari daging juga.., salad, n cutney pudina yang sedap sebab lemak2 pedas dan masam2 lain kali saya kongsi resepi chutney pudina dengan kawan2 ek..
Hari ke 3 saya berjalan agak jauh ke Sg Balang Muar untuk ambil anak saudara saya yang 2 orang tu Hawa n Iqin dah habis pengajian di Madrasah Hafizah Syaitatina Khatijah..sebenarnya Iqin ikuti summer camp selama sebulan di sana..jadinya berkonvoi 2 kereta adik saya bedah,gan anak2, milah gan aishah, kak zam pun pergi..balik dari Madrasah singgah makan tengah hari di rumah nenek Hawa di Parit Yusoff..dan balik lah terus ke JB selepas makan dan berehat sebentar..macam lepak aje perjalanannya agak jauh..tp bukan saya yang memandu kak zam dan nora yang memandu..nk tunggu saya memandu kena la tunggu saya dapat lesen keretapi ke kapalterbang...muahahaha merepek ajer saya nie kan..
Wahhh sambung bercerita kemain panjang saya nie...dlm pada lappy rosak tak dapat diteruskan catatan perjalanan saya edit di opis...so bertambah la panjang cerita saya kalau boleh masuk entry pada hari sabtu ceritanya setakat di atas sahaja sampai di muar...nie sambung pulak cerita hari Sabtu saya ke Pontian bersama..close partner saya acara biasa menemani beliau menjalankan kerja di daerah pontian..dan lappy saya pun di bawa oleh CP ke kawannya untuk dibaiki...entah la masih boleh digunakan lagi ke tak..macam nak kena beli yang baru ajer sebab dari hari tu menyebut nak beli yang baru tapi tak dibeli lagi..dan semalamnya hari minggu cuti yang ke5 saya ke Singapura ikut along saya gan kak zam ke rumah pengantin, saya pulak tak berapa sihat tapi oleh kerana dah ikut terpaksa ler bersabar ajer dalam kereta dalam perjalanan yang sangat jem 2 jam di causeway. Saya makan ubat dan aktif fast 2 biji baring kejap di kereta baru lah lega, jadinya saya hanya tunggu dalam kereta sementara tunggu yang lainnya ke rumah peranti..balik singgah di Mustaffa Centre nasib baik lah perut saya dah reda sikit jadi pergilah beli beras dan sedikit barang2 kat sana..al-maklum duit Sing Dollar sangat mahal jadi tak boleh belanja banyak2 lagi pun kami tak ke Shopping Mall yang lain..kalau sihat mau rasanya saya berjalan2 lagi sebab tengah Christmas Sales..pasti seronokkan...cewahhhh macam banyak duit ajer saya nie balik dari singapore sebelum magrib nasib baek perjalanan balik x jem..Allahmdulillah.begitu begini sampai di rumah dekat pukul 9 lebih jugak.... okey lah macam buat karang SPM ajer saya kali ini panjang betul catatan saya untuk bercuti selama 5 hari tapi tak ada rest asik ke sana kemari dan hari ini kerja seperti biasa..jumpa lagi ekk kawan2 dengan entry masak2 pula lepas nie...salam sayang dari saya..di ZLC..muahh xoxo..
Tuesday, December 18, 2012
Mee Siam Cili Padi..
Assalamualaikum..
Apa khabar kawan2 semua, tentu ada yang sedang minum petang makan pisang goreng panas2 bersama teh o memang sedapkan lebih2 lagi cuaca pulak asik sejuk ajer sebab bila petang ajer hujankan..saya dah menikmati dua ketul goreng pisang panas yang digoreng oleh kak marie office mate saya tapi minum air suam ajer...jadilah kan sebab banyak sangat minum air manis hari ini. Tengah hari tadi saya dah makan burger prosperity Mc D..bersama rakan2 yang telah bertungkus lumus menyiapkan susunan buku program sekolah untuk di jilidkan..so dah buat kerja ramai2 tu ada pulak yang bermurah hati belanja Mc Donald burger...terima kasih banyak kepada En. M. Zin dan Kak Wan Malinja sebab belanja kami semua di pejabat hari nie...sebenarnya mereka nie selalu belanja kami bukan hari nie sahaja hari2 lain pun belanja..terima kasih yer abg2 n kakak..oppss mana lak ada abg2 seorang jer En. M.Zin jer yang datang ke sekolah hari ini bersama kak Wan..En. Usop x datang mungkin ada hal lah tu..
Ok kita tinggalkan dulu cerita kami2 nie semua jadi pekerja kilang buku sekejap hari nie di ofis tadi..sebab saya nak kongsikan dengan kawan2 resepi Mee Siam Cili Padi yang saya masak bila ekk...dah lama juga, 2 minggu lepas kot..cuma tak sempat lagi nak dimasukkan entry di blog...so kiranya resepi tertunggak la nie..sebenarnya dah beberapa kali juga saya masukkan resepi mee siam goreng dengan berbagai cara dan gaya seperti DISINI , SINI dan yang lain2, kali ini saya gunakan cili padi bukan cili kering blender sebab tu warna dia tak merah...jom kawan2 kita semak resepi mudah di bawah ini..sesuai untuk dibuat sarapan ke, minum petang ke makan malam ke tak kisah la bila2 kan..
Mee Siam Cili Padi
Bahan-Bahan:
300gm Mee Hoon - direndam lebih kurang 1/2 - 1 jam
2 labu bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
15 batang cili padi-dikisar (kalau nak lebih pedas sila tambah cili padi)
3 sudu makan udang kering (rendam sebentar) - dikisar
15 ekor udang sederhana besar - dibuang misai dan ekornya yang tajam cuci bersih dan toskan
2 pohon sawi - dipotong
1 batang lobak merah di hiris batang mancis
1 sudu makan serbuk ayam pasti sedap knorr
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan gula
garam (ikut rasa)
1- 1 1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan yang diblender bawang, cili padi, udang kering hingga agak garing dan berbau wangi, masukkan air, bahan2 perasa, biarkan mendidih sebentar
2. Bila dah mendidih masukkan lobak merah serta batang sawi, masukkan mee hoon dan balikkan hingga rata, rasakan kesesuaian rasa garam kalau kurang tambah, masukkan sawi, balik-balikkan hingga mee hoon agak kering dan boleh matikan api.
3. Hidangkan dengan hiaskan bersama bawang goreng dan daun bawang/sup hiris dan tomato hiris.selamat mencuba.
Monday, December 17, 2012
Sambal Goreng....Jarab???
Assalam..bertemu sekali lagi di hari isnin ini kalau tengah hari tadi saya telah masukkan entry lauk labu masak lemak petang nie pula satu lagi entry lauk juga iaitu Sambal Goreng Jawa tapi di goreng atau dimasak oleh orang yang bukan jawa...so bila digabungkan Jawa + Arab = Jarab..muahahaha ada2 saya nie ekk..sebenarnya masakan jawa negeri johor atau ditempat2 lain memang disukai ramai macam saya nie memang suka makan tempe dan tahu tak kiralah sama ada di goreng begitu sahaja atau berempah atau dijadikan lauk pauk...memang sedap dan berkhasiat..pandai ekk orang dolu2 mereka cipta makanan yang diperbuat dari kacang soya yang banyak khasiat dan sumber protin yang agak murah jika dibandingkan dengan sumber protin lain seperti daging dan ikan.
Sebenarnya saya masak lauk sambal goreng ini tadi pagi, subuh2 lagi sebabnya ada pot luck kat opis saya, bawak la sorang sejenis, kak marie masak 2 jenis.. kuah lodeh bersama sambal kacang sotong kering, saya bawa sambal goreng, bos saya import rendang kerang dari Restoran Sri Bayu..hehehe sebab x sempat nak merendang la tu gan kueh2..adik2 ppm tu bawak nasi impit..makan pagi dan juga sampai tengah hari alhamdulillah selesai semuanya...opss lupa lak kak ros ada bawak roti canai instant gak siap gan dalca..alhamdulillah rezeki di cuti sekolah sebab kantin xder kan...
Sebelum nie saya pernah juga masak sayur goreng macam sambal goreng nie tapi di letakkan sayur kacang panjang yang kali ini agak pure jawa punya sambal goreng tapi masih kurang bahan la u..x der daging, paru-paru, babat n segala maknikam benda yang boleh dimasukkan seperti hati dan pedal ayam...versi yang saya buat hari cuma letak rendah udang ajer u..tu pun beli yang dah siap dibuang kulit..xbest la lain kali saya nak letak daging, paru-paru n babat dan udang besor...huwaaaa..ntah bila la tu kan nak buat lagi.. ok dah panjang lebar cerita saya jom kita semak resepi di bawah:
Sambal Goreng Jawa...versi saya
Bahan-Bahan:
5 keping tempe - dipotong dadu kecil
5 keping tahu - dipotong dadu kecil
4 biji kentang - dipotong dadu
2 batang cili merah hidup - dihiris serong
2 batang cili hijau hidup - dihiris serong
secekak suun - direndam dan dipotong pendek 2-3 inci
sekeping tahu kering -size besar - direndam dan dipotong2 kecil
200 gram udang siap dibuang kulit
2 batang serai di hiris halus
10 biji bawang merah - dihiris nipis
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia di hiris batang mancis
3 sudu makan cili kisar/cili boh- cili kering direbus dan diblender halus
1 cawan pati santan
3/4 cawan air
sedikit sahaja gula - 1 sudu makan cukup
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk mengoreng dan menumis
Cara:
1. Gorengkan tempe dadu kecil dulu, bila agak2 garing embal - angkat dan toskan, gorengkan juga kentang yang didadu kecil, dan diikuti dengan tahu, ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris hingga layu dan berbau harum, masukkan cili blender, tumiskan sehingga naik minyak dan agak garing masukkan pula gula, diikuti serai yang dihiris.
3.Masukkan udang, balik2kan masukkan pula pati santan dan diikuti dengan air, bila bahan2 tumisan mendidih masukkan pula bahan2 yang di goreng tadi tahu, tempe dan kentang serta cili merah dan hijau balik2kan dan bila agak mengering masukkan pula soo hoon dan tahu kering, perisakan dengan garam secukupnya, kalau siapa nak letak pak aji letak lah..saya x letak.
4. Balik2kan sehingga semua bahan mesra dan agak kering sedikit rasakan kesesuaian rasa kalau x cukup garam tambah garam...padamkan api hidangkan bersama nasi impit atau nasi ambang kalau ratah begitu sahaja pun sedappp..cubalah..
Labu Masak Lemak & Kacang Panjang..
Assalamualaikum...
Salam Isnin buat semua kawan2 yang dirindui selalu..semoga semuanya ceria2 dan bergembira disamping keluarga tersayang. Hari ini saya nak kongsikan dengan kawan2 resepi tertunggak yang biasa2 aje.. iaitu lauk Labu Masak Lemak dengan Kacang Panjang.. patutnya semalam saya masukkan entry tapi faham2 ajer la..hari minggu hujan pulak tu dari tengah hari jadinya che bantal dan che katil memanggil2 saya lepas kekenyangan makan lauk lemak lauk lawan pulak dengan ikan kering masin dan ulam kacang botol, cuma x ada sambal belacan ajer..bukan malas nak buat tapi kehabisan stok belacan..tapi masih tak memutuskan selera..hehehe. Selain dari masak lemak labu saya ada masak daging masak kicap aroma minyak sapi..nanti saya kongsikan kalau ada kesempatan@kerajinan ok..jom la kita tengok resepi di bawah ok...
Labu Masak Lemak dengan Kacang Panjang
Bahan-Bahan:
1 biji labu size kecil - dikupas kulit dan potong2
10 batang kacang panjang - patah2kan 1 inci
Pati santan - 3 cawan
air secukupnya >< 2 cawan (kalau nak kuah lebih lebihkan air)
3 sudu makan ikan bilis - rendam sebentar dan renyahkan dalam lesong
3 batang ladang merah - ditumbuk halus
6 ulas bawang merah - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1/2 inci kunyit - ditumbuk halus (kalau tak ada guna kunyit serbuk)
5-6 pelepah daun selasih - dipetik
garam secukup rasa
Cara:
1. Masukkan air, labu, Cili hidup yang ditumbuk bersama bawang kecil, bawang putih, kunyit dan ikan bilis yang direnyah. Masak sehingga mendidih dan labu hampir empuk. Masukkan pula kacang panjang berserta santan, kacau selalu.
2. Masukkan daun selasih dan perisakan dengan garam secukup rasa. Masak sehingga labu empuk dan lembut dan kacang panjang lembut, padamkan api dan hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk pauk lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)


